MERUPAKAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH DI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA(KPM)
28 December 2014
08 February 2014
KEISTIMEWAAN SIRAH RASULULLAH DAN KEWAJIPAN MENEKUNINYA
Mengapa kita mempelajari Sirah? Ramai yang beranggapan Sirah
Nabawi tidak lebih dari satu penceritaan sejarah Islam yang menampilkan iktibar
disebalik setiap kisah yang ada. Ini
merupakan satu anggapan yang kurang tepat. Natijahnya, kita hanya memahami
sirah sekadar sebagai satu pengetahuan umum dan tidak lebih daripada mengingati
tarikh, tokoh yang terlibat dan peristiwa yang berlaku.
Hakikatnya, memahami Sirah
Rasulullah mampu membina pemahaman
tentang cara hidup sebenar seorang muslim. Ini kerana kehidupan Rasulullah
adalah adunan model kehidupan seorang Muslim yang sempurna. Perkara ini mampu
dicapai dengan memahami secara benar akan segala hikmah dan keistimewaan
prinsip-prinsip dan dasar-dasar Islam satu persatu. Jadi, sedarilah bahawa
dalam usaha untuk memhami Islam itu seharusnya bermula dari memahami Sirah
Rasulullah. Disebalik penceritaan riwayat hidup baginda pula mengandungi garis
panduan dan cara hidup Muslim yang seharusnya diikuti.
Lantas, mari kita renungkan,
apakah kepentingan mendalami riwayat kehidupan Nabi Muhammad SAW?
Harus difahami bahawa Nabi
Muhammad juga merupakan manusia biasa seperti kita. Namun baginda diangkat oleh
Allah bagi memikul tugasan nubuwah. Begitu juga dengan kehidupan kita hari ini.
Kita adalah seorang manusia biasa yang diangkat Allah dengan amanah hamba dan
khalifah. Rasulullah menampilkan sebaik-baik contoh manusia di muka bumi. Bukanlah satu perkara yang mustahil untuk
kita mengikuti jejak langkah baginda. Jadi, menjadi kemestian kepada kita
meneladani baginda dalam segenap aspek bagi menjamin kehidupan yang harmoni.
Kehidupan Nabi Muhammad
menampilkan sistem pendidikan dan pengajaran yang sihat terutamanya metodologi dan proses melakukan
dakwah. Aktivis dakwah seharusnya menjadikan panduan atas kaedah
dan peranan yang dimainkan oleh Rasulullah dalam menjayakan agenda dakwah.
Kupasan tentang kehidupan Nabi
Muhammad membantu kita memahami dan mengecapi isi kandungan Al-Quran. Banyak
kandungan Al-Quran yang dikupas melalui peristiwa yang melatari kehidupan nabi
sendiri. Sirah menjadi jambatan kepada pemahaman Al-Quran. Ringkasnya, peristiwa
Sirah merupakan satu penjelaskan ayat Al-Quran.
Melalui Sirah terkandungnya
perbendaharaan kebudayaan dan pengetahuan Islam. Kehidupan nabi telah
menjelaskan cabang-cabang Islam seperti aqidah, hukum hakam, tatasusila dan
sebagainya. Prinsip dan hukum Islam digambarkan dengan jelas melalui riwayat
hidup Rasulullah. Oleh itu, pengusaan ilmu berkaitan cabang-cabang Islam mampu
dicapai dengan penguasaan ilmu Sirah.
Pernahkah anda terfikir, apakah
yang membezakan penceritaan sejarah Islam dengan penceritaan sejarah yang lain?
Sejarah Islam yang bertitik tolak menampilkan biografi insan mulia yang bernama
Muhammad ini mengetengahkan pelbagai ciri-ciri istimewa. Ciri-ciri ini
meneguhkan lagi kebenaran dan kesahihan perkembangan Islam itu sendiri.
Pertama, kebenaran sejarah Nabi
Muhammad adalah yang paling tepat berbanding tokoh yang lain. Ini dibuktikan
melalui jalur ilmiah yang pasti dan dipercayai. Periwayatan dan penceritaan
kisah hidup Nabi Muhammad dijamin kesahihannya. Ini dikukuhkan lagi dengan method
periwayatan hadith melalui sistem bersanad dengan memastikan mereka yang merawi
hadith adalah dari golongan yang thiqoh.
