MERUPAKAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH DI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA(KPM)
22 November 2013
17 November 2013
RIDE FOR HEALTHY AND NATURE
Aspek keselamatan perlu diutamakan bilamana anda ingin memulakan kayuhan.
Bersiap sedia untuk keluar rumah melaksanakan misi kayuh.
Glove juga harus dipakai sebelum kayuhan.
Posing dulu beb. Rider memang suka posing.
Bersemangat memulakan kayuhan.
Berehat seketika untuk menikmati "nature aura"
Berhenti penat lelah di pondok Peserai, Batu Pahat.
Air yang terhidrasi perlu diganti balik dengan minum air kosong.
Kayuhan bermula setelah berhenti rehat.
PESANAN BUAT SUAMI ISTERI
10 Pesanan Buat Pengantin baru, Oleh Ustzh Siti Norbahyah Mahamood
pada 28hb Mei 2012 pukul 12.28 ptg
Nabi Muhammad saw bersabda, yang bermaksud wanita dikahwini berdasarkan 4 perkara.
1. Harta
2. Kecantikan
3. Keturunan
4. Agama
Rasulullah saw berpesan pilih yang beragama agar hidupmu akan selamat
dan bahagia. Jika dipilih berdasarkan harta, ia akan habis, cantik
akhirnya akan pudar ditelan waktu, & jika dipilih agama ianya akan
kekal.
Bertanya kepada bapa Imam Malek oleh seorang hamba
Allah," Wahai ayah Imam Malek, bagaimana kamu mendidik anak sehingga
menjdi begitu baik?". Maka jawab si ayah itu, " Aku didik ibunya
terlebih dahulu." Secara kesimpulannya, pilihlah isteri yang baik dan
solehah agar dapat mendidik anak yang baik.
Siti Khadijah ra
merupakan usahawan yang berjaya dan terkenal. Tetapi beliau berjaya
mengenepikan sikap egonya dan tunduk sebagai isteri yang solehah kepada
Nabi Muhammad saw. Begitu juga Siti Fatimah ra, puteri Nabi Muhammad saw
yang berjaya dididik sehingga menjadi ratu syurga.
Nabi
Muhammad saw pernah bersabda yang bermaksud, " Dunia ini adalah
perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah isteri ( wanita ) yang
solehah".
Pesanan daripada Ummamah Binti haris kepada puterinya
Ummu Ilias Binti Auf ketika berlangsung perkahwinannya dengan Amru Bin
Hujrah. Ummamah masuk ke bilik anaknya dan berpesan," Anakku, jagalah
baik-naik 10 perkara ini. kelak engkau akan memiliki perbendaharaan
rumah tangga".
10 PERKARA ITU ADALAH:
1. Hormati suamimu dengan menggembirakan serta memberi kepuasan
kepadanya. kebahagiaan dan kepuasan sebenarnya bertunjang di hati.
Apabila hati seorang suami tidak tenteram apa yang dilakukan oleh isteri
ada saja yang tidak kena. Manakala hati suami yang tenang apabila
segala tindak tanduk si isteri menyenangkan, lalu ia akan mencetuskan
kemesraan dalam rumahtangga.
Suami yang mendapat
ketenangan di rumah akan muncul di tengah masayarakat sebagai orang yang
ceria, aktif, & mudah bertolak ansur. Begitu juga dengan isteri
yang mendapat ketenangan di rumah akan menjadi isteri yang ceria,
penyayang & bahagia rumahtangganya. Pasangan dalam rumah tangga yang
bahagia akan dapat melakukan ibadah dengan rasa khusyuk.
Diriwayatkan oleh Maisarah Bin Ali daripada Abu Sayid Bin al-Khudri,
Nabi Muhammad saw bersabda," Sesungguhnya apabila seorang suami menatap
isterinya & isterinya pula membalas pandangan dengan pandangan cinta
dan kasih, lalu Allah swt menatap mereka dengan pandangan kasih mesra.
Dan jika suami membelai isteri, lalu dosa mereka jatuh berguguran di
celah-celah jari mereka.
Isteri hendaklah selalu
menghadiahkan senyuman buat suami, begitu juga sebaliknya. Senyuman yang
menawan dapat menambat hati pasangan. Apatah lagi ia dilakukan setiap
kali suami pulang ke rumah. Senyuman dapat melegakan fikiran serabut
suami setelah seharian bekerja di pejabat. Rasulullah saw bersabda yang
bermaksud," Senyuman yang terukir di bibir sedikit sebanyak
menghilangkan kekeruhan di dalam rumahtangga.
2.
Turuti perintah suamimu dengan baik, kerana kewajipan utama bagi seorang
isteri adalah taat kepada suami selagi ia tidak bertentangan dengan
agama. Tidak rugi taat kepada suami kerana ganjarannya adalah syurga
yang kekal abadi.
