13 October 2015

Alkisah Tidur Awal

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah, rasa sedap badan apabila tidur berkualiti dan cukup masa. Malam tadi cikgu balik ke rumah lebih kurang jam 8.30 malam. Daripada pagi tadi (12.10.2015) menyiapkan kerja-kerja menyediakan kertas kerja untuk projek Melukis Mural Peta 2015. Alhamdulillah juga cikgu ucapkan kerana diberikan ilham olehNya untuk cikgu abdikan diri cikgu demi mata pelajaran Geografi yang cikgu minati ini. Kerana apa ekk, cikgu minat Geografi???Haaa...soalan ni mesti anda tertanya-tanya kan. Tapi entri kali ini cikgu tak nak citer lagi kenapa cikgu minat sangat2 kat Geografi ni. Ok, berbalik kepada Mural tadi, cadangan cikgu diterima oleh pihak pentadbir sekolah kerana impak yang besar kepada murid-murid. Asbab kepada idea cikgu nak buat mural ni adalah, satu hari cikgu masuk relief ke Tingkatan 1RK2. Tak ingatlah tarikhnya, tapi tak silap cikgu sepanjang bulan kemerdekaan tahun 2015 tapi sebelum 16 September yang disambut sebagai Hari Malaysia. Tahun ni bulan kemerdekaan walaupun disambut mungkin tidak seperti sebelumnya, namun slogan dan tema "Sehati Sejiwa" itu menggamit suatu rasa sayangkan pada negara. Ok, sebelum cikgu pergi jauh lagi eloklah cikgu ceritakan alkisah tidur awal sehingga tak dapat lelapkan mata sehingga jam (3.36 pagi-waktu tengah update ni). Balik rumah dalam 8.30 malam kerana cikgu pergi ke kedai kasut untuk membeli kasut baru yang dah boleh diganti bertemankan buah hati cikgu, my wife lah tu...Ok, sampai jer kat rumah si dia bersiap-siap hidangkan makan malam dan kami makan bersama. Selepas makan tu cikgu baca buku sekejap "Aura Guru Super" bagi meningkatkan motivasi cikgu sebagai pendidik. Entah macam mana terlelap dan terus tertidur. Hahaha...cikgu tersedar dan bangun pada jam 11.30 lebih kurang la. Pahtu cikgu tidur lagi sehingga cikgu tersedar balik jam 1.30 pagi sehinggalah entri ini ditulis. Sebenarnya dah lama cikgu tak bangun buat kerja pepagi macam ni. Sebenarnya waktu macam ni ada aura-aura tertentu dan menyebabkan idea mencurah-curah (sempatlah menyiapkan dua kertas cadangan untuk mata pelajaran Geografi ni). Tidur awal dan bangun awal adalah satu nikmat untuk kita bermuhasabah dan bertahajud kepada Allah swt. Sungguh kerdilnya diri cikgu di sisi Allah swt. Di kesempatan umur yang diberikan olehNya, cikgu hanya ingin berbakti dan menyumbang demi manfaat orang lain walau apa cara sekalipun tanpa rasa bangga diri dan riak (yang ni cikgu mohon jauh-jauh). Doakanlah cikgu sihat dan diberikan umur yang berkat.



Oklah, cikgu dah mula rasa mengantuk ni. Kepada yang baca blog cikgu pada waktu ini, ayuh buatlah tahajud dan mohonlah apa saja pada Allah swt. Sesungguhnya Allah tidak tidur. Harap-harap cikgu sempat bangun awal untuk ke masjid untuk berjemaah Solat Subuh nanti.


Ok, baik-baik yer....

12 October 2015

SAYANGILAH ALAM SEKITAR.

Lagu ini dinyanyikan oleh Michael Jackson_Earth Song. Sesuai untuk program-program alam sekitar bagi meningkatkan kesedaran terhadap alam sekitar.


https://www.youtube.com/watch?v=XAi3VTSdTxU

SELAMAT MENDUDUKI PENTAKSIRAN TINGKATAN 3 TAHUN 2015

Assalamualaikum wbt.


Cikgu nak ucapkan kepada pelajar seMalaysia "Selamat Menduduki Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) Tahun 2015".

Beberapa hari lepas, pelajar cikgu berwhatsapp kepada cikgu tentang jamuan pengawas. Dalam masa yang sama cikgu telah menasihatkan dia supaya datanglah berjumpa cikgu-cikgu sesi petang yang pernah mengajar dan mendidik dia untuk memohon maaf dan restu. Alhamdulillah, semalam mereka telah datang berjumpa cikgu-cikgu yang berada kat surau selepas mereka Solat Zuhur. Keberkatan tu adalah perlu dalam mendapatkan ilmu. Caranya ialah memohon kemaafan dan ucapkan terima kasih kepada guru-guru kita yang pernah mendidik kita. Selain itu, perlulah menghormati guru-guru lain walaupun mereka tidak pernah mengajar kita. Apapun, selamat menjawab khususnya anak-anak didik cikgu.

Motivasi Pendidik Gemilang Siri 1

Motivasi Pendidik Gemilang.

1. Bangun pagi, solat subuh klu boleh berjemaah di masjid atau surau terutamanya kaum Adam.

2. Berdoa untuk kita, keluarga dan org lain termasuk pelajar2 kita dimudahkn utk menerima didikan.

3. Ketika turun rumah baca doa keluar rumah dan selawat. Masa dlm kereta pun boleh.

4. Masuk pejabat bg salam dan bersalam dgn rakan2 guru atau staff yg lain. Senyum dan sapa mereka.

5. Mulakan melangkah ke tempat kerja dengan niat yg baik, untuk mendidik masyarakat. Jika boleh lakukan Solat Sunat Dhuha dan luangkan baca alQuran.

6. Masuk kelas dgn niat nk mendidik dan setiap didikan diamalkan oleh pelajar kita. Sekali sekala tu ubahlah supaya kita yg ucapkan salam kpd pelajar kita. Ambik masa tanya adakah anda sihat, best x cuti panjang, cuti buat apa dan apa2 soalan yg difikirkan sesuai.

7. Tunjukkn suasana yg ceria di luar kelas terhadap pelajar yg kita marahi.

8. Layan pelajar secara adil. Sapa mereka dan senyumlah utk mereka.

9. Bercakap atau berbual dengan tukang kebun, guard, warden dan makcik2 kantin. Kerana mereka segan utk memulakn percakapan dgn kita.

10. Waktu balik jgn terlalu kejar2 nk balik. Ambillah masa sikit tanya masalah pelajar kita sekiranya tidak sempat pd free period.

Sekian.

Selamat beramal cikgu.

09 October 2015

SEBUAH KEMATIAN YANG MENDAMAIKAN- BELANGSUNGKAWA PROF. DR. MOHAMAD SUHAILY YUSRI CHE NGAH

Assalamualaikum wbt dan Salam Kemanusiaan.

Hero kemanusiaan, itulah gelaran yang dapat saya berikan kepada arwah yang saya kenali rapat sejak belajar di UPSI. Lebih kurang pada jam 11 malam, balik daripada menjemput isteri saya di Masjid Sultan Ismail, Batu Pahat saya membuka notification telegram group Geographers Malaysia. Alangkah terkejut saya membaca berita bahawa bekas pensyarah saya dan juga mentor saya dalam banyak perkara telah pergi buat selamanya akibat kemalangan jalan raya di Renok Baru, Gua Musang.