Kedua, sejarah hidup Nabi adalah
jelas. Latar dalam fasa kehidupan Nabi ditampilkan dengan terperinci. Sebagai
contoh, latar belakang Nabi dihuraikan dengan mendalam dan tepat bermula dari
perkahwinan ibubapanya sehingga baginda wafat.
Ketiga, sejarah Nabi adalah
mengenai lukisan sejarah seorang manusia biasa yang mendapat keistimewaan
kerasulan tanpa terkeluar nilai kemanusiaan ke atas diri baginda. Malah ia
mencakup semua aspek kehidupan manusia yang boleh dicontohi. Dan yang terakhir,
sejarah Nabi Muhammad yang lengkap membuktikan kebenaran risalah dan kerasulan
baginda.
Ringkasnya, Sirah Rasulullah
merupakan sebuah penceritaan yang dipelihara kesahihanya. Ia bukan sekadar menampilkan
kehebatan seorang insan bernama Muhammad, malah mempelajari sejarah hidup
baginda adalah memahami selok-belok kehidupan dalam semua sudut kemanusian.
Credit to http://akuhamkha.blogspot.com/
SULTAN MUHAMMAD AL-FATEH : CERMINAN PEMUDA BITARA
“Kota Konstantinopel akan jatuh
ke tangan Islam. Pemimpin yang menakluknya adalah sebaik-baik pemimpin dan
pasukan yang berada di bawah kepimpinannya adalah sebaik-baik pasukan.”
Begitulah sabda Rasulullah S.A.W. yang menyatakan perihal Sultan Muhammad
Al-Fateh ratusan tahun sebelum kelahiran beliau. Kejayaan Sultan Muhammad
Al-Fateh menawan Konstantinopel telah membenarkan kata-kata Rasulullah lantas
membawa gambaran kehebatan kepimpinanya saat itu. Perkara yang lebih menarik
mengenai perihal pemimpin dan pasukan yang terbaik dalam sejarah ketamadunan
Islam ini telah melihat akan kebolehan Sultan Muhammad Al-Fateh menjayakan
sebuah misi besar seawal usia 21 tahun. Lantas peristiwa ini membuktikan
kehebatan generasi muda.
Generasi muda mencerminkan
kekuatan dan kemampuan. Dalam tempoh ini jiwa-jiwa mereka berkobar-kobar dan
hangat dalam melakukan sesuatu tugas. Sememangnya pada usia pertengahan
membawakan sesuatu yang istimewa. Sultan Muhammad Al-Fateh seharusnya dijadikan
contoh pemuda tauladan dengan menampilkan ciri-ciri kebitaraan. Pemuda bitara
merujuk kepada sifat-sifat yang tiada tandingannya. Dalam kontek yang lain
pemuda bitara juga merujuk kepada pemuda yang unggul. Lantas pemuda bitara menampilkan
empat ciri yang istimewa iaitu beridealisme, tinggi nilai intelektual,
mempunyai aktivisme dan spiritualisme yang mantap.
Idealisme merujuk kepada sifat
mencita-citakan sesuatu dalam bentuk yang ideal. Idealisme terbentuk apabila
sesorang individu itu berhasrat akan sesuatu yang unggul. Hal ini jelas ditampilkan
oleh Sultan Muhammad Al-Fateh yang bercita-cita untuk menawan kota
konstantinopel. Lantas, penawanan kota tersebut telah menzahirkan kata-kata
Rasulullah. Inilah nilai yang terbesar yang menjadi impian dan azimat
kesungguhan Sultan Muhammad Al-Fateh. Menjadi pemimpin terhebat dengan kekuatan
pasukan yang terhebat di sepanjang ketamadunan Islam sememangnya menjadi
cita-cita bagi setiap pemimpin.
