Showing posts with label pendidikan. Show all posts
Showing posts with label pendidikan. Show all posts

10 November 2013

LOGO BARU KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)

 
Logo ini direka mengunakan huruf ‘Alif’ sebagai konsep teras. Pendekatan mengunakan huruf atau typography adalah berdasarkan pengertian bahawa manusia yang pada masa hidupnya, berada pada jalan yang lurus sebagaimana huruf ‘Alif’ itu. Alif juga membawa pengertian ILMU kerana Allah mengangkat orang-orang yang beriman dan orang-orang yang diberi ilmu dengan beberapa darjat. Ilmu juga diklasifikasikan sebagai pengetahuan atau kepandaian yang merangkumi semua bidang yakni duniawi mahupun ukhrawi. Ilmu juga di takrifkan sebagai pemindahan roh atau jiwa daripada kegelapan kepada kecerahan dan sebagai suatu kebenaran dan keyakinan. Logo ini menggunakan dua ‘P’ dan dua ‘Alif’ melambangkan dua peringkat pendidikan iaitu Sistem Sekolah dan Sistem Pengajian Tinggi. Hurup ‘P’ yang bertingkat ke arah Alif melambangkan tahap-tahap kecemerlangan pendidikan Malaysia. Bentuk Bulat melambangkan Malaysia sebagai pusat pendidikan yang bersifat global. Dari segi warna, biru bermaksud profesionalisma dalam sistem pendidikan negara. Kuning keemasan melambangkan kecemerlangan. Putih melambangkan sistem pendidikan yang bermutu tinggi dan membentuk insan yang berkualiti dan berilmu mulia.
 
Rekabentuk oleh Prof. Dato’ Dr Ahmad Zainuddin & Mohd Faizal Ahmad (Majlis Rekabentuk Malaysia)

09 November 2013

PENGALAMAN MENGAJAR DI BEBERAPA BUAH SEKOLAH.

BERMULA BERADA DI SEKOLAH ADALAH MENGAJAR DI SMK SERI GOMBAK, GREENWOOD SEBAGAI GURU PRAKTIKUM SELAMA 3 BULAN. MULA-MULA LAPOR DIRI PADA 21 MEI 2011 SEHINGGA 26 OGOS 2011.




DI SMK BANDAR TASIK PUTERI, RAWANG SEBAGAI GURU INTERIM. BERMULA DARI 16 JANUARI 2012 SEHINGGA 31 MAC 2012.


DI SMK DATO' BENTARA LUAR, BATU PAHAT SEBAGAI PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH (PPPS) GRED DG 41. MULA LAPOR DIRI PADA 23 MEI 2012 SEHINGGALAH HARI INI. BAGI CIKGU, TUGAS MENDIDIK SEMAKIN MENCABAR NAMUN CIKGU BANGGA DENGAN KERJAYA INI DAN BERASA BERTUAH BERGELAR SEBAGAI PENDIDIK.

28 May 2013

ISU PENDIDIKAN : Pembelajaran Maya Guna Telefon Pintar

Kementerian Pendidikan sedia kemudahan 4G akhir tahun
 
Kuala Lumpur : Kementerian Pendidikan bercadang memperkenalkan pembelajaran secara maya menggunakan telefon pintar seperti iPhone dan telefon Windows, pada masa depan.
Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata ini membolehkan pengajaran dan pembelajaran (P&P) dijalankan di mana-mana dan pada bila-bila masa.
Katanya, di rantau Asia Pasifik, penggunaan telefon pintar semakin popular dengan kemudahan seperti internet tanpa wayar, rangkaian 3G atau 4G untuk meningkatkan P&P.

Kemudahan 1BestariNet
“Dalam pelan tindakan pendidikan negara, kita akan menyediakan kemudahan 4G melalui 1BestariNet dan persekitaran pembelajaran maya (VLE) membabitkan lebih 10,000 sekolah rendah dan menengah di seluruh negara menjelang akhir tahun ini. Kita juga menyasarkan semua guru terlatih dan cekap dalam VLE menjelang 2015.
“Pembelajaran mudah alih atau m-pembelajaran dan pembelajaran di mana-mana atau u-pembelajaran adalah dua trend untuk mengukuhkan inisiatif e-pembelajaran kita,” katanya ketika merasmikan Persidangan Antarabangsa Pendidikan ‘Digital Education Show Asia’ 2013 di sini, semalam. Teks ucapannya dibacakan Timbalan Menteri Pendidikan I, Datuk Mary Yap Kain Ching.

