السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ
وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
SEKADAR PERKONGSIAN
Al Ain Bukan Perkara Main-main.
Perlu kita fahami, bayi yang berumur kurang dari 40 hari berisiko kepada 4 keadaan, 2 keadaan permasalahan rohani, 2 keadaan permasalahan fizikal.
Bagi permasalahan rohani, melibatkan Ain dan Ummu Sibyan.
Sang faqir garis tebalkan pada posting kali ini adalah permasalahan rohani, iaitu Ain dan Ummu Sibyan.
Ummu
Sibyan adalah dari kalangan kaum jin yang gemar mendengar tangisan
anak-anak kecil terutamanya bayi, maka bagi mengelakkan gangguan ummu
sibyan ini, maka Sayyiduna RasulILLAHi SallALLAHu Alaihi Wassalam telah
memberi panduan , antaranya:
"Sesiapa
yang mendapat cahaya mata maka diazankan pada telinga kanannya dan
diiqamahkan pada telinga kirinya maka akan dijauhkan dari gangguan Ummu
Sibyan (sejenis jin yang membawa penyakit)- (Riwayat al-Baihaqi). "
Selain
dari itu, boleh jua diikhtiarkan diazankan secara perlahan di telinga
kanan bayi tersebut setiap kali masuk waktu solat 5 waktu, hikmah bagi
ikhtiar ini sangat bermanfaat, ini antara amalan yang dilakukan oleh
Syeikh Wan Abdullah lakukan kepada anakandanya iaitu Al-Alim Allamah
al-Arif ar-Rabbani Syeikh Wan Daud bin Syeikh Wan Abdullah sewaktu Tok
Syeikh Daud Patani (gelaran kepada Syeikh Daud Al Fatani) masih bayi.
Cuma,
berkaitan dengan gambar atau bayi muda (1hari-40hari), ianya lebih
kepada Al Ain. Permasalahan Al-Ain ini luas perbincangannya, kerana ia
juga terkenal sebagai sihir tanpa jin, malahan masalah ini sebenarnya
dilihat lebih serius berbanding permainan sihir lain.
Al Ain ini seperti yang dimaktubkan di dalam hadith :
عَنْ
ابْنِ عَبَّاسٍ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ
الْعَيْنُ حَقٌّ وَلَوْ كَانَ شَيْءٌ سَابَقَ الْقَدَرَ سَبَقَتْهُ
الْعَيْنُ وَإِذَا اسْتُغْسِلْتُمْ فَاغْسِلُوا
Maksudnya : Dari Ibnu
Abbas RodhiyALLAHu Anhu, Nabi SallALLAHu Alaihi Wasallam bersabda : “Ain
(mata jahat) itu benar-benar adanya, jika seandainya ada sesuatu yang
mendahului qadar,maka akan didahului oleh ain. Apabila kamu diminta
untuk mandi maka mandilah." (hadith riwayat Muslim)
عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اسْتَعِيذُوا بِاللَّهِ فَإِنَّ الْعَيْنَ حَقٌّ
Maksudnya
: Dari Aisyah RodhiyALLAHu Anha,RasulULLAH SallALLAHu Alaihi Wasallam
bersabda :" Mintalah kalian perlindungan kepada ALLAH dari ain (mata
jahat) kerana sesungguhnya ain itu haq (benar)" (HR ibnu Majah).
Ain
adalah penyakit atau masalah yang disebabkan oleh pengaruh buruk
pandangan mata, iaitu pandangan mata yang disertai rasa takjub atau
bahkan iri dan dengki terhadap apa yang dilihatnya.
Terdapat dua jenis ain, iaitu :
ain insi (‘ain berunsur manusia) dan
‘ain jinni (‘ain berunsur jin).
Malahan ain sering berlaku kepada bayi-bayi kecil, yang mengakibatkan:
1.
Tangisan yang tidak munasabah atau tidak bersebab (kecuali masalah
cholic atau hernia) yang tidak berhenti, tubuh terkejut-kejut tanpa
sebab yang jelas, tidak mahu menyusu kepada ibunya tanpa sebab yang
jelas.
عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ دَخَلَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَسَمِعَ صَوْتَ صَبِيٍّ يَبْكِي فَقَالَ مَا
لِصَبِيِّكُمْ هَذَا يَبْكِي فَهَلَّا اسْتَرْقَيْتُمْ لَهُ مِنْ الْعَيْنِ
Aisyah
RodhiyALLAHu Anha berkata : “Suatu ketika Nabi (SallALLAHu Alaihi
Wasallam) masuk (rumahnya) kemudian mendengar bayi sedang menangis.