Hakikatnya, kualiti idealism yang
terbentuk dalam diri Sultan Muhammad Al-Fateh adalah hasil daripada didikan
bapanya Sultan Murad. Kesungguhan Sultan Murad mendidik anaknya telah
ditonjolkan dengan penanaman benih inspirasi dan imiginasi. Hal ini dibuktikan
apabila Sultan Murad memanggil anaknya dengan nama timangan Al-Fateh yang bermaksud
Si Pembuka sejak kecil. Justeru, panggilan ini telah sebati dalam diri Sultan
Muhammad Al-Fateh lalu membentuk sebuah cita-cita dalam diri beliau.
Intelektualisme bermaksud pengabdian
diri kepada penggunaan intelek atau daya fikir. Seseorang individu yang
mempunyai daya intelek yang tinggi adalah mereka yang berkemampuan memahami
makna sesuatu perkara, mempunyai daya fikir dengan logik, mampu membuat
pertimbangan dengan teliti juga mengangkat nilai keadilan dan saksama. Pendidikan
yang baik telah diberikan kepada Sultan Muhammad Al-Fateh dalam segala cabang ilmu.
Hal ini telah dibuktikan oleh Sultan Muhammad Al-Fateh melalui penguasaan ilmu dalam bidang sejarah,
bahasa, geografi, astronomi dan matematik. Usaha untuk menawan Konstatinopel
memerlukan sebuah strategi yang cukup sempurna. Melalui cabang ilmu yang telah
dikuasai, diaplikasikan dalam membentuk strategi perang yang hebat.
Sultan Muhammad Al-Fateh telah
mengkaji sejarah dengan menilai dan menganalisis punca lebih 10 kali kegagalan percubaan
umat Islam menawan Konsantinopel. Pengusaan
lebih 7 bahasa telah memberi kelebihan kepadanya dalam mebina hubungan diplomasi
dengan kerajaan lain, lantas menjamin keselamatan kerajaan Islam daripada
diserang sepanjang pengepungan Konstantinopel. Pada usia 14 tahun, Sultan
Muhammad Al-Fateh telah diamanahkan bapanya untuk memimpin kerajaan Uhmaniyyah.
Secara tidak langsung, ilmu kepimpinan telah diberikan kepada Sultan Muhammad
Al-Fateh pada usia remaja. Atas kesedaran tentang kepentingan penguasaan
teknologi, Sultam Muhammad Al-Fateh telah mengupah tenga pakar dari Hungary
bagi menghasilkan sebuah senjata perang yang terhebat pada zaman tersebut iaitu
sebuah meriam yang dikenali sebagai Meriam Urban.
Aktivisme merupakan amalan
melibatkan diri dalam sesuatu kegiatan atau perjuangan secara aktif. Mengambil
iktibar melalui kampen peperangan menawan kota konstantinopel, Sultan Muhammad Al-Fateh
telah mengangkat nilai ini dengan meletakkan tanggungjawab ke atas segala aspek
persiapan dan terlibat secara langsung dengan peperangan tersebut. Sebagai
contoh, beliau sendiri telah membuat penyamaran menyelinap masuk ke Kota
Konstantinopel bagi mengkaji struktur
dan bentuk geografi kota tersebut. Malah, Sultan Muhammad Al-Fateh juga
terlibat secara tidak langsung dengan beberapa peperangan kecil.
Tatkala berlaku serangan laut antara
armada tentera Uthmaniah dengan armada Kristian, Sultan Muhammad Al-Fateh
dengan bersungguh-sungguh memberikan semangat dengan berteriak di persisiran
pantai. Inilah gambaran seorang pemimpin yang hebat atas sifat tanggungjawab
dan rasa kepentingan untuk turun padang bagi menjayakan matlamat. Seringkali
beliau menyusuri penempatan penduduk Konstantinopel bagi mendengar sendiri
permasalahan dan rintihan rakyat setelah penawanan kota tersebut. Jelas sekali,
beliau telah meletakkan taraf status yang sama seperti rakyat biasa lantas
mengetepikan status sosial bagi menjalankan gerakan bakti kepada masyarakat.