07 October 2015

CIKGU ABDUL JABBAR GEOGRAFI: Projek BUKU, Projek ILMU, Demimu Generasiku

CIKGU ABDUL JABBAR GEOGRAFI: Projek BUKU, Projek ILMU, Demimu Generasiku: Alhamdulillah, pada 6hb Oktober pakguard sekolah cikgu menghantar mesej mengatakan barangan cikgu sudah sampai. Cikgu dah agak ler, tu adal...

Projek BUKU, Projek ILMU, Demimu Generasiku

Alhamdulillah, pada 6hb Oktober pakguard sekolah cikgu menghantar mesej mengatakan barangan cikgu sudah sampai. Cikgu dah agak ler, tu adalah buku yang cikgu beli #BUKUONLINE  kempen #MyCberSale yang dianjurkan oleh @bookcafe.com.my. Apapun cikgu ucapkan ribuan terima kasih kerana pihak Pts Bookcafe Sdn. Bhd yang memberikan tawaran harga yang menarik dan ada lagi free gift untuk pembeli online macam cikgu ni. Cikgu harap anda pun dapatlah jenguk-jenguk diskaun yang diberikan oleh pihak ptsbookcafe ini. Memang berbaloi untuk menambahkan bahan bacaan untuk seisi keluarga. Cikgu harap kita wujudkan budaya membaca dalam rumah tangga dan semaikan budaya ini dalam keluarga masing-masing. Alhamdulillah banyak juga bahan-bahan bacaan yang memenuhi ruangan rak buku di dalam bilik yang cikgu khaskan untuk rak buku. InshaAllah, impian nak wujudkan mini library di rumah apabila memiliki rumah nanti. Jadikanlah projek buku ini sebagai projek ilmu untuk generasi kita pada masa akan datang. Sumbangan kita tidak banyak, maka inilah salah satu sumbangan kita adalah menyemaikan sikap ini dalam keluarga kita terlebih dahulu. Semoga Allah swt memberikan jalan yang mudah untuk kalian demi mengembangkan ilmu-ilmu untuk generasi kita akan datang. Syukurlah isteri cikgu pun suka membaca buku-buku tatkala kelapangan dan bosan dengan tugasan seharian. Sekali-sekala belek lah buku-buku tu bukan dijadikan perhiasan jer tau...


Pelbagai bidang ilmu buku yang cikgu beli dan selamat sampai melalui pos laju. Antaranya bidang agama Islam, bidang pendidikan, motivasi dan kepimpinan. Tak tahu lah bila dapat baca dan hadam ilmu yang dibaca ini. Diharapkan Allah swt melapangkan masa untuk cikgu baca buku-buku ini dan nasihat cikgu untuk kalian, bacalah. Selamat membaca.
 



Inilah antara buku-buku yang cikgu order. Sesiapa yang nak baca datanglah rumah cikgu, inshaAllah cikgu akan bagi baca sehingga awak larat baca. Hehehe.

Selamat Membaca.
Cikgu Abdul Jabbar
Batu Pahat, Johor.

Persidangan Kebangsaan Geografi dan Alam Sekitar Kali ke-5 UPSI

Akhirnya, cikgu tidak dapat meneruskan rancangan untuk menghadiri PKGAS Kali ke-5 yang dianjurkan oleh Jabatan Geografi dan Alam Sekitar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) tempat cikgu menuntut ilmu di peringkat ijazah sehingga dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Geografi dengan Kepujian. Alhamdulillah, kerana akhirnya dapat menggapai impian menggegam segulung ijazah. Tujuan cikgu untuk menghadiri PKGAS adalah untuk menambah ilmu dan pengalaman dalam dunia Geografi dan Alam Sekitar yang cikgu minati ini. Namun, cikgu juga redha walaupun ada rasa kecewa kerana tidak dapat menghadiri PKGAS di UPSI kali ini. Aduhai, nak wat macam mana takdir yang menentukan macam2 terlintas di fikiran walaupun pada 5 dan 6 Oktober 2015 diarahkan bercuti oleh Kementerian Pendidikan Malaysia namun 7 Oktober kembali meneruskan sesi persekolahan seperti biasa. PKGAS itu berlangsung pada 6 dan 7 Oktober 2015. Masalah jarak Batu Pahat ke Tanjung Malim bukanlah suatu yang asing bagi cikgu kerana cikgu pernah berulang-alik dengan memandu kereta setiap kali hujung minggu untuk kuliah Master Pendidikan Bimbingan dan Kaunseling di Kampus Sultan Azlan Shah, Proton City.


Poster ini akan dijadikan kenangan buat cikgu, kerana cikgu sudah lama merancang untuk menghadirkan diri ke PKGAS ini namun tak kesampaian juga...itulah perancangan namanya, walaupun lama kita merancang tetapi tugas dan tanggungjawab besar di sekolah tidak mampu kita turutkan semata-mata untuk kepentingan kita sendiri. Pelajar cikgu yang akan menduduki pentaksiran akhir tahun lebih diutamakan sehinggakan cikgu merancang tidak akan mengikuti persidangan pada hari kedua untuk terus balik ke Batu Pahat kerana pada 7.10.2015 cikgu ada kelas di Tingkatan 2RK2 pada jam 1.25 hingga 2.35 petang untuk memberikan amanat kepada pelajar-pelajar cikgu yang dikasihi. Nak dijadikan cerita pada waktu tersebut diadakah taklimat sempena Hari Sukan Negara pada 10.10.2015 (Hari Sabtu) tetapi cikgu mengambil keputusan untuk dikecualikan kerana hari ini jer masa cikgu untuk bersama pelajar Tingkatan 2RK2. Minggu depan pelajar ini dicutikan secara bergilir-gilir disebabkan oleh PT3, maka dengan kuasa Allah swt asbab tak dapat pergi ke Tanjung Malim pun cikgu redha asalkan dapat bersama pelajar-pelajar cikgu ini walaupun ada yang memberitahu cikgu "kalau banyak kekangan, tidak perlu berangan hendak datang" . Apapun cikgu hadam dengan rasa pahit itu serahkan kepada Yang Maha Kuasa. Tahniah kepada rakan-rakan cikgu yang diberikan kesempatan hadir ke PKGAS kali ini dan inshaAllah jika ditakdirkan kita berjumpa pada persidangan akan datang. Ramai juga rakan-rakan guru Geografi yang mempunyai kekangan untuk hadir ke persidangan kali ini. Bab kata rakan cikgu yang meluahkan rasa yang sama akibat tidak hadirkan diri ke persidangan kali ini, "takpelah cikgu kita tunggu turn lain pula....kita tahu ramai cgu yang bersungguh perjuangkan Geografi di sekolah masing-masing". MashaAllah.

Apabila Langit Kembali Membiru....