Baginda (SallALLAHu Alaihi Wasallam) berkata,”Mengapa bayi kalian
menangis? Mengapa tidak kalian bacakan ruqyah-ruqyah (supaya sembuh)
dari penyakit ‘ain?) (Shahihul jami’ 988 n0.5662)
2. Keadaan tubuh yang sangat kurus kering (seperti kurang zat)
عَنْ
جَابِرَ بْنَ عَبْدِ اللَّهِ رَخَّصَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ لِآلِ حَزْمٍ فِي رُقْيَةِ الْحَيَّةِ وَقَالَ لِأَسْمَاءَ
بِنْتِ عُمَيْسٍ مَا لِي أَرَى أَجْسَامَ بَنِي أَخِي ضَارِعَةً
تُصِيبُهُمْ الْحَاجَةُ قَالَتْ لَا وَلَكِنْ الْعَيْنُ تُسْرِعُ
إِلَيْهِمْ قَالَ ارْقِيهِمْ
Dari Jabir RodhiyALLAHu Anhu bahawa
RasulULLAHi sallALLAHu Alaihi Wasallam memberi rukhsah (keringanan) bagi
anak-anak Ja’far menggunakan bacaan ruqyah dari sengatan ular. Baginda
(SallALLAHu Alaihi Wasallam) bersabda kepada Asma’ binti Umais,”Mengapa
Aku lihat badan anak-anak saudaraku ini kurus kering? Apakah mereka
kelaparan?” Asma’ menjawab : “tidak, akan tetapi mereka tertimpa ‘Ain.”
Kata Baginda (SallALLAHu Alaihi Wasallam) ,”Kalau begitu bacakan ruqyah
bagi mereka! (HR Muslim, Ahmad dan Baihaqi)
3. Penyakit kulit yang tidak atau sukar sembuh,contohnya ekzema dan seangkatan dengannya.
Dari hadith dan permasalahan di atas, cukup untuk menghuraikan apakah Ain dan bagaimanakah ianya terjadi?
Permasalahan
ain ini bukan sahaja berlaku akibat rasa iri hati atau takjub (tanpa
kembalikan semula takjub tersebut kepada ALLAH), tetapi juga berlaku
apabila pemuji memuji bayi tersebut setelah melakukan dosa-dosa mulut,
contohnya mengumpat atau memaki hamun orang lain, maka tarikan dari
perbuatan tersebut menjadi warid kepada kalamnya, iaitu apabila dia
memuji seseorang itu cantik, maka warid dari keburukan kalam sebelum itu
diterbalikkan dari apa yang dipuji sebelum itu(cantik lawannya hodoh),
ini berikutan fitrah bayi atau kanak-kanak yang bersih, begitu juga
keadaannya jika mata si pemuji sebelum melihat bayi atau kanak-kanak
tersebut ada melihat perkara-perkara maksiat, maka ianya akan terjadi
hal yang serupa. NauzubILLAHi min Zalik.
Kebanyakan kes yang sang
faqir terima di TIAF yang melibatkan bayi menangis tidak berhenti,
selain dari masalah cholic(kembung perut) dan hernia(angin pasang),
ianya kebanyakan melibatkan Ain, yang sering didakwa oleh
perawat-perawat sebelum itu dengan saka, sihir, pedamping dan
sebagainya, yang meleret sehingga timbul dakwaan yang pelik wal aneh,
padahal ianya Ain semata-mata. (Sabo je le)
Permasalahan dengan Al Ain ini, ada dua cara dalam menghadapinya, sama ada MENGELAK darinya atau merawatnya.
Berkaitan
dengan merawat, ianya melibatkan banyak kaedah. Cuma sang faqir
kongsikan salah satu darinya di sini, yang paling ringkas.