Spiritualisme bermaksud sesuatu
amalan yang bersifat kerohanian. Aqidah yang benar adalah kunci kepada
spiritualisme. Ia diikuti dengan konsistensi dalam beramal. Spiritualisme
meletakkan individu dekat dengan Sang Pencipta, malah sentiasa di bawah
pengawasanNya. Kepemudaan Al-Fateh mencerminkan nilai spiritualisme yang
tinggi. Seawal usia baligh, beliau tidak pernah meninggalkan solat Tahajjut,
solat Sunat Rawatib apatah lagi solat fardhu. Malah kemampuan beliau menanamkan
nilai ini dalam jiwa-jiwa pengikutnya harus diteladani. Rakyat yang tinggi
amalan kerohanian sahaja dipilih sebagai tentera. Ini menjadi titik tolak
kepada terbentuknya barisan tentera yang berdaya tahan tinggi dan berkemampuan
meraih kemenangan. Setiap malam,
sepanjang kempen penawanan Konstantinopel, Sultan Muhammad Al-Fateh telah
memantau khemah-khemah tenteranya bagi memastikan setiap dari mereka
menghidupkan malam dengan amalan kerohanian.
Sultan Muhammad Al-Fateh juga
sentiasa berdamping dengan ulama’, malah beliau mengangkat mereka sebagai guru.
Para ulama’ juga dijadikan sumber rujuk dalam memastikan dirinya sentiasa berada
dalam landasan yang benar. Tambahan, golongan ulama’ seperti Syeikh Aq
Syamsudin dan Syeikh Ahmad Ismail Al-Kurani sentiasa tegar memberikan
rangsangan bagi menjayakan misi merealisasikan hadis Nabi Muhammad S.A.W. Spiritualisme
telah meletakkan seseorang individu itu kepada pergantungan terus kepada Allah
Taala. Melalui kebergantungan ini lahirlah keyakinan dan kesabaran dalam
mendepani pelbagai masalah. Malah spiritualisme mampu mengangkat motivasi individu.
Ia dilihat sebagai satu kuasa dalaman yang mampu meledakkan kesan yang luar
biasa jika dizahirkan.
Secara
umumnya, ciri-ciri kebitaraan yang telah ditampilkan sepanjang kepemudaan
Sultan Muhammad Al-Fateh harus diteladani. Malah, kehebatan beliau telah
meresap ke dalam jiwa-jiwa segenap individu di sekeliling lantas membentuk
masyarakat yang unggul. Oleh itu, usia muda ini harus dimanfaatkan sebaik
mungkin. Sebolehnya seseorang pemuda ini mempunyai cita-cita yang tinggi, mengangkat
nilaian ilmu, sentiasa berdamping dengan masyarakat malah mempunyai ketakwaan
yang utuh. Inilah gambaran terbaik yang harus ditanamkan dalam jiwa-jiwa pemuda
hari ini.
Credit to http://akuhamkha.blogspot.com/
23 January 2014
Pendekatan Kajian Tindakan
Kajian tindakan adalah kajian
berasaskan bilik darjah. Ia dilakukan secara sistematik untuk
memudahkan guru yang juga bertindak sebagai penyelidik malaksanakan
aktiviti tindakan. Kajian ini dilakukan dalam skala kecil iaitu di
antara guru/penyelidik dengan pelajar dalam konteks mata pelajaran dan
kelas yang diajarnya.
Kajian ini boleh dilakukan secara
persendirian tetapi lebih baik jika dilakukan secara berkumpulan.
Kajian ini melibatkan penyelidik sendiri kerana pada akhirnya, merekalah
yang akan mengalami perubahan amalan pengajaran. Cara terbaik untuk
memulakan kajian tindakan di bilik darjah adalah dengan mengenalpasti
persoalan-persoalan yang kecil dan boleh ditangani (direct authority). Ini kerana hasil kajian tindakan tidak akan memberikan faedah kepada guru jika pihak ketiga yang mesti berubah.
Kajian tindakan mempunyai konsep dan
teknik pendekatan yang tersendiri. Daripada segi objektifnya, kajian
tindakan adalah untuk memperbaiki amalan pengajaran guru sendiri.
Kajian tindakan ini akan membolehkan guru membentuk teori-teori peribadi
yang praktikal tentang suatu permasalahan yang timbul dalam proses
pengajaran dan pembelajaran seharian di bilik darjah.