3 gelombang pembangunan
Muhyiddin berkata, kementeriannya sudah menggariskan tiga gelombang pembangunan untuk perubahan sistem pendidikan negara dengan meningkatkan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).
Katanya, pembabitan guru dan integrasi ICT dalam P&P adalah faktor utama bagi menjayakan matlamat itu dan ia juga sejajar matlamat Wawasan 2020 menerusi inisiatif dalam teleperubatan, e-kerajaan, pendidikan dan industri.
Beliau yakin peningkatan integrasi ICT dalam P&P akan merubah sistem hafalan tradisional kepada pendekatan konstruktivis yang melahirkan pelajar berfikiran kreatif, kritikal dan berinovasi.

Sumber : http : //www.bharian.com.my/

27 May 2013

Isu-isu Pendidikan Kini.

Hari ni dua kenyataan tentang pendidikan iaitu daripada Menteri Pendidikan dan Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia. Masing-masing membangkitkan isu pendidikan ke arah transfomasi. Tahniah kepada kedua-dua orang yang terlibat secara langsung di peringkat dasar pendidikan negara. Cuma saya ada beberapa pandangan kepada cadangan menteri berkenaan.

1) Isu tidak akan buat pengambilan guru pelatih amat membimbangkan para pelajar aliran pendidikan dan graduan pendidikan. Mereka dipilih melalui temuduga khas (ujian MedSI) yang membolehkan mereka diterima masuk dalam dunia pendidikan. Tahniah, kepada Menteri tersebut kerana peka dan cakna untuk mendapatkan guru-guru yang berkualiti untuk kelangsungan generasi akan datang. Tapi, alangkah bagusnya jika pemilihan diperingkat awal-awal lagi maksudnya hanya menerima mereka yang betul-betul cemerlang dalam peperiksaan dan minat menjadi guru. Tanpa kedua-dua perkara ini amatlah mustahil untuk menghasilkan guru yang berkualiti tambahan pula cabaran dalam dunia pendidikan masa kini.

2) Politik dan Pendidikan. Saya menyokong penuh cadangan supaya mereka yang terlibat dengan pendidikan di sekolah tidak boleh terlibat dengan politik. Tetapi jangan halang guru untuk menceburi politik asalkan mereka tidak berpolitik di kawasan sekolah. Maksudnya, jangan gunakan sekolah sebagai platform politik. Kat luar terpulang lah kepada guru atau warga pendidik tersebut untuk mengasah bakat masing-masing. Amatlah membosankan jika sekolah digunakan sebagai platform politik, menjadi pentas penyampaian Bantuan Rakyat serta cengkaman politik terhadap mereka yang bergelar guru.

Jika, maksud yang Menteri dan Timbalan Menteri cadangankan itu saya fikir dunia pendidikan akan bertambah maju dengan dasar-dasar yang akan dilaksanakan. Sekian.

26 May 2013

Kursus Pengawas SMKDBL Tahun 2013

Aku merupakan salah seorang Guru Pengawas di SMKDBL pada Tahun 2013. Kursus diadakan bagi memantapkan kepimpinan para pengawas sekolah supaya menjadi rakan yang boleh menegur pelajar lain yang bermasalah di sekolah. In Sha Allah, jika digilap dan kursus yang berterusan kepada para pengawas, mereka akan menjadi mantap dari sekarang dan besar kemungkinan bakat kepimpinan mereka akan terserlah pada masa akan datang. Aaamiiin. Cikgu doakan supaya kamu menjadi penyambung generasi "murrabbi" yang cikgu pikul pada hari ini. 

Hari Guru 16.05.2013 SMKDBL


Pada tanggal 16 Mei setiap tahun, para pendidik akan diraikan dalam sambutan Hari Guru. Aku tidak terkecuali. Dalam proses bergelar pendidik, aku dah rasa tiga suasana sambutan hari guru yang diraikan. Memang berbeza disetiap sekolah. Ada yang happy, buat2 happy dan tak seronok langsung. Terpulang pada cikgu masing-masing yang meletakkan mood dalam suasana mana. Tapi bagi aku, tidak kisahlah suasana yang macam mana sekalipun, aku akan ingat balik pengorbanan guru-guru aku dulu, ucapkan selamat kepada mereka dan yang paling penting sejak aku juga bergelar guru adalah refresh balik "niat" dan matlamat aku jadi "pendidik". Dalam erti kata yang lain, aku lebih suka guna kata nama "pendidik" daripada "guru" atau "cikgu". Kerana pengertian pendidik itu sendiri berada dalam skop yang aku ingin capai sebagai orang yang bergelar guru. Orang lain nak panggil cikgu @ guru aku tak kisah itu hak masing-masing. Aku menoleh juga walaupun orang panggil aku cikgu @ guru padaku. Cuma frasa "pendidik" itu yang akan aku gunakan untuk menilai diri sendiri dan berdepan dengan Allah swt.

