29 December 2013

Tahun 2013 penuh dengan tragedi.

10 kes jenayah, tragedi dan bencana di Malaysia


 
KUALA LUMPUR: Tahun 2013 yang bakal dilabuhkan tirainya telah mencatatkan 1001 peristiwa, targedi dan juga bencana yang bakal dijadikan renungan untuk kita bersama.

Berikut adalah 10 kes jenayah, tragedi dan bencana yang berlaku di negara ini pada tahun ini.

16 JANUARI


William Yau
MISTERI: Kehilangan dan kematian William Yau masih diselubungi misteri.

Seorang kanak-kanak lelaki, William Yau Zhen Zhong, 6, telah didapati hilang setelah keluar dari kenderaan untuk mencari ibu bapanya ketika singgah di kedai elektronik di Jalan Putra Mahkota, Putra Heights.


Namun begitu, mayatnya ditemui terapung di Sungai Sireh, Pelabuhan Klang, 30 kilometer dari tempat dia hilang, lapan hari kemudian pada 24 Januari.



11 FEBRUARI

Lahad Datu
GUGUR: Jenazah perwira negara dari pasukan komando polis VAT 69 selamat tiba di Kuala Lumur setelah terkorban mempertahankan tanah air di Lahad Datu. - (Sumber: PDRM)

Lebih dari dua ratus orang lengkap beruniform ala-tentera dan bersenjata dipercayai sebagai Tentera Kesultanan Sulu dari Filipina telah mendarat dan berkumpul di Kampung Tanduo, Lahad Datu Sabah.
 

Hampir sebulan rundingan dan amaran diarahkan kepada kumpulan tersebut untuk meninggalkan kampung tersebut, namun tidak diendahkan dan kemuncak peristiwa apabila lapan anggota polis termasuk dua komado polis VAT 69 dan seorang anggota tentera telah terkorban apabila ditembak oleh pengganas tersebut.
 
Pasukan keselamatan kemudian bertindak melancarkan gerakan besar-besaran bagi menghapuskan pengganas Sulu melalui Ops Daulat dan krisisi tersebut berjaya diselesaikan sepenuhnya sekitar 29 Jun.



27 JULAI
 

 
Pengerusi badan pemantau jenayah, Pengerusi badan pemantau jenayah, Mywatch Sri Sanjeevan Ramakrishan ditembak dua lelaki di Bahau, Negeri Sembilan ketika sedang memandu kereta jenis BMW berwarna kelabu.
 
Sanjeevan mula dikenali apabila menerima ancaman bunuh pada Januari tahun ini selepas memberi maklumat kepada polis mengenai kegiatan premis perjudian haram di Simpang Pertang, Negeri Sembilan.



29 JULAI
 
Hussain Ahmad Najadi
TANGKAP: Suspek, Koong Swee Kyan kini ditahan dan dihadapkan ke mahkamah. (BERNAMA)

Pengasas Kumpulan Perbankan Arab Malaysian (Ambank) Hussain Ahmad Najadi, 75 mati manakala isterinya Chong Mei Kuen, 49 cedera apabila ditembak dari jarak dekat di parkir kereta sebuah tokong Cina di Jalan Ceylon, Kuala Lumpur oleh seorang lelaki.
 
Suspek utama kes tersebut, Koong Swee Kyan, 44, berjaya diberkas polis pada 23 September di sebuah rumah di Taiping dan dihadapkan ke mahkamah untuk dituduh atas pertuduhan membunuh.



21 OGOS
 
Genting bus crash
HANCUR: 37 penumpang maut apabila bas ulang alik Kuala Lumpur-genting Highlands hilang kawalan sebelum terhumban ke dalam gaung. (BERNAMA)

37 orang maut manakala 16 orang cedera parah apabila sebuah bas ulang alik terhumban ke dalam gaung di KM3.6 Jalan Genting Highlands-Karak ketika dalam perjalanan menuju ke Kuala Lumpur.
 

Laporan siasatan nahas kemudiannya mendapati antara punca bas tersebut terhumban adalah kerana dipandu melebihi 50km/j ketika menuruni bukit.