Format atau reka bentuk kajian tindakan
tidak ada yang rigid tetapi boleh diubahsuai berdasarkan kepada situasi
sebenar dalam persekitaran bilik darjah. Bagaimanapun empat unsur utama
kajian tindakan perlu ada, iaitu perancangan, pelaksanaan, pemerhatian
dan refleksi.
Responden atau subjek kajian tindakan
bukan sahaja pelajar tetapi guru yang merupakan penyelidik juga.
Melalui cara ini, semua maklumat diperolehi secara langsung daripada
responden kajian. Penglibatan penyelidik, iaitu guru, dalam kajian
tindakan amat penting kerana melalui cara ini penyelidik dapat mengubah
amalan pengajarannya.
Reka bentuk kajian tindakan adalah mudah
kerana kebanyakan daripada data yang digunakan adalah bersifat
kualitatif. Oleh itu, analisis data yang digunakan lebih kepada teknik
deskripsi naratif. Antara teknik yang biasa digunakan adalah teknik
trangulasi. Bagaimanapun dalam beberapa keadaan, data-data berbentuk
kuantitatif juga digunakan terutama apabila melibatkan markah-markah
pelajar. Dalam hal ini analisis biasa yang akan digunakan adalah dalam
bentuk peratus sahaja. Perkara yang jelas, laporan hasil kajian
tindakan dilakukan dengan menggunakan bahasa yang mudah difahami bukan
sahaja oleh guru itu sendiri tetapi juga di kalangan guru-guru lain.
laporan yang tidak berbentuk teknikal ini penting untuk memudahkan
penyebaran dan perkongsian idea serta maklumat di kalangan warga
sekolah.
Membudayakan Kajian Tindakan dalam Pendidikan
PENGENALAN
Pada kebiasaannya apabila seseorang guru
melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dalam kelas masing-masing, ia
akan menggunakan segala pengetahuan yang telah dipelajari dan dilaluinya
semasa latihan di maktab perguruan atau universiti. Maka dalam keadaan
ini, pendekatan serta teknik-teknik pengajarannya adalah amalan biasa
sebagaimana yang dilakukan oleh guru-guru yang lain. Pada masa-masa
seterusnya pula, amalan ini duplicating of experience akan berlaku.
Jika amalan ini berterusan maka kreativiti dan inovasi dalam pendidikan
tidak akan berlaku dengan mudah. Oleh sebab itu, salah satu cara yang
perlu dibuat oleh guru untuk menggalakkan pembaharuan dalam PdP di bilik
darjah adalah penggunaan kajian tindakan. Walaupun inisiatif telah
dibuat untuk memperkembangkan penggunaan penggunaan kajian tindakan
dalam PdP namun pelaksanaannya masih belum meluas di sekolah-sekolah.
LATAR BELAKANG KAJIAN TINDAKAN
Kajian tindakan adalah salah satu bentuk
pendekatan bersifat penyelidikan yang boleh digunakan oleh guru dalam
menyelesaikan masalah p&p dalam bilik darjah. Oleh kerana
kemampuannya untuk membantu guru ini maka penggunaan cara ini perlu
difikirkan kebaikannya.
Sebenarnya kajian tindakan telah lama
diguna pakai dalam bidang pendidikan. bagi pengamal kajian tindakan,
didapati bahawa kajian ini menggalakkan kreativiti dan inovasi guru
dalam meneroka amalan pengajaran yang baru. Menurut Mcniff (1988):
Action research implies adopting a
deliberate openness to new experiences and processes, and as such,
demands that the action of educational research is itself educational.
By consciously engaging in their own educational development, teachers
gain both profesionally and personally; and it is this personal
commitment that counts in the process of human enquiry.
Kajian tindakan merupakan satu aktiviti
sistematik yang dilakukan dalam usaha untuk mengubah dan memperbaiki
amalan pengajaran seseorang guru. Proses kajian mementingkan proses
tindakan dan refleks. maka aktiviti kajian tindakan adalah suatu proses
yang aktif yang melibatkan perancangan, pelaksanaan, pemerhatian serta
renungan terhadap tindakan serta kesannya ke atas murid. Secara
jelasnya, kajian tindakan merupakan satu keperluan guru untuk memahami
suatu situasi persekitaran yang sebenar dalam p&p dengan tujuan
untuk memperbaiki atau mengubah amalan guru. Perubahan dan
penambahbaikan amalan guru ini adalah penting kerana ia merupakan salah
satu kunci kejayaan dalam meningkatkan lagi kualiti p&p sendiri
khasnya dan mutu pendidikan di sekolah amnya.