Alhamdulillah, hari ni cikgu nak ucapkan syukur sangat2 kepada Pencipta Langit dan Bumi kerana dengan kurniaaNnya diberikan hujan yang sangat lebat membasahi bumi Batu Pahat. Semasa hujan turun cikgu lupa jam berapa, tetapi masa tu cikgu baru sahaja habis mengajar di Tingkatan 2RK2. Lama sangat dah cikgu rasa, cikgu tak mengajar disebabkan oleh cuti akibat jerebu. Selepas balik daripada kampung tempoh hari (Hari Raya Aidiladha) banyak kali dicutikan akibat jerebu. Tindakan kerajaan adalah bagi memastikan kesihatan murid-murid tidak diabaikan walaupun murid-murid happy jer bila dengar cuti. Takpelah, selamat bercutilah tetapi ingatlah tentang musibah bencana yang disampaikan oleh Allah swt. Namun, pada hari ini setelah hujan turun dengan lebatnya cikgu melihat pergerakan kepulan jerebu yang dibawa oleh angin lembap. Maka kembalilah langit seperti sediakala, membiru indah.

Ini merupakan pemandangan indah di sekitar sekolah cikgu. Gambar ini cikgu rakam pada 7.10.2015 jam 5.29 petang. Ucapan syukur pada Allah swt Pencipta Langit dan Bumi harus kita panjatkan. Moga2 Dia mengekalkan kesihatan manusia dan hidari penyakit merbahaya ke atas manusia akibat jerebu. Namun, manusia harus sedar setiap kali bencana berlaku perlu bermuhasabah kerana ia berpunca daripada tindakan manusia yang tidak mengendahkan alam sekitar. Allahuakhbar.

02 October 2015

ISU ALAM SEKITAR : Kemungkaran kita terhadap alam


OLEH : MOHD AZMI ABDUL HAMID
SEMEMANGNYA ALLAH menentukan berlakunya sesuatu musibah. Akan tetapi sebab-musabab daripada tingkah-laku kita, tidak mempedulikan kerosakan alam sekitar dan mengkhianati amanah ALLAH sebagai khalifah alam, juga perlu diberi perhatian.
Lihat bagaimana kita berlaku biadab atas nama pembangunan, merosakkan hutan, sungai, pantai, laut, bukit, gunung dan sejumlah flora serta fauna yang diamanahkan kepada kita. Pencemaran air dan udara, keracunan akibat penggunaan bahan kimia yang berleluasa dan penyebaran wabak penyakit. Semua natijah daripada kebiadaban kita 'memperkosa' alam tanpa batas.
Lantaran itu kita menerima akibat sehingga alam turut 'mengamuk'. Atas nama pembangunan yang kita laksanakan, kita telah mengetepikan sensitiviti bumi ini. Ekologi yang cukup seimbang telah kita rosakkan sehingga bencana alam semakin kerap dan merata. Insiden bencana yang semakin kerap seperti gempa bumi, ribut taufan, banjir besar, tanah runtuh, penghakisan pantai dan kemarau yang berpanjangan adalah petanda keseimbangan alam telah dirosakkan oleh tangan manusia sendiri.
Perhatikan bagaimana kita menggondolkan bukit kita di seluruh negara. Lihat bagaimana kita menebang hampir semua hutan sehingga sistem tadahan air kita musnah. Bukan sedikit kesan pembalakan rakus yang kita benarkan sehingga sanggup menipu diri dengan menggelar adanya pembalakan haram. Sedangkan balak yang dapat dilihat berlori-lori jelas di atas jalan raya tidak mungkin boleh dikata haram kerana ia bukan bergerak secara sembunyi seperti orang menyeludup dadah.
Kini kita semakin melenyapkan hutan tropika kita, bukan sekadar suatu khazanah yang tidak ternilai malah juga sebagai pengimbang alam untuk dunia. Kekayaan fauna dan flora yang tersimpan di dalamnya diiktiraf sebagai hutan yang mempunyai kepelbagaian spesies yang tertinggi di dunia. Kini kita menghadapi kepupusan pelbagai spesies. Persekitaran kita diporak-perandakan tanpa rasional atas nama mengejar gelaran negara maju.
Sungai yang menjadi sebahagian keperluan manusia telah kita tukar menjadi parit-parit besar. Sampah domestik dan sisa buangan industri dalam skala yang sangat besar disalirkan ke sungai sehingga kondisi sungai berada dalam keadaan parah. Sungai mula 'mengamuk' dengan melimpahkan airnya sehingga berlaku banjir besar yang memusnahkan harta-benda dan meragut nyawa, gara-gara kebiadaban kita merosakkan sistem sungai.
Demikian juga keghairahan kita mendirikan ratusan empangan kononnya untuk pembekalan air dan tenaga hidro, ternyata kesannya telah memusnahkan aliran air sungai yang alami. Kita menenggelamkan ribuan hektar tanah yang melibatkan ratusan perkampungan tradisional atas nama pembangunan menyebabkan puluhan ribu penduduk terpaksa dipindahkan. Bukan sahaja ia merosakkan mata pencarian penduduk desa, malah menimbulkan pelbagai kesan sosial kepada masyarakat yang menjadi mangsa kepada pembangunan.
Keghairahan kita menggali sumber bumi dan melombong apa sahaja yang ada dalam bumi, tidak diteliti kesannya kepada kestabilan permukaan bumi. Natijah jangka panjang tidak dipedulikan sama sekali. Eksploitasi terhadap apa sahaja yang ada di perut bumi jelas tidak terbatas.
Natijah yang kita terima akibat 'maksiat' ke atas alam adalah himpunan dosa yang nampaknya dibalas dengan pelbagai bencana alam yang semakin kerap dan kronik. Ribut taufan semakin kerap melanda, banjir berlaku pada kadar yang besar dan meluas, tanah runtuh yang terjadi di mana-mana dan hakisan pantai semakin berleluasa.
Kemungkaran kerana kerosakan moral yang dipamerkan oleh segelintir manusia tidak bertamadun di atas Gunung Kinabalu lalu sepatutnya dibanteras dan jangan dibenarkan berulang lagi. Konsep bumi dan alam yang ada nilai kudus tidak ada dalam kamus sistem hidup sekular dalam masyarakat Barat. Akan tetapi merosakkan alam dengan sengaja oleh tangan kita sendiri melalui polisi pembangunan yang kita biaya dan rancang sendiri, juga adalah kemungkaran yang perlu kita banteras.

kredit  http://abihulwa.blogspot.my/2015/09/isu-alam-sekitar-kemungkaran-kita.html

Travelog Seorang Pendidik di Tanjong Balai, Karimun, Indonesia.









Bendera Palestin Berkibar di Bangunan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) Buat Pertama Kalinya!

Alhamdulillah. Selamat Pagi.