Melayan karenah pelajar-pelajarku.

Program yang cikgu minat. Pelajar2 ku mintak suburkan dalam jiwa.

Pelajar bergaya. Takpe asalkan nampak tak kurang ajar. Masih sopan

Cikgu nak masuk jugak.

Guru Penasihat Kadet Bomba, En. Abdul Jabbar bin Mohammad.

Kepenatan pun hilang dapat makanan.

Semangat nak bergambar ke ni?

Aku cuba sedaya upaya melatih mereka.

25 May 2013

CIRI-CIRI PENDIDIK YANG BAIK


PERWATAKAN GURU YANG BERKUALITI

1. Menunjukkan minat

2. Mahir dalam bidangnya

3. Bijak mengurus

4. Mengajar dengan berkesan

5. Menunjukkan sikap yang baik

6. Wujudkan pengurusan kelas yang berjaya

7. Merancang waktu mengajar

8. Mengekalkan hubungan yang baik

9. Komunikasi yang berkesan

10. Memiliki kemahiran untuk bertanya

11. Memiliki pelbagai teknik mengajar

12. Membina kejayaan pelajar

13. Memiliki harapan yang tinggi

14. Mewujudkan suasana yang selesa

15. Mengamalkan kelonggaran




Terjemahan daripada: Admirable Teaching Trait (Robert E.Glenn)




CIRI-CIRI ORANG BERMOTIVASI
Sentiasa awal dan mendahului Sentiasa bersemangat Sentiasa tekun dan rajin Sentiasa rajin dan optimisK Kenal potensi dan kelemahan diri Sentiasa cekal dan tabah Sentiasa memperbaiki diri dan keadaan Menghasilkan kerja yang cemerlang Sentiasa berdoa dan bersyukur Sentiasa tawaduk Sentiasa Konsisten, istiqomah dan iltizam

semangat & hilang penat bekerja bila tengok pelajar-pelajarku yang senyum dan menyapaku.


22 February 2011

CIRI-CIRI GURU YANG BAIK

PERWATAKAN GURU YANG BERKUALITI

1. Menunjukkan minat
2. Mahir dalam bidangnya
3. Bijak mengurus
4. Mengajar dengan berkesan
5. Menunjukkan sikap yang baik
6. Wujudkan pengurusan kelas yang berjaya
7. Merancang waktu mengajar
8. Mengekalkan hubungan yang baik
9. Komunikasi yang berkesan
10. Memiliki kemahiran untuk bertanya
11. Memiliki pelbagai teknik mengajar
12. Membina kejayaan pelajar
13. Memiliki harapan yang tinggi
14. Mewujudkan suasana yang selesa
15. Mengamalkan kelonggaran

Terjemahan daripada: Admirable Teaching Trait (Robert E.Glenn)

CIRI-CIRI ORANG BERMOTIVASI
  • Sentiasa awal dan mendahului
  • Sentiasa bersemangat
  • Sentiasa tekun dan rajin
  • Sentiasa rajin dan optimisK
  • Kenal potensi dan kelemahan diri
  • Sentiasa cekal dan tabah
  • Sentiasa memperbaiki diri dan keadaan
  • Menghasilkan kerja yang cemerlang
  • Sentiasa berdoa dan bersyukur
  • Sentiasa tawaduk
  • Sentiasa Konsisten, istiqomah dan iltizam

05 November 2010

Bagaimanakah Unsur Pendidikan Alam Sekitar Dapat Diserapkan?

1. Memandangkan degradasi alamn sekitar yang kian meningkat dan telah menimbulkan pelbagai isu seperti pemusnahan hutan, pencemaran, kesan rumah kaca, penipisan lapisan ozon, hakisan dan kepupusan spesies maka adalah penting untuk menyerapkan unsur pendidikan alam sekitar merentas kurikulum.