Nabi Muhammad saw
bersabda,"apabila isteri mengerjakan solat lima waktu, berpuasa di bulan
Ramadhan, memelihara kehormatan dan mentaati suami maka diucapkan
kepadanya,"Masuklah kamu ke dalam syurga dari mana-mana pintu syurga
yang dikehendaki.". ( Riwayat Ahmad at-Tabrani )
3.
Awasilah sorotan kedua matanya jangan sampai suamimu melihat sesuatu
pandangan buruk daripada pandanganmu. Maksudnya berhiaslah yang
cantik-cantik untuk suami dan berikanlah senyuman padanya.
4. Awasilah hidungnya jangan sampai suamimu tercium bau kecuali bau yang paling sedap dan nyaman daripadamu.
5. Awasilah tidur suamimu dan jangan sampai terganggu kerana gangguan
orang yang sedang tidur itu boleh membawa kemarahan. Sedangkan kemarahan
itu adalah sifat syaitan. Jangan dibiarkan tidur suami terganggu dengan
anak-anak yang membuat bising, membuka suara televiseyen atau radio
dengan suara yang terlalu kuat. Kemarahan dan rasa tidak hormat ini
dibimbangi jika ia berterusan boleh membawa kepada perceraian.
6. Awasilah suamimu waktu makannya. Jangan sampai dia lapar kerana
gangguan lapar yang berturut-turut boleh menimbulkan kemarahan. Apabila
suami pulang, sediakanlah makan dan minumnya. Temankan suami ketika di
meja makan kerana perbuatan ini akan mendapat ganjaran besar daripada
Allah swt.
Nabi Muhammad saw bersabda," Wahai
Fatimah, kelebihan wanita yang mengeluarkan peluh kerana membasuh untuk
suami dan anak-anaknya, Allah akan bina parit di antara dirinya dengan
api neraka bagi menghalang api neraka itu. Dan jarak antara satu parit
dengan parit yang lain adalah sejauh seperti langit dan bumi. Wahai
Fatimah, bagi wanita yang mengalirkan air matanya kerana memotong atau
menghiris bawang untuk di masak kepada ahli rumahnya, maka Allah swt
mencatatkan pahala sebanyak yang diberikan kepadanya orang yang menangis
takutkan Allah swt. " ( Riwayat Abu Hurairah )
7.
Jagalah harta benda suami. Isteri harus bijak mengatur urusan
rumahtangga. Nabi Muhammad saw berkata," Sebaik-baik wanita jika engkau
pandang dia menyenangkanmu. Jika engkau perintah, dia mentaatimu. Jika
engkau tinggalkan, dia akan jaga harta dan dirinya.
8. Jagalah anak-anak, keluarga dan pembantu rumah. Peliharalah anak-anak
dengan baik kerana mereka adalah benteng daripada terkena api neraka.
9. Jangan menentang perintah suami kerana ia akan menyedihkan hati
suami. Nabi Muhammad saw bersabda,"Sesiapa saja isteri yang derhaka
terhadap suami dan menyakiti hatinya akan mendapat kutukan daripada
Allah swt, para malaikat dan segenap manusia.
10.
Jangan buka rahsia suamimu kerana jika engkau membuka rahsianya, engkau
tidak akan selamat daripada pembalasan-Nya. Nabi Muhammad saw
menjelaskan pengkhususan dan kesucian perkahwinan. Baginda mengharamkan
kepada suami atau isteri menceritakan hal-hal yang terjadi terumata
sekali perkara yang berkaitan dengan hubungan mesra suami isteri ini
kerana ia merupakan akhlak yang paling buruk dan tercela. Oleh itu,
peliharalah apa yang terjadi antara suami isteri dan ia harus di simpan
dan dirahsiakan.
Subscribe to:
Posts (Atom)
BUATMU SIFUKU - TN. HJ. SADLI BIN ABDULLAH
Beliau merupakan Guru Cemerlang Geografi yang menjadi rujukan saya. (1691) 11 MEI 2023 - BERITA WILAYAH - JASA GURU: LAHIRKAN GENERASI CEMER...
-
PERWATAKAN GURU YANG BERKUALITI 1. Menunjukkan minat 2. Mahir dalam bidangnya 3. Bijak mengurus 4. Mengajar dengan berkesan 5....
-
Beliau merupakan Guru Cemerlang Geografi yang menjadi rujukan saya. (1691) 11 MEI 2023 - BERITA WILAYAH - JASA GURU: LAHIRKAN GENERASI CEMER...
-
Dengarkanlah wahai anak-anak sekalian. Saya pasrah, kedua ibu bapa saya telah pergi meninggalkan kami semua tanpa saya sempat menyembahy...