Cikgu AJ nak ucapkan syukur kerana bendera Palestin telah dikibarkan buat pertama kalinya di Bangunan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu di New York pada 30 September 2015. Ini sedikit sebanyak merupakan satu kemenangan yang diperolehi oleh negara Palestin yang merupakan lambang perjuangan orang Islam di seluruh dunia. Sebab itu, kita sebagai muslim yang mukmin seharusnya menyokong dan mendokong negara Palestin biarpun kita tidak mampu untuk turut sama-sama berjihad menentang musuh agama zionis laknatullah. Sokongan kita ini sudah mampu memberikan semangat kepada pejuang-pejuang agama Islam yang mewakili kita di sana lebih-lebih lagi sekiranya kita wakafkan harta kita untuk menyumbang kepada para pejuang Palestin. Jadi, jangan kedekut ye untuk menginfakkan harta kita untuk kegunaan saudara kita di sana. Inilah bentuk bantuan yang kita mampu berikan kepada mereka, di samping itu jangan lupa titipkan doa kepada negara-negara yang diuji dengan peperangan misalnya Palestin, Syria, Iraq, Afganistan, Selatan Thai, Selatan Filipina dan sebagainya kerana mereka berjuang untuk agama Islam. Sama-samalah kita doakan mereka supaya Allah swt menerima doa kita serta usaha yang kita lakukan bimbang nanti kita akan dipersoalkan di akhirat nanti. Subhannallah.




Berbalik kepada pengibaran bendera Palestin tersebut, proses pungutan suara telah diersetujui oleh 119 buah negara makalah Amerika Syarikat dan Israel bersama-sama 8 buah negara tidak mempersetujuinya. Yang selebihnya adalah 45 buah negara yang "abstain" iaitu tidak menyuarakan pendirian. Abstain adalah tidak memberikan sebarang pendirian atau pendirian yang tidak valid ketika proses pemungutan suara di lakukan.

Walaupun bendera Palestin telah berkibar, warga Palestin berhak untuk dilayan oleh masyarakat dunia dan tidak perlu ada diskriminasi dan penindasan terhadap warga Palestin. Ini adalah tidak adil bagi rakyat Palestin apabila ada sesetengah negara di dunia telah melakukan diskriminasi terhadap hak-hak mereka. Apapun, Cikgu AJ doakan semoga warga Palestin menjadi bangsa yang kuat untuk menghadapi musuh Islam. Allahuakhbar!!!

01 October 2015

SEKOLAH KEMBALI DIBUKA SETELAH DICUTIKAN AKIBAT JEREBU

Seperti yang anda ketahui, pada hari Selasa 29.9. 2015 dan Rabu 30.9.2015 terdapat beberapa kawasan yang mengalami jerebu dan terpaksa dicutikan bagi membendung masalah jerebu yang sudah tentu akan menganggu kesihatan terutamanya murid-murid di sekolah. Maka, dua hari sekolah dicutikan yang memberikan keseronokkan kepada murid-murid. Cikgu AJ teringat semasa saya di sekolah pada hari Isnin 28.9.2015 lebih kurang jam 5.00 petang, Penolong Kanan Petang mengumumkan bahawa esoknya murid-murid dibenarkan bercuti atas arahan PPD dan JPN Johor punyalah meriah mereka bersorak kerana sekolah dicutikan. CAJ tidak pasti apakah bentuk keseronokan yang diterjemahkan oleh sesetengah murid di sekolah tempat CAJ berkhidmat. Apapun, syukurlah dan ucapan terima kasih kepada pihak tertentu yang peka dan prihatin akan masalah persekitaran yang melanda negara kita. Apapun setelah dua hari bercuti, CAJ harap murid-murid dapat meningkatkan mood belajar dan bersungguh-sungguh meneruskan aktiviti PdP yang tertangguh. Hari ini, dah masuk bulan Oktober hanya tinggal bulan November je lagi sesi persekolahan pada tahun ini. Apapun, seharusnya sedar akan kepentingan ilmu dan seterusnya mengamalkan ilmu yang dipelajari itu untuk kehidupan akan datang. Ayuh, teruskan bersemangat. Bagi para guru, teruskan bersemangat untuk mencurahkan ilmu kepada murid-murid kita.

PESANAN UNTUK ORANG-ORANG MUDA

Assalamualaikum wbt. Selamat Pagi Malaysia. Puji-pujian hanyalah untuk Allah swt yang memiliki kekuasaan di langit dan di bumi. Setiap pagi, seharusnya kita perlu mensyukuri nikmat yang Allah swt berikan. Di pagi hari ni Cikgu AJ bersyukur sangat2 kerana, Allah swt memberikan idea-idea untuk mengupdate blog ini. Alhamdulillah, itu rezeki juga cuma manusia ni kalau bukan duit mereka tak panggil rezeki. Itu mindset yang salah CAJ nak bagitahu supaya ubahlah mindset kita tu kalau nak kaya dan berjaya pun mindset dulu kena ubah. Jika anda menyempitkan rezeki Allah swt yang maha luas itu, maka boleh jadi anda juga menidakkan kemampuan Allah swt sebagai Ar Razzaq. Itu bahaya pada akidah kita. MashaAllah. Jauhilah perkara tersebut supaya akidah kita mantap barulah hidup ini bererti dan bertambah keimanan kepada Allah. Orang muda harus ubah mindset ini supaya akidah kita mantap dan berkesan untuk terus beribadat serta mengecapi keimanan kepada pencipta. Allahumma. Tu bab akidah dulu orang-orang muda harus jaga sangat. Orang muda mesti mengaji dan menuntut ilmu secara berguru supaya ibadat yang kita lakukan itu tidak sia-sia. Bahkan dalam diri kita mesti set untuk mendapatkan ilmu. Wakafkanlah diri orang-orang muda untuk meneruskan menuntut ilmu ukhrawi dan duniawi. Barulah mantap generasi mendatang!

29 September 2015

CARA ORANG KAYA MENYIMPAN DUIT YANG PATUT DIAMALKAN.

TIADA siapa di antara kita yang tidak mahukan duit. Ada ketikanya pasti kita terfikir bagaimana golongan kaya dan berjaya mengumpul kekayaan mereka.
Memetik laman web lifehack.org, terdapat beberapa tips yang boleh dipraktikkan dalam kehidupan harian kita untuk menyimpan wang sama seperti apa yang dilakukan golongan berada.

1.    Berhati-hatilah dengan perbelanjaan yang kecil.

Kebanyakan daripada kita biasanya amat menitikberatkan untuk membuat pelaburan yang besar dan pembelian yang banyak. Namun kita cenderung untuk menghabiskan duit untuk perbelanjaan kecil. Tetapi perbelanjaan kecil itu sebenarnya dapat dikumpulkan dan menjadi jumlah yang besar.

2.    Fokus kepada masa depan.

Mudah untuk menghabiskan duit bagi mendapatkan sesuatu yang kita kehendaki. Ubah tabiat itu dan fokus kepada masa depan berbanding mendapat kepuasan sementara.

3.    Tidak beli sesuatu yang tidak perlu, hanya untuk menunjuk-nunjuk.

Walaupun kita gembira jika menerima pujian daripada rakan mengenai apa yang dimiliki namun kita harus mengawal dan meletakkan batas terhadap tabiat itu.

Beli apa yang diperlukan dan bukannya membeli untuk mendapat pujian.

4.    Catat perbelanjaan dalam hitam putih

Bukan itu sahaja, antara panduan lain ialah biasakan untuk mencatatkan segala perbelanjaan keluar dan masuk kerana kebiasaannya orang kaya mengetahui di mana dan ke mana wang mereka belanjakan.

