Beliau merupakan Guru Cemerlang Geografi yang menjadi rujukan saya.
(1691) 11 MEI 2023 - BERITA WILAYAH - JASA GURU: LAHIRKAN GENERASI CEMERLANG HARI INI - YouTube
MERUPAKAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH DI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA(KPM)
13 May 2023
BUATMU SIFUKU - TN. HJ. SADLI BIN ABDULLAH
Selamat Datang ke Channel Pendidik4u
Pautan Pantas E-Operasi
Pautan Pantas SSDM
Pautan Pantas SPLKPM
Pautan Pantas APDM
Pautan Pantas SAPS
Pautan Pantas E-Penawaran
Pautan Pantas HRMIS
Join & Share : @pendidik4u
10 January 2021
BLUE OCEAN STRATEGY : MENEROKA CIRI KEUSAHAWANAN DALAM PENDIDIKAN
Blue Ocean Strategy -
Ciri Keusahawanan dalam Pendidikan.
(Kreatif, Inovatif, Kurangkan Persaingan - banyakkan kerjasama, Tidak Takut Gagal/Rugi (berani mencuba) dll.)
Suatu ketika dlu, guru dikehendaki mengikuti kursus ini (dikenali BOSOT) Blue Ocean Strategy Online Training.
Saya pula tidak diwajibkan, tetapi saya sempat melihat modul ini yg dijawab oleh isteri saya.
Maka, saya buat kesimpulan. Antara ciri-ciri keusahawanan ini perlu diterapkan oleh guru seterusnya disebarkan kepada murid.
Sehingga saya melihat, adanya modul keusahawanan yg dibina oleh pihak KPM. Maka, jelaslah ciri keusahawanan ini harus dipraktikan dalam kalangan murid sekolah setanding dengan murid di MRSM.
Apabila ciri keusahawanan ada dalam diri murid, mereka tidak lagi perlu mengharapkan pekerjaan tersedia untuk mereka tetapi merekalah yang akan mencipta pekerjaan.
Dalam topik² tertentu boleh diselitkan "keusahawanan". Kalau Geografi, dlm topik Kitar Semula. Bagaimana bahan buangan boleh menjana pendapatan?
Cikgu AJ
Batu Pahat
10 Jan 2021
18 December 2020
JOMLAH BERSEDEKAH. AMALAN SUNNAH.
Assalamualaikum wbt.
Umpamanya membantu membuat halangan dijalan raya juga dianggap bersedekah. Sepanjang kita hidup hendaklah mengamalkan bersedekah. Semoga dengan rezeki yang Allah swt berikan kepada kita dapat dirasai oleh orang lain khususnya adik beradik, saudara mara, sahabat handai dan umat seagama kita.
Jangan lupa kita menginfaqkan sebahagian harta kita kepada rakan-rakan seagama kita di Palestin yang mewakili agama kita berjuang menuntut hak dan kebebasan. Semoga mereka yang terkorban dikira sebagai syahid oleh Allah swt.
Sekian, Terima kasih.
Cikgu Abdul Jabbar bin Mohammed
Pemilik dan Pengasas Channel Telegram Pendidik4u
30 July 2020
PANDUAN BELAJAR SARJANA/PHD PSIKOLOGI INDUSTRI/ORGANISASI (I/O PSYCHOLOGY) DI U.S.A
23 July 2020
31 March 2020
KUIZ GEOGRAFI - KELAS BIMBINGAN GEOGRAFI BERSAMA CIKGU ABDUL JABBAR
Buat anak murid sekalian.
Arahan sebelum buat tugasan:
1. Log in emel sama ada melalui komputer atau telefon.
2. Tekan link yg cikgu bagi https://forms.gle/otAYWXS9JwZtFfj97
3. Jawab soalan yg diberikan.
4. Hanya pelajar yang tulis nama dan tingkatan yang betul akan diterima sebagai Amalan Baik dalam SSDM.
Sekian, terima kasih.
Cikgu Abdul Jabbar Geografi
Batu Pahat, Johor.
DUDUK DIAM-DIAM DIRUMAH
BUAT TUGASAN YANG DIBERIKAN
DISTANCE LEARNING ON COVID-19
30 March 2020
PERMUDAHKAN JANGAN SUSAHKAN
Selepas YAB Perdana Menteri mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), saya telah meluangkan masa untuk berkursus secara online untuk menambah nilai kendiri kerana merasakan diri masih kurang ilmu untuk diadaptasikan melalui perkongsian dengan anak-anak murid saya di sekolah.
Hujung tahun lepas saya menyisihkan sedikit wang untuk menghadiri kursus Google Certified Educator Level 1 dan Level 2 masing-masing di Muar, Johor dan Shah Alam, Selangor. Alhamdulillah syukur kerana ilmu yang saya pelajari itu diiktiraf diperingkat global. Namun, teringat pesanan sahabat dan sifu saya yang merupakan Pengerusi Rumah Kod yang berpesan kepada ahli groupnya, yang mengatakan apa guna kita bermegah dengan sijil yang kita ada sedangkan anak murid kita tidak mendapatkan manfaat daripada apa yang kita pelajari. Bukanlah matlamat kami menyediakan kursus ini untuk kita simpan sijil itu tanpa kita menyebarluaskan kepada anak-anak murid kita di sekolah.
