29 September 2015

CARA ORANG KAYA MENYIMPAN DUIT YANG PATUT DIAMALKAN.

TIADA siapa di antara kita yang tidak mahukan duit. Ada ketikanya pasti kita terfikir bagaimana golongan kaya dan berjaya mengumpul kekayaan mereka.
Memetik laman web lifehack.org, terdapat beberapa tips yang boleh dipraktikkan dalam kehidupan harian kita untuk menyimpan wang sama seperti apa yang dilakukan golongan berada.

1.    Berhati-hatilah dengan perbelanjaan yang kecil.

Kebanyakan daripada kita biasanya amat menitikberatkan untuk membuat pelaburan yang besar dan pembelian yang banyak. Namun kita cenderung untuk menghabiskan duit untuk perbelanjaan kecil. Tetapi perbelanjaan kecil itu sebenarnya dapat dikumpulkan dan menjadi jumlah yang besar.

2.    Fokus kepada masa depan.

Mudah untuk menghabiskan duit bagi mendapatkan sesuatu yang kita kehendaki. Ubah tabiat itu dan fokus kepada masa depan berbanding mendapat kepuasan sementara.

3.    Tidak beli sesuatu yang tidak perlu, hanya untuk menunjuk-nunjuk.

Walaupun kita gembira jika menerima pujian daripada rakan mengenai apa yang dimiliki namun kita harus mengawal dan meletakkan batas terhadap tabiat itu.

Beli apa yang diperlukan dan bukannya membeli untuk mendapat pujian.

4.    Catat perbelanjaan dalam hitam putih

Bukan itu sahaja, antara panduan lain ialah biasakan untuk mencatatkan segala perbelanjaan keluar dan masuk kerana kebiasaannya orang kaya mengetahui di mana dan ke mana wang mereka belanjakan.

Gunakanlah aplikasi Microsoft Exel contohnya dan ia pasti akan memudahkan anda.

5.    Bekerja keras

Tidak seperti tanggapan umum bahawa orang kaya hanya bersenang-senang dan menikmati kehidupan mereka kerana realitinya, mereka bekerja lebih keras daripada orang biasa.

6.    Melabur simpanan dengan bijak

Oleh itu, cuba untuk meningkatkan pendapatan anda, dan apabila ia akan meningkat, buat simpanan yang lebih berbanding sebelum ini. Buatlah simpanan daripada pendapatan yang diperoleh

Kita biasanya mengabaikan jumlah yang kecil tetapi jumlah yang kecil itu sebenarnya boleh bertambah sehingga menjadi jumlah yang besar. Selain daripada itu, jika anda melabur wang dengan betul, anda akan kagum dengan hasilnya nanti.

7.    Menggemari jualan murah, tawar menawar

Golongan kaya tidak pernah membayar apa-apa caj yang tidak perlu. Mereka kekal berhati-hati tentang yuran dan bayaran yang boleh dielakkan.

Cuba amalkan tips tersebut, walaupun ringkas pasti ia akan merubah hidup, Selamat menabung.

kREdIT 

Cuti Sekolah Akibat Jerebu

Semua murid dan guru-guru di negeri Johor dikehendaki pada 29 September 2015 kecuali para pentadbir dikehendaki hadir bertugas seperti biasa. Itulah maklumat yang cikgu dapat, namun tidak menghalang sekiranya guru-guru lain yang ingin ke sekolah untuk menyiapkan kerja-kerja tertangguh. Sekian, Terima Kasih.

ARAHAN PENUTUPAN SEKOLAH AKIBAT JEREBU

Tindakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia bagi menangani jerebu di sekolah yang terletak di beberapa kawasan, daerah atau negeri berdasarkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang tidak sihat (IPU 101-200) dan sangat tidak sihat (IPU 201-300).





Ini adalah kenyataan media oleh Kementerian Pendidikan Malaysia yang membuat pemantauan berterusan di seluruh negara berdasarkan Indeks Pencemaran Udara.