Gunakanlah aplikasi Microsoft Exel contohnya dan ia pasti akan memudahkan anda.

5.    Bekerja keras

Tidak seperti tanggapan umum bahawa orang kaya hanya bersenang-senang dan menikmati kehidupan mereka kerana realitinya, mereka bekerja lebih keras daripada orang biasa.

6.    Melabur simpanan dengan bijak

Oleh itu, cuba untuk meningkatkan pendapatan anda, dan apabila ia akan meningkat, buat simpanan yang lebih berbanding sebelum ini. Buatlah simpanan daripada pendapatan yang diperoleh

Kita biasanya mengabaikan jumlah yang kecil tetapi jumlah yang kecil itu sebenarnya boleh bertambah sehingga menjadi jumlah yang besar. Selain daripada itu, jika anda melabur wang dengan betul, anda akan kagum dengan hasilnya nanti.

7.    Menggemari jualan murah, tawar menawar

Golongan kaya tidak pernah membayar apa-apa caj yang tidak perlu. Mereka kekal berhati-hati tentang yuran dan bayaran yang boleh dielakkan.

Cuba amalkan tips tersebut, walaupun ringkas pasti ia akan merubah hidup, Selamat menabung.

kREdIT 

Cuti Sekolah Akibat Jerebu

Semua murid dan guru-guru di negeri Johor dikehendaki pada 29 September 2015 kecuali para pentadbir dikehendaki hadir bertugas seperti biasa. Itulah maklumat yang cikgu dapat, namun tidak menghalang sekiranya guru-guru lain yang ingin ke sekolah untuk menyiapkan kerja-kerja tertangguh. Sekian, Terima Kasih.

ARAHAN PENUTUPAN SEKOLAH AKIBAT JEREBU

Tindakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia bagi menangani jerebu di sekolah yang terletak di beberapa kawasan, daerah atau negeri berdasarkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang tidak sihat (IPU 101-200) dan sangat tidak sihat (IPU 201-300).





Ini adalah kenyataan media oleh Kementerian Pendidikan Malaysia yang membuat pemantauan berterusan di seluruh negara berdasarkan Indeks Pencemaran Udara.



28 Sep 2015 - Isnin PENGUMUMAN CUTI: TINDAKAN MENANGANI JEREBU DI SEKOLAH

Merujuk kepada Kenyataan Media yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
Sehubungan dengan itu, Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru memaklumkan bahawa semua sekolah di daerah Johor Bahru perlu ditutup pada 29 September 2015 ( Selasa ).
Walau bagaimana pun, Pengetua dan Guru Besar dibantu oleh beberapa orang guru perlu hadir ke sekolah bagi memastikan kelancaran penutupan sekolah pada esok hari. Anggota Kumpulan Pelaksana perlu hadir bertugas seperti biasa.
Bagi Pegawai dan Anggota Kumpulan Pelaksana yang bertugas di Pejabat Pendidikan Daerah perlu hadir bertugas seperti biasa.
Maklumat akan disampaikan dari masa ke semasa berpandukan  arahan Kementerian  Pendidikan Malaysia dan Jabatan Pendidikan Negeri Johor.
Semua guru yang terlibat dengan kursus-kursus anjuran PPDJB adalah ditangguhkan.
Sebarang  pertanyaan boleh  berhubung dengan  En. Suliman Bin Kamsor, Penolong PPD Pembangunan Profesional di talian 07-2200349 atau 019-7522500.
Sekian, terima kasih.

Tindakan : PENGETUA DAN GURU BESAR

Berita Ini Telah Ditulis Oleh : SULIMAN BIN KAMSOR | Penolong PPD Pembangunan Professional

19 September 2015

BAGAIMANA CARA MUDAH TANAM CILI DI PERSEKITARAN RUMAH


Tanam Cili


1. Pilih kawasan yang menerima cahaya matahari yang banyak di rumah.
2. Pilih kawasan yang redup akan menyebabkan pokok menjadi tinggi daripada biasa dan saiz buah menjadi kecil.
3. Cara pemilihan medium penanaman bergantung kepada kaedah penanaman yang dipilih sama ada tanaman dalam pasu atau terus dalam tanah.
4. Medium penanaman untuk pasu yang sesuai adalah tanah campuran tiga bahagian tanah merah, dua bahagian tanah hitam dan satu bahagian pasir.
5. Saiz pasu yang sesuai adalah 16 inci x 20 inci bagi musim penanaman enam bulan.
6. Sekiranya bercadang untuk musim penanaman yang lebih panjang dari enam bulan, sila guna saiz pasu yang lebih besar seperti 30 inci x 50 inci.
7. Kaedah penanaman secara terus di tanah bagi kawasan rumah teres adalah tidak digalakkan kerana tanah tidak subur.
8. Sekiranya ingin meneruskan hasrat menanam di tanah kawasan rumah teres, tanah perlu diganti dengan tanah yang baru.
9. Pastikan tiada pokok buah-buahan seperti mangga, belimbing dan jambu berdekatan dengan kawasan tanaman. Ini bagi mengelakkan serangan lalat buah.
10. Umur paling sesuai untuk memindah tanam anak pokok atau tanah adalah ketika anak pokok sudah berusia tiga ke empat minggu.
11. Kelewatan memindah tanam anak pokok yang sudah cukup umur boleh menyebabkan pokok terbantut.
12. Waktu yang sesuai pindah tanam adalah pada waktu lewat petang.
13. Jangan pindah tanam anak pokok pada waktu tengah hari kerana pokok boleh terkena kejutan haba dan layu seterusnya mati.
14. Waktu yang sesuai untuk menyiram pokok adalah pada waktu awal pagi dan lewat petang.
15. Pokok cili harus disiram dua kali sehari, sekiranya waktu hujan tidak perlu disiram.
16. Pastikan kawasan penanaman tidak menyebabkan air bertakung. Air bertakung boleh menyebabkan lembap dan menggalakkan pertumbuhan kulat.
17. Kayu pancang perlu dipasang ketika peringkat awal selepas pindah tanam untuk mengelakkan kerosakan pada akar sekiranya dipasang pada umur matang.
18. Jenis kayu pancang yang sesuai adalah seperti buluh yang boleh bertahan sehingga lebih enam bulan.
19. Pemasangan kayu pancang bertujuan untuk mengelakkan pokok rebah apabila sudah berbuah lebat.
20. Baja organik seperti baja tahi ayam amat sesuai diberikan kepada pokok untuk menggalakkan tumbesarannya.
21. Sekiranya menggunakan baja kimia, pastikan mengikut kuantiti yang disarankan.
22. Pemberian baja kimia secara berlebihan boleh menyebabkan pokok mati kepanasan daripada baja.
23. Tempoh pemberian baja yang sesuai adalah setiap 10 hingga 14 hari.
24. Kehadiran semut yang banyak pada pokok cili adalah disebabkan ia menghurungi aphid atau bena putih yang terdapat di bahagian bawah daun.
25. Gunakan larutan pencegah serangga yang dirumus daripada bahan semula jadi seperti ekstrak semambu dan bawang putih.
26. Larutan mencegah serangga daripada bahan semula jadi mudah hilang apabila hujan.
27. Selepas hujan berhenti, larutan haruslah disembur semula.
28. Waktu paling sesuai untuk menyembur larutan pencegah serangga adalah pada waktu petang menghampiri Maghrib.
29. Tahap umur cili paling sesuai untuk dituai adalah apabila 80 peratus daripada cili yang matang sudah mencapai warna kirau (warna hijau bertukar sedikit merah).
30. Waktu paling sesuai untuk menuai adalah pada jam 9 pagi ke atas iaitu ketika embun sudah kering.
31. Sekiranya cili ingin disimpan lama, jangan basuh hasil tuaian cili. Sekiranya perlu dibasuh, harus dikeringkan segera.
32. Selepas cili dituai, baja perlu segera diberikan pada waktu petang yang sama atau keesokan harinya bagi mengelakkan pokok tertekan.

