Logo ini direka mengunakan huruf ‘Alif’ sebagai konsep teras.
Pendekatan mengunakan huruf atau typography adalah berdasarkan
pengertian bahawa manusia yang pada masa hidupnya, berada pada jalan
yang lurus sebagaimana huruf ‘Alif’ itu. Alif juga membawa pengertian
ILMU kerana Allah mengangkat orang-orang yang beriman dan orang-orang
yang diberi ilmu dengan beberapa darjat. Ilmu juga diklasifikasikan
sebagai pengetahuan atau kepandaian yang merangkumi semua bidang yakni
duniawi mahupun ukhrawi. Ilmu juga di takrifkan sebagai pemindahan roh
atau jiwa daripada kegelapan kepada kecerahan dan sebagai suatu
kebenaran dan keyakinan. Logo ini menggunakan dua ‘P’ dan dua ‘Alif’
melambangkan dua peringkat pendidikan iaitu Sistem Sekolah dan Sistem
Pengajian Tinggi. Hurup ‘P’ yang bertingkat ke arah Alif melambangkan
tahap-tahap kecemerlangan pendidikan Malaysia. Bentuk Bulat melambangkan
Malaysia sebagai pusat pendidikan yang bersifat global. Dari segi
warna, biru bermaksud profesionalisma dalam sistem pendidikan negara. Kuning keemasan melambangkan kecemerlangan. Putih melambangkan sistem pendidikan yang bermutu tinggi dan membentuk insan yang berkualiti dan berilmu mulia.
Rekabentuk oleh Prof. Dato’ Dr Ahmad Zainuddin & Mohd Faizal Ahmad (Majlis Rekabentuk Malaysia)
No comments:
Post a Comment