28 Sep 2015 - Isnin PENGUMUMAN CUTI: TINDAKAN MENANGANI JEREBU DI SEKOLAH

Merujuk kepada Kenyataan Media yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
Sehubungan dengan itu, Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru memaklumkan bahawa semua sekolah di daerah Johor Bahru perlu ditutup pada 29 September 2015 ( Selasa ).
Walau bagaimana pun, Pengetua dan Guru Besar dibantu oleh beberapa orang guru perlu hadir ke sekolah bagi memastikan kelancaran penutupan sekolah pada esok hari. Anggota Kumpulan Pelaksana perlu hadir bertugas seperti biasa.
Bagi Pegawai dan Anggota Kumpulan Pelaksana yang bertugas di Pejabat Pendidikan Daerah perlu hadir bertugas seperti biasa.
Maklumat akan disampaikan dari masa ke semasa berpandukan  arahan Kementerian  Pendidikan Malaysia dan Jabatan Pendidikan Negeri Johor.
Semua guru yang terlibat dengan kursus-kursus anjuran PPDJB adalah ditangguhkan.
Sebarang  pertanyaan boleh  berhubung dengan  En. Suliman Bin Kamsor, Penolong PPD Pembangunan Profesional di talian 07-2200349 atau 019-7522500.
Sekian, terima kasih.

Tindakan : PENGETUA DAN GURU BESAR

Berita Ini Telah Ditulis Oleh : SULIMAN BIN KAMSOR | Penolong PPD Pembangunan Professional

19 September 2015

BAGAIMANA CARA MUDAH TANAM CILI DI PERSEKITARAN RUMAH


Tanam Cili


1. Pilih kawasan yang menerima cahaya matahari yang banyak di rumah.
2. Pilih kawasan yang redup akan menyebabkan pokok menjadi tinggi daripada biasa dan saiz buah menjadi kecil.
3. Cara pemilihan medium penanaman bergantung kepada kaedah penanaman yang dipilih sama ada tanaman dalam pasu atau terus dalam tanah.
4. Medium penanaman untuk pasu yang sesuai adalah tanah campuran tiga bahagian tanah merah, dua bahagian tanah hitam dan satu bahagian pasir.
5. Saiz pasu yang sesuai adalah 16 inci x 20 inci bagi musim penanaman enam bulan.
6. Sekiranya bercadang untuk musim penanaman yang lebih panjang dari enam bulan, sila guna saiz pasu yang lebih besar seperti 30 inci x 50 inci.
7. Kaedah penanaman secara terus di tanah bagi kawasan rumah teres adalah tidak digalakkan kerana tanah tidak subur.
8. Sekiranya ingin meneruskan hasrat menanam di tanah kawasan rumah teres, tanah perlu diganti dengan tanah yang baru.
9. Pastikan tiada pokok buah-buahan seperti mangga, belimbing dan jambu berdekatan dengan kawasan tanaman. Ini bagi mengelakkan serangan lalat buah.
10. Umur paling sesuai untuk memindah tanam anak pokok atau tanah adalah ketika anak pokok sudah berusia tiga ke empat minggu.
11. Kelewatan memindah tanam anak pokok yang sudah cukup umur boleh menyebabkan pokok terbantut.
12. Waktu yang sesuai pindah tanam adalah pada waktu lewat petang.
13. Jangan pindah tanam anak pokok pada waktu tengah hari kerana pokok boleh terkena kejutan haba dan layu seterusnya mati.
14. Waktu yang sesuai untuk menyiram pokok adalah pada waktu awal pagi dan lewat petang.
15. Pokok cili harus disiram dua kali sehari, sekiranya waktu hujan tidak perlu disiram.
16. Pastikan kawasan penanaman tidak menyebabkan air bertakung. Air bertakung boleh menyebabkan lembap dan menggalakkan pertumbuhan kulat.
17. Kayu pancang perlu dipasang ketika peringkat awal selepas pindah tanam untuk mengelakkan kerosakan pada akar sekiranya dipasang pada umur matang.
18. Jenis kayu pancang yang sesuai adalah seperti buluh yang boleh bertahan sehingga lebih enam bulan.
19. Pemasangan kayu pancang bertujuan untuk mengelakkan pokok rebah apabila sudah berbuah lebat.
20. Baja organik seperti baja tahi ayam amat sesuai diberikan kepada pokok untuk menggalakkan tumbesarannya.
21. Sekiranya menggunakan baja kimia, pastikan mengikut kuantiti yang disarankan.
22. Pemberian baja kimia secara berlebihan boleh menyebabkan pokok mati kepanasan daripada baja.
23. Tempoh pemberian baja yang sesuai adalah setiap 10 hingga 14 hari.
24. Kehadiran semut yang banyak pada pokok cili adalah disebabkan ia menghurungi aphid atau bena putih yang terdapat di bahagian bawah daun.
25. Gunakan larutan pencegah serangga yang dirumus daripada bahan semula jadi seperti ekstrak semambu dan bawang putih.
26. Larutan mencegah serangga daripada bahan semula jadi mudah hilang apabila hujan.
27. Selepas hujan berhenti, larutan haruslah disembur semula.
28. Waktu paling sesuai untuk menyembur larutan pencegah serangga adalah pada waktu petang menghampiri Maghrib.
29. Tahap umur cili paling sesuai untuk dituai adalah apabila 80 peratus daripada cili yang matang sudah mencapai warna kirau (warna hijau bertukar sedikit merah).
30. Waktu paling sesuai untuk menuai adalah pada jam 9 pagi ke atas iaitu ketika embun sudah kering.
31. Sekiranya cili ingin disimpan lama, jangan basuh hasil tuaian cili. Sekiranya perlu dibasuh, harus dikeringkan segera.
32. Selepas cili dituai, baja perlu segera diberikan pada waktu petang yang sama atau keesokan harinya bagi mengelakkan pokok tertekan.