2. Matlamat pendidikan alam sekitar adalah untuk membentuk masyarakat (pelajar) yang lebih peka dan prihatin terhadap isu-isu alam sekitar serta memperoleh pengetahuan, kemahiran, nilai dan komitmen untuk berusaha dan bertindak secara individu atau bersama ke arah penyelesaian isu-isu alam sekitar.

3. Objektif pendidikan alam sekitar adalah untuk pelajar:

a. mendapat pengalaman, pengetahuan dan kefahaman asas mengenai alam sekitar dan masalahnya.

b. lebih sedar, peka dan prihatin terhadap alam sekitar dan  masalah yang berkaitan dengannya.

c. memperoleh nilai, memupuk sikap uyang positif, cintakan alam sekitar dan bermotivasi untuk terlibat secara aktif dalam pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.

d. memahami bahawa pembangunan negara harus diteruskan dengna menggunakan sumber-sumber semula jadi yang ada secara terancang.

e. menguasai kemahiran yang diperlukan bagi mengenal pasti masalah alam sekitar dan penyelesaiannya.

f. berpeluang melibatkan diri secara aktif dalam penyelesaian masalah alam sekitar.

4. Penegasan perlu diberi kepada pembangunan mampan (sustainable development).

5. Guru-guru perlu sentiasa merujuk kepada panduan guru, Pendidikan Alam Sekitar Merentas Kurikulum (KBSR dan KBSM), Pusat Perkembangan Kurikulum, 1996.

6. Kurikulum pendidikan alam sekitar mengandungi tajuk utama berikut:

a. Tuhan pencipta alam semesta dan sekalian makhluk

b. bumi dan alam semesta.

c. benda bukan hidup dan sumber semula jadi.

d. benda hidup dan alam sekitarnya.

e. Interaksi antara manusia, haiwan dan tumbuhan.

f.  pengurusan alam sekitar.

7. Strategi dalam pengajaran dan pembelajaran ialah melalui pendekatan:

a. rohani dan moral

b. penyerapan

c. berpusatkan pelajar

8. Bidang hasil pembelajaran yang perlu dikembangkan di kalangan pelajar ialah:

a. pengetahuan dan kefahaman konsep

b. nilai-nilai murni dan sikap positif.

c. kemahiran berfikir.

d. kemahiran manipulatif dan penggunaan deria.

e. aplikasi pengetahuan, nilai dan kemahiran ke dalam situasi yang baru.

9. Kaedah dan aktiviti yang harus digunakan ialah yang menarik serta menyeronokkan dan yang  berpusatkan kepada pelajar dan kaedah atau aktiviti itu adalah seperti berikut:

a. kerja amali

b. membuat uji kaji dan kajian

c. perbincangan

d. sumbang saran

e. demonstrasi

f. menonton televisyen, video dan slaid

g. memerhati dan memeriksa spesies, objek dan gambar foto

h. cerita

i. membaca buku, majalah dan akhbar

j. projek

k. permainan dan simulasi

l. syarahan, ceramah, penerangan, wawancara dan forum

m. lawatan

n. kempen alam sekitar

o. rintis

p. kem alam sekitar

q. program sandaran.

10. Unsur pendidikan alam sekitar boleh diserap dengan berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran melalui stesen-stesen pendidikan alam sekitar berikut yang ada di sekitar Pulau Langkawi:

a. stesen mengkaji tanah termasuk mengkaji hakisan tanah

b. stesen mengkaji pencemaran

c. stesen mengkaji tumbuhan

d. stesen mengkaji haiwan

e. stesen mengkaji interaksi antara haiwan dan tumbuhan

f. stesen mengkaji penggunaan tenaga elektrik

g. stesen mengkaji penggunaan air

h. stesen mengkaji pengunaan bahan api

i. stesen mengkaji penggunaan tenaga solar

j. stesen mengkajji penggunaan tenaga angin

k. stesen mengkaji penggunaan bahan buangan

l. stesen mengkaji tanam-tanaman

m. stesen mural

n. stesen mengkaji cuaca

o. stesen permainan pendidikan alam sekitar

p. stesen di tiang bendera

q. stesen mengkaji bumi dan alam sekitar.

BUATMU SIFUKU - TN. HJ. SADLI BIN ABDULLAH

Beliau merupakan Guru Cemerlang Geografi yang menjadi rujukan saya. (1691) 11 MEI 2023 - BERITA WILAYAH - JASA GURU: LAHIRKAN GENERASI CEMER...