11 OKTOBER
 
Plane crash in Kudat
REMPUH: Pesawat MASwings yang sedang bersedia untuk mendarat di Lapangan Terbang Kudat tersasar dan menghentam sebuah rumah. (BERNAMA)

Seorang pembantu juruterbang dan seorang penumpanh adalah antara yang maut apabila sebuah pesawat MASwings dari Kota Kinabalu ke Kudat terhempas dan menghentam sebuah rumah berhampiran Lapangan Terbang Kudat.

 

Nahas dikatakan berpunca dari cuaca buruk dan angin kencang yang dikatakan telah menolak pesawat tersebut tersasar dari landasan.



23 OKTOBER
 
AmBank murder
KEJAM: Suspek pembunuhan pegawai bank Ambank, Laode Ardina Laude Rasila dikawal rapi oleh anggota skuad elit polis selepas dia berjaya diberkas di Kampung Belungkor, kota Tinggi dalam cubaannya untuk melarikan diri dari negara ini. (BERNAMA)

Seorang pegawai bank AmBank, Norazita Abu Talib, 37, dibunuh dengan kejam apabila ditembak dari jarak dekat menggunakan senjata ‘pump gun’ oleh seorang pengawal keselamatan bank yang merompak AmBank Subang Sental di USJ Subang.
 
Namun, pada 10 November, suspek utama kes tersebut, Laode Ardina Laude Rasila, seorang warga Indonesia berjaya ditahan di Kampung Belungkor, Kota Tinggi Johor dalam cubaannya untuk melarikan diri dari negara ini.



23 OKTOBER
 
Cameron Highlands mud flood
MELIMPAH: Pelepasan air dari Empangan Sultan Abu Bakar di Ringlet, Cameron Highlands telah menyebabkan air Sungai Bertam melimpah dan menyebabkan banjir lumpur.

Tiga maut dan seorang lagi hilang apabila air Sungai Bertam melimpah ekoran pelepasan air Empangan Sultan Abu Bakar di Ringlet.
 

Air yang terlalu banyak itu kemudian melimpah dan mengalir sambil membawa limpahan lumpur ke kawasan-kawasan kampung yang terletak di tepian sungai tersebut.



8 NOVEMBER
 
 
Freddie Joseph kidnapping
SELAMAT: Seorang kanak-kanak lelaki warga Britain, 20 bulan, Freddie Joseph telah diculik di rumahnya di Jalan Terasek, Bangsar oleh dua individu – seorang lelaki dan perempuan dipercayai warga asing.
 
Kejadian berlaku apabila ibunya Sarah Joseph, 38, masuk sebentar ke dalam rumah selepas memberi anaknya makan di halaman rumah, sebelum beliau terdengar bunyi bising di luar rumahnya.

Freddie kemudiannya ditemui pada 9 November di Taman Tasik Titiwangsa dipercayai ditinggalkan oleh penculiknya itu dan polis kemudiannya menahan dua individu dimana seorangnya adalah bekas pembantu rumah Sarah Joseph.



10 NOVEMBER
 
Tuhan Harun
SESAT: Ketua ajaran 'Tuhan Harun', Harun Mat Saad (berkerusi roda) ditahan bagi membantu siasatan kes pembunuhan Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasa JAIP, Ahmad Rafli Abdul Malek. (BERNAMA)

Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Ahmad Rafli Abdul Malek ditembak tiga das dari jarak dekat oleh tiga lelaki dipercayai pengikut ajaran ‘Tuhan Harun’ di rumahnya di Indera Mahkota, Kuantan.
 

Sehubungan itu, pada November 21, Ketua ajaran ‘Tuhan Harun’ Harun Mat Saad, 47 diberkas polis di Tangkak dan dalam masa yang sama suspek kes tembak Ahmad Rafli turut ditahan bersama-sama 13 lagi pengikut ajaran itu di beberapa lokasi yang berbeza diseluruh Malaysia.

Sepucuk pistol yang digunakan dalam pembunuhan tersebut turut ditemui.