Iaitu diberi mandi dengan air bekasan wudhuk ibu kepada bayi tersebut (bertabaruk)
Bersabit dengan hadith :
عَنْ
أَبِي أُمَامَةَ بْنِ سَهْلِ بْنِ حُنَيْفٍ أَنَّهُ قَالَ رَأَى عَامِرُ
بْنُ رَبِيعَةَ سَهْلَ بْنَ حُنَيْفٍ يَغْتَسِلُ فَقَالَ مَا رَأَيْتُ
كَالْيَوْمِ وَلَا جِلْدَ مُخْبَأَةٍ فَلُبِطَ سَهْلٌ فَأُتِيَ رَسُولُ
اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَامِرًا فَتَغَيَّظَ عَلَيْهِ
وَقَالَ عَلَامَ يَقْتُلُ أَحَدُكُمْ أَخَاهُ أَلَّا بَرَّكْتَ اغْتَسِلْ
لَهُ فَغَسَلَ عَامِرٌ وَجْهَهُ وَيَدَيْهِ وَمِرْفَقَيْهِ وَرُكْبَتَيْهِ
وَأَطْرَافَ رِجْلَيْهِ وَدَاخِلَةَ إِزَارِهِ فِي قَدَحٍ ثُمَّ صُبَّ
عَلَيْهِ فَرَاحَ مَعَ النَّاسِ
Dari Abu Umamah bin Sahl bin Hunaif,
dia berkata bahawa Amir bin Robi’ah melihat Sahl bin Hunaif sedang
mandi, lalu berkatalah Amir : "Aku tidak pernah melihat (pemandangan)
seperti hari ini, dan tidak pernah kulihat kulit yang tersimpan sebagus
ini” Maka terpelantinglah Sahl(pengsan). Kemudian RasulULLAH sallALLAHu
Alaihi Wasallam mendatangi Amir. Dengan tegas Baginda bersabda :”Atas
sebab apa kamu hendak membunuh saudaranya? Mengapa kamu tidak memohonkan
keberkahan (kepada hal yang kamu lihat)? Mandilah untuknya!Maka Amir
mandi dengan menggunakan suatu bekas air, dia mencuci wajahnya, dua
tangan, kedua siku, kedua lutut,hujung-hujung kakinya, dan bahagian
dalam sarungnya. Kemudian air bekas mandinya itu dituangkan kepada Sahl,
lantas dia (Sahl) sedar dan berlalulah bersama manusia.
(HR Malik
dalam Al-Muwaththo 2/938, Ibnu Majah 3509, disohihkan oleh Ibnu Hibban
1424. Sanadnya sohih, para perawinya tsiqah : Zadul Ma’ad tahqiq Syu’aib
al-Arnauth dan Abdul Qodir al-Arnauth 4/150 cetakan tahun 1424 H).
Merujuk
kepada hadith tersebut, tentu menjadi kesukaran untuk mencari siapa
yang memberi Ain, malahan jika tahu siapa yang mengAinkan anak kita,
bagaimana mungkin untuk kita jelaskan kepadanya, maka diqiaskan dengan
tabaruk air wudhuk ibu(berserta doa), ditadahkan di dalam bekas atau
besen, seterusnya, diberi mandi kepada bayi atau anak yang terkena ain.
Untuk kaedah ini, tidak tertakluk kepada Ain sahaja, boleh juga ikhtiar
bagi permasalahan anak yang degil atau bermasalah dengan pelajaran.
Antara kaedah mengelakkan Ain dari berlaku:
Setiap
kali anak menerima pujian dari sesiapa sahaja, letakkan tangan kanan di
atas kepalanya, dan ucapkan Taawudz (di dalam hati, kemudian mohon
perlindungan ALLAH dari segala mara bahaya).
Pada
malam hari sebelum ibubapa tidur, bacakan Al Ikhlas 3x, dan tiupkan di
ubun-ubun bayi perlahan-lahan(sambil dalam hati berdoa mohon
perlindungan ALLAH) sehingga habis nafas, nafas yang akhir ditiup
sehingga ke kaki dengan kadar menghembus.
Kepada ibubapa,
terpulang di atas perkiraan kalian untuk ikhtiar perlindungan anak-anak
kalian, terutama yang memperolehi 'new baby' atau yang anak mereka
sedang sakit, pertimbangkanlah keputusan untuk upload gambar anak-anak
anda.
Kebanyakan kes Ain yang sang faqir terima di klinik TIAF,
98% daripadanya adalah asbab meng'upload' gambar bayi mereka di facebook
atau laman sosial yang lain, tambahan pula bayi mereka sedang
bermasalah sewaktu itu. NauzubILLAHi min zalik.
Semoga perlindungan ALLAH beserta sekalian yang ikhlas dan faham dengan setiap amal perbuatan mereka.
Wassalam.
Sumber : FB Wan Asrul Al-Aydrus