sELAMat mEncUBa...

kREDIT untuk...

https://www.facebook.com/jomkerjadarirumah/photos/a.287113169552.175710.259672394552/10153263330814553/?type=1&theater

SASARAN KERJA TAHUNAN - (SKT) SECARA ONLINE

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada follower blog CAJG sekalian.

Sistem HRMIS telah diperkenalkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam kepada penjawat awam merupakan satu transformasi pengurusan sumber manusia kepada penjawat awam di Malaysia. Tahniah dan Syabas CAJG ucapkan atas usaha pihak JPA dalam menguruskan sumber manusia dalam sektor awam.


Inilah pemuka web HRMIS yang boleh dilayari menerusi https://hrmis2.eghrmis.gov.my untuk melengkapkan maklumat tertentu berdasarkan arahan yang dikeluarkan oleh ketua jabatan tertentu. Sudah isi bolehlah sama ada untuk simpan dan hantar untuk disahkan. Apapun anda boleh melihat sendiri video yang terdapat dalam web HRMIS untuk mengetahui akan kepentingannya kepada penjawat awam menerusi link ini http://www.eghrmis.gov.my/index.php/galeri/video/item/465-kepentingan-data-hrmis. Selesai melihat video ini, barulah kita mengetahui akan kepentingannya berbanding sistem manual yang diperkenalkan sebelum ini. Alhamdulillah, cikgu harap web ini diupgrade dari satu masa ke satu masa supaya dilihat lebih mesra pengguna.