Dalam perkambangannya, kaedah
penyelidikan secara kajian tindakan ini mempunyai sejarahnya yang
tersendiri. Kajian ini dipelopori oleh Kurt Lewin (1946), iaitu seorang
ahli psikologi sosial. Idea ini seterusnya digunakan olehKurt
LewinStephen Corey di Teacher’s College, Columbia Universiti, New York
pada tahun 1956. Beliau menggunakan kajian tindakan ini sebagai salah
satu pendekatan dalam penyelidikan di sekolah-sekolah. Selanjutnya pada
tahun 1976, John Elliot dan rakan-rakan di United Kingdom telah
menggunakan cara ini untuk membantu guru-guru menggabungkan proses
inkuiri dalam p&p di bilik darjah. Perkembangan seterusnya
memperlihatkan penggunaan kaedah kajian tindakan semakin meluas
digunakan dalam kalangan pendidik di negara lain. Di Eropah misalnya,
kajian tindakan juga digunakan dalam usaha mengubah dan meningkatkan
pendekatan p&p di sekolah-sekolah.
Di negara ini, kaedah kajian tindakan
dipelopori oleh Bahagian Penilaian dan Penyelidikan Dasar Pendidikan,
Kementerian Pelajaran Malaysia (BPPDP) di bawah Programme for
Innovation, Excellence and Research (PIER) pada tahun 1993. BPPDP
selanjutnya bekerjasama dengan universiti tempatan, maktab dan
seterusnya sekolah-sekolah untuk melaksanakan kajian tindakan.
16 January 2014
KENAPA TIDAK BOLEH UPLOAD/SIAR GAMBAR BAYI
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ
وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
SEKADAR PERKONGSIAN
Al Ain Bukan Perkara Main-main.
Perlu kita fahami, bayi yang berumur kurang dari 40 hari berisiko kepada 4 keadaan, 2 keadaan permasalahan rohani, 2 keadaan permasalahan fizikal.
Bagi permasalahan rohani, melibatkan Ain dan Ummu Sibyan.
Sang faqir garis tebalkan pada posting kali ini adalah permasalahan rohani, iaitu Ain dan Ummu Sibyan.
Ummu Sibyan adalah dari kalangan kaum jin yang gemar mendengar tangisan anak-anak kecil terutamanya bayi, maka bagi mengelakkan gangguan ummu sibyan ini, maka Sayyiduna RasulILLAHi SallALLAHu Alaihi Wassalam telah memberi panduan , antaranya:
"Sesiapa
yang mendapat cahaya mata maka diazankan pada telinga kanannya dan
diiqamahkan pada telinga kirinya maka akan dijauhkan dari gangguan Ummu
Sibyan (sejenis jin yang membawa penyakit)- (Riwayat al-Baihaqi). "
Selain dari itu, boleh jua diikhtiarkan diazankan secara perlahan di telinga kanan bayi tersebut setiap kali masuk waktu solat 5 waktu, hikmah bagi ikhtiar ini sangat bermanfaat, ini antara amalan yang dilakukan oleh Syeikh Wan Abdullah lakukan kepada anakandanya iaitu Al-Alim Allamah al-Arif ar-Rabbani Syeikh Wan Daud bin Syeikh Wan Abdullah sewaktu Tok Syeikh Daud Patani (gelaran kepada Syeikh Daud Al Fatani) masih bayi.
Cuma, berkaitan dengan gambar atau bayi muda (1hari-40hari), ianya lebih kepada Al Ain. Permasalahan Al-Ain ini luas perbincangannya, kerana ia juga terkenal sebagai sihir tanpa jin, malahan masalah ini sebenarnya dilihat lebih serius berbanding permainan sihir lain.
