PENGENALAN
Pada kebiasaannya apabila seseorang guru
melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dalam kelas masing-masing, ia
akan menggunakan segala pengetahuan yang telah dipelajari dan dilaluinya
semasa latihan di maktab perguruan atau universiti. Maka dalam keadaan
ini, pendekatan serta teknik-teknik pengajarannya adalah amalan biasa
sebagaimana yang dilakukan oleh guru-guru yang lain. Pada masa-masa
seterusnya pula, amalan ini duplicating of experience akan berlaku.
Jika amalan ini berterusan maka kreativiti dan inovasi dalam pendidikan
tidak akan berlaku dengan mudah. Oleh sebab itu, salah satu cara yang
perlu dibuat oleh guru untuk menggalakkan pembaharuan dalam PdP di bilik
darjah adalah penggunaan kajian tindakan. Walaupun inisiatif telah
dibuat untuk memperkembangkan penggunaan penggunaan kajian tindakan
dalam PdP namun pelaksanaannya masih belum meluas di sekolah-sekolah.
LATAR BELAKANG KAJIAN TINDAKAN
Kajian tindakan adalah salah satu bentuk
pendekatan bersifat penyelidikan yang boleh digunakan oleh guru dalam
menyelesaikan masalah p&p dalam bilik darjah. Oleh kerana
kemampuannya untuk membantu guru ini maka penggunaan cara ini perlu
difikirkan kebaikannya.
Sebenarnya kajian tindakan telah lama
diguna pakai dalam bidang pendidikan. bagi pengamal kajian tindakan,
didapati bahawa kajian ini menggalakkan kreativiti dan inovasi guru
dalam meneroka amalan pengajaran yang baru. Menurut Mcniff (1988):
Action research implies adopting a
deliberate openness to new experiences and processes, and as such,
demands that the action of educational research is itself educational.
By consciously engaging in their own educational development, teachers
gain both profesionally and personally; and it is this personal
commitment that counts in the process of human enquiry.
Kajian tindakan merupakan satu aktiviti
sistematik yang dilakukan dalam usaha untuk mengubah dan memperbaiki
amalan pengajaran seseorang guru. Proses kajian mementingkan proses
tindakan dan refleks. maka aktiviti kajian tindakan adalah suatu proses
yang aktif yang melibatkan perancangan, pelaksanaan, pemerhatian serta
renungan terhadap tindakan serta kesannya ke atas murid. Secara
jelasnya, kajian tindakan merupakan satu keperluan guru untuk memahami
suatu situasi persekitaran yang sebenar dalam p&p dengan tujuan
untuk memperbaiki atau mengubah amalan guru. Perubahan dan
penambahbaikan amalan guru ini adalah penting kerana ia merupakan salah
satu kunci kejayaan dalam meningkatkan lagi kualiti p&p sendiri
khasnya dan mutu pendidikan di sekolah amnya.
Dalam perkambangannya, kaedah
penyelidikan secara kajian tindakan ini mempunyai sejarahnya yang
tersendiri. Kajian ini dipelopori oleh Kurt Lewin (1946), iaitu seorang
ahli psikologi sosial. Idea ini seterusnya digunakan olehKurt
LewinStephen Corey di Teacher’s College, Columbia Universiti, New York
pada tahun 1956. Beliau menggunakan kajian tindakan ini sebagai salah
satu pendekatan dalam penyelidikan di sekolah-sekolah. Selanjutnya pada
tahun 1976, John Elliot dan rakan-rakan di United Kingdom telah
menggunakan cara ini untuk membantu guru-guru menggabungkan proses
inkuiri dalam p&p di bilik darjah. Perkembangan seterusnya
memperlihatkan penggunaan kaedah kajian tindakan semakin meluas
digunakan dalam kalangan pendidik di negara lain. Di Eropah misalnya,
kajian tindakan juga digunakan dalam usaha mengubah dan meningkatkan
pendekatan p&p di sekolah-sekolah.
Di negara ini, kaedah kajian tindakan
dipelopori oleh Bahagian Penilaian dan Penyelidikan Dasar Pendidikan,
Kementerian Pelajaran Malaysia (BPPDP) di bawah Programme for
Innovation, Excellence and Research (PIER) pada tahun 1993. BPPDP
selanjutnya bekerjasama dengan universiti tempatan, maktab dan
seterusnya sekolah-sekolah untuk melaksanakan kajian tindakan.
No comments:
Post a Comment