18 September 2015

~~~sAYa cIKgU gEoGrAFI~~~~

 
Sedikit latar belakang.

Assalamualaikum. Inilah saya, Cikgu Abdul Jabbar bin Mohammed yang merupakan Guru Mata Pelajaran Geografi di SMK Dato' Bentara Luar, Batu Pahat, Johor. Inilah bilik disiplin yang menempatkan saya disini atas sebab tugasan sebagai guru disiplin. Bilik ini bukan ekskulif, namun tuntutan tugas sebagai guru disiplin saya "dipaksa" oleh guru mentor saya En. Daraquthani bin Hassim untuk berada di bilik ini. Apapun, saya redha dan terima dengan hati yang lapang. Namun, suatu hari nanti khidmat guru-guru lain lebih diperlukan bergantu kepada arahan pentadbir. Saya sebagai orang yang menurut perintah sanggup saja ke mana saja ditempatkan. Jauh sekali untuk "fight" jawatan-jawatan tertentu. Itu saya tidak berminat, namun saya lebih berminat kepada dunia akademik khususnya mata pelajaran Geografi ini.

Berjinak-jinak dalam dunia penulisan artikel.


Dunia penulisan khusus artikel menjadi minat saya, namun demikian buat masa ini saya masih menimba pengalaman daripada otai-otai yang merupakan guru-guru saya tentang bidang Geografi. Ini adalah permintaan daripada editor sisipan Minda Berita Harian memohon untuk saya menukilkan idea dan pendapat khususnya untuk pembaca Berita Harian. Alhamdulillah, sudah diterbitkan dan saya mendapat ucapan yang meningkatkan motivasi saya untuk meneruskan penulisan artikel seumpama ini.

17 September 2015

KEBAHAGIAAN YANG DICARI

Dalam sesebuah rumah tangga kebahagiaan adalah sesuatu yang diimpikan. Cara dan bentuk kebahagiaan adalah berbeza bagi setiap orang. Ada yang miskin harta tetapi mereka memiliki kebahagiaan berbanding yang kaya harta. Namun, ada pula yang kaya harta memiliki kebahagiaan apabila mereka dapat membantu orang lain untuk meneruskan kehidupan. Sebab itulah, kebahagiaan bukan terletak kepada harta tetapi bagaimana si pemiliknya menguruskan kebahagiaan tersebut sehingga benar-benar mengecapinya. Kita juga percaya untuk memilikinya bukan satu perkara yang mudah tanpa ujian daripada pencipta dan pemilik bumi ini. Semuanya tersedia setelah kita diberikan ujian. Ujian pula diberikan pada kadar kemampuan kita. Hebatnya Allah swt. Cuma kita mestilah mensyukuri nikmatNya yang terlampau banyak yang tidak mampu kita perhitungkan. Allahuakbar!!! Alam rumah tangga juga sesekali ditiup oleh angin dan badai. Namun, bagaimana pasangan tersebut menguruskan masalah itu menjadi perkiraan sama ada hubungan itu sentiasa mekar atau tidak. Bergantung kepada si suami dan si isterilah yang sentiasa menyelesaikan permasalahan yang dihadapi dalam rumah tangga. Jangan pula, anak-anak menjadi mangsa keadaan akibat pergolakan yang dialami dalam sesebuah rumah tangga. Percayalah, si suami adalah nakhoda yang membawa bahtera sama ada selamat atau karam di lautan. Namun, si isteri tidak pula hebatnya yang menyokong bahtera sama ada sempat diselamatkan atau karam ditengah-tengah lautan akibat badai yang tidak mampu dikekang. Maka, menjadi tanggungjawab besar si isteri menyelamatkan keadaan ini. Jika, nakhoda gagal mereka tidak seharusnya dipersalahkan 100% bahkan 50% terletak dibahu anak kapal yang menyokongnya. Suka saya nyatakan disini, nakhoda yang hebat adalah mereka yang sering memberikan tunjuk ajar dan didikan kepada anak kapal. Sekiranya, tunjuk ajar dan didikan telah diberikan tinggal lagi tugas dan amanah yang berat anak kapal untuk menghadamnya supaya setiap tunjuk ajar dan didikan diamalkan dalam