sELAMat mEncUBa...

kREDIT untuk...

https://www.facebook.com/jomkerjadarirumah/photos/a.287113169552.175710.259672394552/10153263330814553/?type=1&theater

SASARAN KERJA TAHUNAN - (SKT) SECARA ONLINE

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada follower blog CAJG sekalian.

Sistem HRMIS telah diperkenalkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam kepada penjawat awam merupakan satu transformasi pengurusan sumber manusia kepada penjawat awam di Malaysia. Tahniah dan Syabas CAJG ucapkan atas usaha pihak JPA dalam menguruskan sumber manusia dalam sektor awam.


Inilah pemuka web HRMIS yang boleh dilayari menerusi https://hrmis2.eghrmis.gov.my untuk melengkapkan maklumat tertentu berdasarkan arahan yang dikeluarkan oleh ketua jabatan tertentu. Sudah isi bolehlah sama ada untuk simpan dan hantar untuk disahkan. Apapun anda boleh melihat sendiri video yang terdapat dalam web HRMIS untuk mengetahui akan kepentingannya kepada penjawat awam menerusi link ini http://www.eghrmis.gov.my/index.php/galeri/video/item/465-kepentingan-data-hrmis. Selesai melihat video ini, barulah kita mengetahui akan kepentingannya berbanding sistem manual yang diperkenalkan sebelum ini. Alhamdulillah, cikgu harap web ini diupgrade dari satu masa ke satu masa supaya dilihat lebih mesra pengguna.