Kini, tempoh #PKP masih disambung sehingga ke satu tempoh yang lama (18 Mac - 14 April) sehingga pendidikan di sekolah terhenti seketika. Hal ini bagi membendung wabak #Covid19 supaya betul-betul dapat dikurangkan demi keselamatan rakyat Malaysia. Jangan keluar rumah #dudukdiamdiam di rumah.
Namun, bagi kami warga guru cuti yang diperuntukkan ini bukanlah untuk bersenang lenang bahkan kami sedaya upaya memberikan latihan dan tugasan secara berterusan kepada anak-anak murid ini. Untuk itu, saya ingin berpesan kepada kita warga guru "permudahkan jangan susahkan" supaya melihat kepada kemampuan dan kekangan murid-murid kita ketika tempoh ini.
Ini antara dialog ketika saya mengarahkan murid supaya menyalin nota.
"Cikgu, buku nota saya tinggal kat kampung".
Tulis jer kat kertas, nanti naik sekolah tampallah di buku nota.
"Cikgu, topik 4.4 kena buat juga tak"
Sekiranya awak dh siap, 4.3 (m.s 58 - 61) bolehlah sambung 4.4 di (m.s 62 - 66)
"Cikgu, cikgu ada buat kelas online guna zoom x?, sambil tunjukkan screenshot kelas Kimia nya"
Cikgu ada buat, dlm YouTube Channel cikgu ada. Ni soalan daripada Google Form yang cikgu buat. (sambil kami berwattsapp).
"Cikgu nanti kalau ada nk edit video cikgu bagitahu saya yer, saya nak tolong cikgu".
OK, bagus tu. Senyum jer cikgunya😊😊😊
"Cikgu saya nak jawab soalan cikgu bagi ni boleh x"
Jawablah nak. Ingat lagi dia kat Geografi ni.
"Cikgu, macam mana nak rujuk buku teks xde ni".
Pelajar lain jawab dulu. Ko pergi Google, ko taip jer buku teks Geografi Ting. 2 dlm anyflip ada.
Saya tak jawab terus bagi link buku teks Geografi Ting. 2 yang terdapat dalam Google Drive saya.
Semua ini terangkum dalam kursus yang saya pelajari serta adaptasi daripada ilmu Psikologi Pendidikan yang dipelajari daripada para pensyarah yang owesome salah seorangnya Dr Norwaliza Abdul Wahab UPSI 😊😊😊. InsyaAllah bulan 11 nanti saya akan berkonvokesyen. Sambil² tu saya dah mohon Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) diperingkat seterusnya. Doakan saya untuk rakyat Malaysia!
Ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada barisan hadapan para pasukan keselamatan (polis dan tentera) dan pasukan kesihatan serta kami pasukan pendidikan (walaupun kerja di belakang tabir) demi negara yang tercinta, dicurahkan bakti penuh setia!
Catatan Cikgu Geografi
Gua Musang Kelantan.
30.03.2020
25 March 2020
TUGASAN SEMPENA COVID-19
Buat anak murid sekalian.
Arahan sebelum buat tugasan:
1. Log in emel sama ada melalui komputer atau telefon.
2. Tekan link yg cikgu bagi https://forms.gle/FU3gYugwN2VqXxnx7
3. Jawab soalan yg diberikan.
4. Hanya pelajar yang tulis nama dan tingkatan yang betul akan diterima sebagai Amalan Baik dalam SSDM
Sekian, terima kasih.
Cikgu Abdul Jabbar Geografi
Batu Pahat, Johor.
DUDUK DIAM-DIAM DIRUMAH
BUAT TUGASAN YANG DIBERIKAN
DISTANCE LEARNING ON COVID-19
07 March 2020
11 February 2020
Pentingnya Rehat Secukupnya
Dalam kita melaksanakan tugas sebagai pendidik di sekolah kita juga jangan sesekali abaikan rehat yang cukup bagi memastikan kita dapat bekerja dengan berkualiti. Di samping itu, terapi yang baik bagi orang Islam ialah dengan perbanyakkan ibadah pada Allah SWT. Jangan lupa sentiasa berzikir untuk mengimbangi kerja dengan ibadah umum. Jangan pula, terlampau kuat bekerja sehinggakan tidak cukup rehat dan lupa untuk beribadah kepada Allah SWT. Wallahualam.
Paduka Abeja
Batu Pahat
11.02.2020
4.30 pagi
27 July 2017
15 June 2017
23 January 2017
Cuba cek kita punya: https://splkpm.moe.gov.my/mn_pengumuman/
BUATMU SIFUKU - TN. HJ. SADLI BIN ABDULLAH
Beliau merupakan Guru Cemerlang Geografi yang menjadi rujukan saya. (1691) 11 MEI 2023 - BERITA WILAYAH - JASA GURU: LAHIRKAN GENERASI CEMER...
-
PERWATAKAN GURU YANG BERKUALITI 1. Menunjukkan minat 2. Mahir dalam bidangnya 3. Bijak mengurus 4. Mengajar dengan berkesan 5....
-
https://kabukilesson.blog/2023/05/11/seminar-penyelidikan-pendidikan-peringkat-kebangsaan-zon-sabah-2023/