Berita mula diterbitkan pada: Disember 28, 2013 10:49 (MYT)
Tag: kemalangan, nahas, tembak, bunuh, 2013

23 December 2013

TRAVELOG PERCUTIAN KAMI DI BEBERAPA NEGERI.

Assalamualaikum wbt. Selamat Bercuti.
Sebagai penjawat awam, adalah perlu bagi kami merelease tention dengan bercuti. Maklumlah kerja bertimbun di sekolah, cuti panjang macam ni lah dapat bercuti sepuas-puasnya bersama isteri tersayang. Lagipun, selepas kami disatukan pada tahun 2012 tidak pernah bercuti yg benar-benar cuti. Adalah honeymoon tu, tp nak kata relaxs xjugak sbb terkejar-kejar nk g banyak tempat terutamanya dirumah saudara-mara. Maka, pada tahun 2013 sempena cuti akhir tahun persekolahan kami bersepakat nak pergi jalan-jalan makan angin di tempat-tempat menarik. Pada cuti kali ni banyak jugak tempat-tempat menarik kami selama seminggu travel adventure. Dalam pada bercuti, saya lebih suka memandu sendiri ke tempat yang dikunjungi. Setengah orang suka pergi dengan bas, flight dan sebagainya. Tapi bagi saya, saya suka pergi dengan private car. Dengan cara ini, akan rasa lebih kelainan dalam melakukan aktiviti percutian. Dengan sebab itu, saya gunakan istilah travel adventure.

Bermula pada 30hb November 2013, kami bersiap siaga ke destinasi yang dirancang dalam travelog kami. Dengan menaiki Toyota Vios 1.5, kami memulakan perjalanan ini dengan harapan mendapat keberkatan daripadanya. Setiap pekerjaan kami memohon keberkatan dan jadikan percutian ini dapat memberikan manfaat kepada kami. Niat tu penting beb! Lepas tu, adalah penting bagi kita niatkan untuk mengembara dengan menikmati keindahan alam ciptaan Allah swt supaya percutian kita beroleh pahala.

Pada 30.11.2013 kami bertolak dari Batu Pahat menuju ke Kuala Lumpur. Nak jumpa kawan-kawan zaman sekolah menengah di Kedai Air Buah Gelas Besar, Kuala Lumpur. Pergghh, lama xjumpa kawan-kawan lama ni best jugak bercerita zaman sekolah dulu. Ala-ala reunion la katakan. Tapi saya memang suka berjumpa kawan-kawan sambil2 bercuti tu. Mana-mana kawan saya yang ada ditempat saya kunjungi In Shaa Allah akan kami jumpa.


Haha....ni la Toyota Vios ambe. Jimat minyak walaupun travel jauh sekalipun. Tapi kalau korang xde Vios pun tetap boleh travel jer. Ni kawasan Masjid Khalid Al- Walid di Kuala Lumpur. Setiap kali travel saya suka singgah ke masjid walaupun untuk berehat. Itu cara saya sukakan masjid yang penuh seni dan nostaligia bila ingat balik. Lagipun kalau niat I'ktikaf masjid dapat pahala free bos! Sebab tu lah kena singgah di masjid kalau travel guna private car. Boleh singgah ke mana saja yang kita nak. Bestttttttttttt woooo..... 

























Masjid Khalid Al-Walid, Kuala Lumpur.

CARA MUDAH CEK SAMAN.

Di sini abeja mempermudahkan untuk anda mengupdate saman yang pernah dikenakan tapi tak bayar lagi, seterusnya dah tak ingat berapakah jumlah saman trafik yang belum bayar. Dengan cara ini, kita dapat mengetahui jumlah saman yang dikenakan dengan hanya menggunakan telefon bimbit. Caj dikenakan berdasarkan syarikat telco masing-masing.

Sekian, Terima Kasih.
Paduka Abeja.
Penyampai Ilmu.


BUATMU SIFUKU - TN. HJ. SADLI BIN ABDULLAH

Beliau merupakan Guru Cemerlang Geografi yang menjadi rujukan saya. (1691) 11 MEI 2023 - BERITA WILAYAH - JASA GURU: LAHIRKAN GENERASI CEMER...