18 September 2015

~~~sAYa cIKgU gEoGrAFI~~~~

 
Sedikit latar belakang.

Assalamualaikum. Inilah saya, Cikgu Abdul Jabbar bin Mohammed yang merupakan Guru Mata Pelajaran Geografi di SMK Dato' Bentara Luar, Batu Pahat, Johor. Inilah bilik disiplin yang menempatkan saya disini atas sebab tugasan sebagai guru disiplin. Bilik ini bukan ekskulif, namun tuntutan tugas sebagai guru disiplin saya "dipaksa" oleh guru mentor saya En. Daraquthani bin Hassim untuk berada di bilik ini. Apapun, saya redha dan terima dengan hati yang lapang. Namun, suatu hari nanti khidmat guru-guru lain lebih diperlukan bergantu kepada arahan pentadbir. Saya sebagai orang yang menurut perintah sanggup saja ke mana saja ditempatkan. Jauh sekali untuk "fight" jawatan-jawatan tertentu. Itu saya tidak berminat, namun saya lebih berminat kepada dunia akademik khususnya mata pelajaran Geografi ini.

Berjinak-jinak dalam dunia penulisan artikel.


Dunia penulisan khusus artikel menjadi minat saya, namun demikian buat masa ini saya masih menimba pengalaman daripada otai-otai yang merupakan guru-guru saya tentang bidang Geografi. Ini adalah permintaan daripada editor sisipan Minda Berita Harian memohon untuk saya menukilkan idea dan pendapat khususnya untuk pembaca Berita Harian. Alhamdulillah, sudah diterbitkan dan saya mendapat ucapan yang meningkatkan motivasi saya untuk meneruskan penulisan artikel seumpama ini.

17 September 2015

KEBAHAGIAAN YANG DICARI

Dalam sesebuah rumah tangga kebahagiaan adalah sesuatu yang diimpikan. Cara dan bentuk kebahagiaan adalah berbeza bagi setiap orang. Ada yang miskin harta tetapi mereka memiliki kebahagiaan berbanding yang kaya harta. Namun, ada pula yang kaya harta memiliki kebahagiaan apabila mereka dapat membantu orang lain untuk meneruskan kehidupan. Sebab itulah, kebahagiaan bukan terletak kepada harta tetapi bagaimana si pemiliknya menguruskan kebahagiaan tersebut sehingga benar-benar mengecapinya. Kita juga percaya untuk memilikinya bukan satu perkara yang mudah tanpa ujian daripada pencipta dan pemilik bumi ini. Semuanya tersedia setelah kita diberikan ujian. Ujian pula diberikan pada kadar kemampuan kita. Hebatnya Allah swt. Cuma kita mestilah mensyukuri nikmatNya yang terlampau banyak yang tidak mampu kita perhitungkan. Allahuakbar!!! Alam rumah tangga juga sesekali ditiup oleh angin dan badai. Namun, bagaimana pasangan tersebut menguruskan masalah itu menjadi perkiraan sama ada hubungan itu sentiasa mekar atau tidak. Bergantung kepada si suami dan si isterilah yang sentiasa menyelesaikan permasalahan yang dihadapi dalam rumah tangga. Jangan pula, anak-anak menjadi mangsa keadaan akibat pergolakan yang dialami dalam sesebuah rumah tangga. Percayalah, si suami adalah nakhoda yang membawa bahtera sama ada selamat atau karam di lautan. Namun, si isteri tidak pula hebatnya yang menyokong bahtera sama ada sempat diselamatkan atau karam ditengah-tengah lautan akibat badai yang tidak mampu dikekang. Maka, menjadi tanggungjawab besar si isteri menyelamatkan keadaan ini. Jika, nakhoda gagal mereka tidak seharusnya dipersalahkan 100% bahkan 50% terletak dibahu anak kapal yang menyokongnya. Suka saya nyatakan disini, nakhoda yang hebat adalah mereka yang sering memberikan tunjuk ajar dan didikan kepada anak kapal. Sekiranya, tunjuk ajar dan didikan telah diberikan tinggal lagi tugas dan amanah yang berat anak kapal untuk menghadamnya supaya setiap tunjuk ajar dan didikan diamalkan dalam meningkatkan seri rumah tangga. Kata orang, isteri ni baru-baru kahwin hebat layanannya. Lama-kelamaan kurang mekar tu telah dinampakkan sehingga nakhoda mula menginginkan kembali kemekarannya. Namun, terpulanglah kepada si isteri itu bijak atau tidak dalam menguruskan hal-hal keinginan suami, bimbang suaminya mencari kebahagiaan di luar rumah. Untuk elakkan perkara seumpama itu berlaku, saya sering teringat pesanan arwah murabbi Allahyarham Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat merupakan murabbi ummah kesayangan rakyat Kelantan khasnya, rakyat Malaysia amnnya. Beliau sering berpesan kepada isterinya tentang cara menjaga suami supaya sentiasa merasa seperti baharu berkahwin. Pertamanya, makanan. Kedua, pakaian dan ketiganya adalah tempat tidurnya. Ketiga-tiga perkara ini adalah satu bentuk penghargaan dan layanan yang tertinggi si isteri perlu sediakan kepada suaminya agar cinta dan kebahagiaan dapat disalurkan dalam rumah tangga. Makanan, suami memang suka makan terutamanya masakan isteri. Isteri pula perlu mengutamakan selera suami daripada seleranya sendiri. Lagipun si suami ni dia mintak makanan yang isterinya boleh masak dan mungkin suka makan juga. Dari segi layanan di meja makan, bertambah lagi romantiknya isteri melayani suami. Maka disitulah timbul kasih sayang dan cinta suami terhadap isterinya. Pakaian, seringkali isteri memandang remeh soal pakaian suami tetapi berlawa-lawa dalam pakaian sendiri. Sebab itu, ada suami yang suka membeli sendiri pakaiannya dan malah lebih sedih mencari stokin sendiri dalam bakul pakaian yang boleh menjejaskan mood suami. Pada suami, pakaian ke tempat kerja harus diletakkan di tempat yang senang dicari tanpa perlu menyelongkar sehingga menimbulkan kemarahannya. Mungkin, isteri anggap benda-benda itu remeh tetapi tidak pada suami. Sesekali mungkin boleh difahami oleh suami kerana sibuk melayan kerenah anak-anak serta sibuk menguruskan kerja rumah. Namun, bergantung kepada perbincangan antara suami isteri tersebut. Tempat tidur ini bukanlah semata-mata seks, namun lebih dari itu. Layanan suami mesti diutamakan oleh isteri. Cadar dan sarung bantal harus ditukar ganti setiap masa jangan tunggu si suami merungut atau tidak selesa dengannya. Sebelum tidur urutan manja oleh isteri amat mempengaruhi emosi dan tingkahlaku suami sehingga mampu memberikan rasa nyaman dan selesa umpama malam-malam pertama. Ada isteri tidak sedar akan perkara penting ini, namun hakikatnya si suami akan rasa tidak puas hati malah kecewa dengan si isteri. Malah ada yang hambar dan dingin terhadap pasangan sehingga menjadikan "orang luar" tempat untuk berkongsi kasih. Perkara inilah yang lama-kelamaan akan menganggugugat keharmonian rumah tangga pasangan sehingga sukar mendapatkan kebahagiaan yang dicari. Kepada suami isteri diluar sana, walaupun anda dan pasangan anda bekerja bukanlah menjadi alasan untuk menghangatkan hubungan kasih sayang ini. Kerjaya sebagai guru, umpamanya sudah tidak lagi seperti dulu memaksa suami isteri perlu banyak berkorban untuk rumah tangga. Namun, kebijaksanaan pasangan dan cara menguruskan rumah tangga masih lagi menjadi titik tolak kebahagiaan yang dicari. Sekian, Terima Kasih.

Cikgu Abdul Jabbar Geografi @ Paduka Abeja.
Luahan Untuk Isteri



16 September 2015

Beralihlah kepada pelan penjimatan

Assalamualaikum.
Salam Transformasi Telco.

Sedarkan anda, semua orang menggunakan telefon bimbit. Namun, tak ramai orang sedar ada syarikat telco menawarkan perkhidmatan yang lebih baik untuk penjimatan wang sehingga dihabiskan beribu-ribu ringgit setiap tahun untuk keperluan komunikasi. Sekiranya, anda masih mencari-cari perkhidmatan yang menjimatkan bolehlah menghubungi saya di talian 019-5144789 untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut.

Cikgu Abdul Jabbar Geografi
Sub-Dealer Onexox

DYSD20147
019-5144789

Bersyukurlah. Fahamilah erti nikmat daripadaNya.

Alhamdulillah, puji-pujian hanya kepada Allah swt saya panjatkan kepadaNya yang memberikan nikmat yang entah berapa banyak pun tidak Cikgu Abdul Jabbar Geografi (CAJG) tahu. Namun, CAJG boleh katakan bahawa nikmatnya tidak terkira banyaknya setiap hari. Namun, nikmat rezeki juga harus diucapkan syukur kepada Allah swt jua. Nikmat rezeki pula diberikan dalam pelbagai bentuk, akan tetapi kebanyakkan manusia hanya ingat "duit" sahaja nikmat rezeki. Itulah persepsi yang harus diubah dan CAJG cuba sebarkan melalui nasihat-nasihat supaya kita jangan sempitkan makna rezeki yang Allah swt berikan kepada kita semua sebagai makhlukNya. Untuk menjadi makhluk yang tidak sia-sia hendaklah kita mengucapkan rasa syukur akan nikmat yang telah diberikan oleh Tuhan semesta alam. Mereka yang tidak mengucapkan syukur adalah mereka yang sombong! Jauhilah CAJB, anak-anak murid cikgu dan rakan-rakan pembaca blog ini daripada bersikap sombong dan lupa diri. Kita sebagai orang Islam (nikmat agama yang disampaikan oleh baginda Nabi Muhammad saw serta para sahabat baginda) adalah nikmat yang paling besar kerana lahir dalam keluarga Islam yang dikurniakan oleh Allah swt. Alhamdulillah, kita dilahirkan dalam keluarga Islam. Sinar Islam itu sudah ada cuma perlu ditingkatkan keimanan kepadaNya semoga nilai keimanan ini akan dinilai oleh Allah swt diakhirat nanti. Pada hari ini, 16 September 2015 merupakan sambutan Hari Malaysia yang ke-52. Sudah tentulah kita mesti mensyukuri, nikmat bernegara yang berdaulat, bebas memerintah dan mentadbir serta memiliki perudangan yang tersendiri. Ini juga merupakan nikmat yang besar dianugerahi oleh Allah swt kepada kita rakyat Malaysia. Semoga keamanan dan keharmonian kaum dapat dikekalkan sepanjang masa sesuai dengan motto Hari Kebangsaan yang ke-58 tahun 2015 iaitu Sehati Sejiwa. Semoga rakyat Malaysia terus mengekalkan dan mengukuhkan keharmonian kaum ini.


Cikgu Abdul Jabbar Geografi
16 September 2015
Batu Pahat, Johor.

Selamat Hari Malaysia 16 September 2015


Selamat Menyambut Hari Malaysia yang ke-52. Semoga negara Malaysia sentiasa berada dalam keberkatan Ilahi. Hubungan kaum yang lebih harmoni.


Ni tahun 2014 punya. Apapun kita mesti berbangga menjadi rakyat Malaysia ini.

14 September 2015

As salam
Seperti yang aku janjikan
aku nak citer kat korang pasal pengalaman aku membeli rumah lelong... sekadar sebagai rujukan untuk korang yang xder pengalaman langsung... aku kongsikanlah sedikit pengalaman yang ader nie...
Pada mulanyer memang berat jugak hati nak membeli rumah lelong nie sedangkan tarikh rumah lelong yang diiklankan dengan tarikh lelongan hanya tinggal 2 minggu lagi.. pujuk encik suami dia macam x setuju takut kene tipu... dia still soh aku bersabar...
Macam biasalah perangai aku..  xpernah berputus asa.. aku google lagik pasal pembelian rumah lelong nie... banyak info yang aku dapat..ada yang kata bagus dan ada jugak cerita yang x bagus... aku maklum pada encik suami supaya pergi dahulu berjumpa dengan agen lelongan yang berdaftar nie.. kita dengar dulu penerangan diaorang... Last-last.. encik suami termakan jugak dengan pujukan rayuku ini..hahaha.. nampak ganas tapi pandai pujuk tau...(hihihi..puji diri sendiri gamaknyerr...lalalala)..
Setibanya di opis agen berdaftar banyak penerangan yang diberikan dan banyak jugak soalan yang aku tujukan... sampai dah xleh nak tanya apa-apa lagik.. puas rasanya.. aku pun sempat ceritakan pasal aku ditipu tu... encik suami pun nampaknyer macam faham dan mula berminat dengan rumah lelong tu tapi dia x bagi aku mengharap sangat.. yelah saingan pun ramai takut xder rezeki untuk kitaorang...
Nie aku nak share dengan korang perkara-perkara yang perlu dilakukan untuk persediaan membeli rumah lelong...
  1. call atau pergi terus ke tempat agen lelongan untuk mendapat segala informasi berkenaan rumah tersebut...
  2. jangan sesekali berurusan dengan agen lelongan yang tidak berlesen..contohnya yang tampal2 kat tepi jalan atau kat rumah..hanya harga rumah dan no telefon sahaja...berkemungkinan akan ditipu..
  3. jika dapat pergi tengok dahulu keadaan rumah dan kondisi bersesuaian dengan harga yang dilelong..kalau boleh bertanyakan dengan jiran rumah tersebut...(macam aku rumah yang lelong tu masih ada owner...jadi aku terus berjumpa dengan jiran2 yang berdekatan untuk bertanya..x berani aku nak direct dengan owner..hehehe)..ini untuk mengelakkan kita daripada mendapat rumah yang luar nampak cantik tapi dalam dah bekecai..ada jugak yang aku baca x pernah langsung g tengok rumah tu sekali dapat macam rumah hantu..wahahaha..serius takut sebab aku pun x dapat tengok situasi dalam rumah tu...cuma kebanyakkan rumah yang ada owner nie biasanya berkeadaan baik...
  4. semak dahulu dengan bank harga rumah yang dilelong dengan market value bersesuaian atau tidak..status rumah..itu semuanyer boleh disemak oleh agen jika kita bersetuju untuk lantik dia uruskan rumah yang dibeli...
  5. semak dengan bank sama ada kita clear daripada CITOS atau CCRIS....sebab kalau menang lelongan tapi masa nak apply loan kita black list alamatnyer burnlah duit deposit kita tue..muehhehehe..
  6. Bila dah ok semuanyer barulah agen akan minta kita untuk menyediakan bankdraf 10% daripada harga rumah yang dilelong...jika menang lelongan..kita akan diberi tempoh selama 120 hari untuk settle semua perkara..jika x duit deposit tu pun akan melayang..hahahaha
Sebab tue lah aku memang gila-gila kejar bank dan aku punyer peguam berkenaan kes rumah nie.. hari-hari ko aku telefon untuk tau status.. takut beb duit melayang..bukan sesikit tau...
Nasiblah semuanyer settle sebulan sebelum due date dia... sebab tulah kakitangan awam x digalakkan untuk membeli rumah lelong ni... (kalau guna loan kerajaan la)... sebab takut melebihi tempoh.. proses loan kerajaan biasanyer lambat sikit..
walaupun aku keje gomen loan nie pun guna nama suami jerk.. cepat sikit... pastu biar dia yang bayar.. hahaha... tapi sebab masa lelong dah nama dia automatik nama rumah tu nama dia.. kalau aku nak nama bersama.. kenalah appoint peguam semula ataupun soh dia buat wasiat jerk tu adalah harta bersama.. hehehe.. boleh gitu...
Nie aku kasi tengok gambaran rumah tue masa aku memula masuk dulu... x buat ape2 lagik..cuma baru dibasuh ajerk... nanti aku ceritakan pulak macam mane proses aku nak soh owner nie keluar dari rumah tue.. ingat senang..hahaha.. tapi alhamdulillah.. berkat kesabaran... keluarlah jugak dia dengan cara yang baik..hehehe...

05 March 2015

Indahnya Panorama, Hebatnya Ciptaan Ilahi

Tajuk: Indahnya CiptaanMu
Peristiwa : Jalan-jalan makan kerang sambal bersama si dia
Lokasi: Pantai Sungai Lurus, Batu Pahat.
Tarikh: 23/10/2014
Medium: Smartphone Samsung Note II