meningkatkan seri rumah tangga. Kata orang, isteri ni baru-baru kahwin hebat layanannya. Lama-kelamaan kurang mekar tu telah dinampakkan sehingga nakhoda mula menginginkan kembali kemekarannya. Namun, terpulanglah kepada si isteri itu bijak atau tidak dalam menguruskan hal-hal keinginan suami, bimbang suaminya mencari kebahagiaan di luar rumah. Untuk elakkan perkara seumpama itu berlaku, saya sering teringat pesanan arwah murabbi Allahyarham Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat merupakan murabbi ummah kesayangan rakyat Kelantan khasnya, rakyat Malaysia amnnya. Beliau sering berpesan kepada isterinya tentang cara menjaga suami supaya sentiasa merasa seperti baharu berkahwin. Pertamanya, makanan. Kedua, pakaian dan ketiganya adalah tempat tidurnya. Ketiga-tiga perkara ini adalah satu bentuk penghargaan dan layanan yang tertinggi si isteri perlu sediakan kepada suaminya agar cinta dan kebahagiaan dapat disalurkan dalam rumah tangga. Makanan, suami memang suka makan terutamanya masakan isteri. Isteri pula perlu mengutamakan selera suami daripada seleranya sendiri. Lagipun si suami ni dia mintak makanan yang isterinya boleh masak dan mungkin suka makan juga. Dari segi layanan di meja makan, bertambah lagi romantiknya isteri melayani suami. Maka disitulah timbul kasih sayang dan cinta suami terhadap isterinya. Pakaian, seringkali isteri memandang remeh soal pakaian suami tetapi berlawa-lawa dalam pakaian sendiri. Sebab itu, ada suami yang suka membeli sendiri pakaiannya dan malah lebih sedih mencari stokin sendiri dalam bakul pakaian yang boleh menjejaskan mood suami. Pada suami, pakaian ke tempat kerja harus diletakkan di tempat yang senang dicari tanpa perlu menyelongkar sehingga menimbulkan kemarahannya. Mungkin, isteri anggap benda-benda itu remeh tetapi tidak pada suami. Sesekali mungkin boleh difahami oleh suami kerana sibuk melayan kerenah anak-anak serta sibuk menguruskan kerja rumah. Namun, bergantung kepada perbincangan antara suami isteri tersebut. Tempat tidur ini bukanlah semata-mata seks, namun lebih dari itu. Layanan suami mesti diutamakan oleh isteri. Cadar dan sarung bantal harus ditukar ganti setiap masa jangan tunggu si suami merungut atau tidak selesa dengannya. Sebelum tidur urutan manja oleh isteri amat mempengaruhi emosi dan tingkahlaku suami sehingga mampu memberikan rasa nyaman dan selesa umpama malam-malam pertama. Ada isteri tidak sedar akan perkara penting ini, namun hakikatnya si suami akan rasa tidak puas hati malah kecewa dengan si isteri. Malah ada yang hambar dan dingin terhadap pasangan sehingga menjadikan "orang luar" tempat untuk berkongsi kasih. Perkara inilah yang lama-kelamaan akan menganggugugat keharmonian rumah tangga pasangan sehingga sukar mendapatkan kebahagiaan yang dicari. Kepada suami isteri diluar sana, walaupun anda dan pasangan anda bekerja bukanlah menjadi alasan untuk menghangatkan hubungan kasih sayang ini. Kerjaya sebagai guru, umpamanya sudah tidak lagi seperti dulu memaksa suami isteri perlu banyak berkorban untuk rumah tangga. Namun, kebijaksanaan pasangan dan cara menguruskan rumah tangga masih lagi menjadi titik tolak kebahagiaan yang dicari. Sekian, Terima Kasih.

Cikgu Abdul Jabbar Geografi @ Paduka Abeja.
Luahan Untuk Isteri



BUATMU SIFUKU - TN. HJ. SADLI BIN ABDULLAH

Beliau merupakan Guru Cemerlang Geografi yang menjadi rujukan saya. (1691) 11 MEI 2023 - BERITA WILAYAH - JASA GURU: LAHIRKAN GENERASI CEMER...