PELAN
TINDAKAN MENCAPAI KEJAYAAN DAN KEKAYAAN
“HIJRAH ITU
SATU RAHMAH”
TAHUN 1435
HIJRAH PENUH BARAKAH
ABDUL JABBAR
BIN MOHAMMED
NORLAILI
BINTI CHE SOH
BIL.
|
PERKARA
|
TINDAKAN
|
1.
|
KEIMANAN
-melakukan
perkara-perkara yang dapat meningkatkan keimanan pada Allah swt.
|
- mesti dilakukan
sepanjang masa khususnya meningkatkan amalan
|
2.
|
KETAQWAAN
- tidak bernilai
seseorang itu melainkan dengan ketaqwaannya kepada Allah swt.
|
- fokus dalam
meningkatkan ketaqwaan kepada Allah swt
|
3.
|
KERJAYA
- kerjaya tetap
sebagai pendidik di sekolah. Dalam masa sama, berdakwah dalam alam maya
sebagai mengingatkan masyarakat melalui pelbagai medium
|
- memastikan
kerjaya yang dipilih ini memberi manfaat kepada orang lain (ummah)
|
4.
|
KEPIMPINAN
- menjadi pemimpin
yang mampu memimpin dengan penuh hikmah khususnya pemimpin keluarga, pemimpin
organisasi dan apa jua tugas yang diamahkan sebagai ketua. Memastikan isteri
dipimpin dengan sebaiknya kerana itu adalah amanah suami
|
- setiap pemimpin
adalah amanah. setiap amanah akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak.
|
5.
|
KEJAYAAN
- ingin menempa beberapa
kejayaan dalam tahun ini. Setiap apa yang dilakukan ingin memastikan ada
kejayaan yang diperolehi sama ada dalam kerjaya mahupun bisnes sambilan dan
sebagainya.
|
- kejayaan akan
diperolehi dengan cara berusaha bersungguh-sungguh memastikan apa yang diimpikan
tercapai.
|
6.
|
KEKAYAAN
- matlamat menjadi
orang kaya adalah satu matlamat jangka masa panjang dengan diiringi doa
supaya kekayaan yang akan diperolehi mampu memberi manfaat kepada orang lain.
Kekayaan bukan hanya melibatkan harta dunia semata-mata, malah kekayaan dalam
aspek yang luas ialah kekayaan budi, kekayaan amalan, kekayaan bersedekah,
kekayaan ilmu dan sebagainya. Maka matlamat nak jadi orang kaya bukan hanya
fokus pada hartawan dunia tetapi hartawan dalam diri.
|
- setiap yang
dilakukan khususnya dalam bisnes matlamat jangka panjangnya adalah untuk
mencapai kekayaan. Mesti berusaha mencapainya tanpa mengabaikan kekayaan
dalam diri.
|
7.
|
KEBAHAGIAAN
- setiap insan
inginkan kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Dalam pada itu, usaha untuk
mencapai kebahagiaan harus dilaksanakan. Memiliki keluarga yang bahagia
adalah matlamat kebahagiaan utama.
|
- memastikan
isteri dididik sepenuhnya kerana agen kebahagiaan terletak pada isteri.
|
8.
|
KEDIAMAN YANG SELESA
- memiliki
kediaman yang selesa kerana ingin menjadikan syurga itu sebagai rumah.
Kediaman yang dilengkapi barakahNya.
|
- memiliki
kediaman pertama di Pura Kencana dan memiliki kediaman kedua untuk dijadikan aset
dan pelaburan.
|
9.
|
KEUSAHAWANAN (PERNIAGAAN)
- memastikan beberapa bisnes berjalan pada
tahun ini. Usahawan haruslah gigih berusaha mencapai kejayaan dan kekayaan.
|
- usahawan cuka
epal, usahawan kereta sewa, usahawan burger dan usahawan-usahawan lain
sekiranya perlu.
|
10.
|
KOMUNITI
- memastikan
hal-hal komuniti dijaga dan memastikan bergaul dengan masyarakat melalui
pelbagai cara seperti solat berjemaah di mana-mana masjid, travel, persatuan
dan sebagainya
|
- bergaul dengan
masyarakat di mana-mana sahaja.
|
11.
|
KESIHATAN
- memastikan
kesihatan dijaga dengan baik. Kesihatan yang baik membantu menyempurnakan
ibadat.
|
- turunkan berat
badan, kurang kolestro, amalkan makanan sunnah.
|
12.
|
AMALAN WAJIB
- solat 5 waktu
tidak lewat dan pastikan di awal waktu.
- puasa di bulan
Ramadhan
|
- memastikan
amalan wajib dijaga sebaiknya dan disempurnakan.
|
13.
|
TINGKATKAN
AMALAN SUNAT
- memastikan Solat
Sunat Hajat, Solat Tahajjud, Solat Tasbih, Solat Taubat, Solat Tahiyattul
Masjid, Solat Dhuha dan sebagainya diamalkan selalu
|
- sentiasa
istiqamah melakukannya dan membaca al-Quran setiap minggu.
|
14.
|
SOLAT BERJEMAAH
- memperbanyakkan
solat secara berjemaah bersama isteri dan di masjid atau surau.
|
- istiqomah dalam
amalan ini dan jadikan ia sebagai amalan harian.
|
No comments:
Post a Comment