~~~Berjinak-jinak sebagai Tukang Ambik Gambar~~~


Ni hasil daripada pengeditan menggunakan PicArt. Saje-saje nak bergiat dalam dunia ni, tujuan utamanya aku suka tengok gambar panorama. Nak-nak bila pergi jalan2 bersama isteri tersayang, sambil2 snap dua tiga gambar (rasanya lebih 2-3 pun). Memang aku suka bergambar dan tengok gambar2 yg cantik. Indahnya ciptaanMu Ya Rabbi.

02 February 2015

Bermula pada tahun 2015, satu lagi transformasi dalam pendidikan yang dilaksanakan adalah bagi memastikan sistem pendidikan di Malaysia bersiap sedia mendepani cabaran abad ke-21. Maka, guru dan pelajar dipersiapkan dengan pengajaran dan pembelajaran abad ke- 21. Disini saya memasukkan entri sebagai panduan guru.



31 January 2015

CORET-CORET BERSAMA CIKGU NORAZIMAH.

http://www.cekgunorazimah.com/2015/01/lakukanlah-segala-kebaikan.html

KEBANGGAAN KITA YANG TERBESAR ADALAH BUKAN TIDAK PERNAH GAGAL, TETAPI BANGKIT KEMBALI SETIAP KALI KITA JATUH.
Lakukanlah segala kebaikan sekecil apa pun kerana kamu tidak tahu kebaikan mana yang menghantarkan mu menuju ke syurga.
"Selamat beramal kerana Allah swt"

15 January 2015

SEKITAR MISI KEMANSUIAAN MANGSA BANJIR


Keluarga abang aku ni. Mereka juga perlukan bantuan.

MISI KEMANUSIAAN MANGSA BANJIR DI KELANTAN

Barangan yang berjaya dikumpulkan daripada rakan-rakan guru di sekolah aku. Alhamdulillah, sungguh terharu dengan keprihatinan mereka membantu mangsa banjir. Pada 1.1.2015 aku bergerak ke Kelantan tanah tumpah darahku untuk menyampaikan sendiri sumbangan ini kepada mangsa banjir. Semoga usaha kita dirahmati oleh Allah swt.

BUATMU SIFUKU - TN. HJ. SADLI BIN ABDULLAH

Beliau merupakan Guru Cemerlang Geografi yang menjadi rujukan saya. (1691) 11 MEI 2023 - BERITA WILAYAH - JASA GURU: LAHIRKAN GENERASI CEMER...