Al Ain ini seperti yang dimaktubkan di dalam hadith :
عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الْعَيْنُ حَقٌّ وَلَوْ كَانَ شَيْءٌ سَابَقَ الْقَدَرَ سَبَقَتْهُ الْعَيْنُ وَإِذَا اسْتُغْسِلْتُمْ فَاغْسِلُوا
Maksudnya : Dari Ibnu Abbas RodhiyALLAHu Anhu, Nabi SallALLAHu Alaihi Wasallam bersabda : “Ain (mata jahat) itu benar-benar adanya, jika seandainya ada sesuatu yang mendahului qadar,maka akan didahului oleh ain. Apabila kamu diminta untuk mandi maka mandilah." (hadith riwayat Muslim)
عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اسْتَعِيذُوا بِاللَّهِ فَإِنَّ الْعَيْنَ حَقٌّ
Maksudnya : Dari Aisyah RodhiyALLAHu Anha,RasulULLAH SallALLAHu Alaihi Wasallam bersabda :" Mintalah kalian perlindungan kepada ALLAH dari ain (mata jahat) kerana sesungguhnya ain itu haq (benar)" (HR ibnu Majah).
Ain adalah penyakit atau masalah yang disebabkan oleh pengaruh buruk pandangan mata, iaitu pandangan mata yang disertai rasa takjub atau bahkan iri dan dengki terhadap apa yang dilihatnya.
Terdapat dua jenis ain, iaitu :

ain insi (‘ain berunsur manusia) dan
‘ain jinni (‘ain berunsur jin).
Malahan ain sering berlaku kepada bayi-bayi kecil, yang mengakibatkan:
1. Tangisan yang tidak munasabah atau tidak bersebab (kecuali masalah cholic atau hernia) yang tidak berhenti, tubuh terkejut-kejut tanpa sebab yang jelas, tidak mahu menyusu kepada ibunya tanpa sebab yang jelas.
عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ دَخَلَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَسَمِعَ صَوْتَ صَبِيٍّ يَبْكِي فَقَالَ مَا لِصَبِيِّكُمْ هَذَا يَبْكِي فَهَلَّا اسْتَرْقَيْتُمْ لَهُ مِنْ الْعَيْنِ
Aisyah RodhiyALLAHu Anha berkata : “Suatu ketika Nabi (SallALLAHu Alaihi Wasallam) masuk (rumahnya) kemudian mendengar bayi sedang menangis. Baginda (SallALLAHu Alaihi Wasallam) berkata,”Mengapa bayi kalian menangis? Mengapa tidak kalian bacakan ruqyah-ruqyah (supaya sembuh) dari penyakit ‘ain?) (Shahihul jami’ 988 n0.5662)
2. Keadaan tubuh yang sangat kurus kering (seperti kurang zat)
عَنْ جَابِرَ بْنَ عَبْدِ اللَّهِ رَخَّصَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِآلِ حَزْمٍ فِي رُقْيَةِ الْحَيَّةِ وَقَالَ لِأَسْمَاءَ بِنْتِ عُمَيْسٍ مَا لِي أَرَى أَجْسَامَ بَنِي أَخِي ضَارِعَةً تُصِيبُهُمْ الْحَاجَةُ قَالَتْ لَا وَلَكِنْ الْعَيْنُ تُسْرِعُ إِلَيْهِمْ قَالَ ارْقِيهِمْ
Dari Jabir RodhiyALLAHu Anhu bahawa RasulULLAHi sallALLAHu Alaihi Wasallam memberi rukhsah (keringanan) bagi anak-anak Ja’far menggunakan bacaan ruqyah dari sengatan ular. Baginda (SallALLAHu Alaihi Wasallam) bersabda kepada Asma’ binti Umais,”Mengapa Aku lihat badan anak-anak saudaraku ini kurus kering? Apakah mereka kelaparan?” Asma’ menjawab : “tidak, akan tetapi mereka tertimpa ‘Ain.” Kata Baginda (SallALLAHu Alaihi Wasallam) ,”Kalau begitu bacakan ruqyah bagi mereka! (HR Muslim, Ahmad dan Baihaqi)
3. Penyakit kulit yang tidak atau sukar sembuh,contohnya ekzema dan seangkatan dengannya.
Dari hadith dan permasalahan di atas, cukup untuk menghuraikan apakah Ain dan bagaimanakah ianya terjadi?
Permasalahan ain ini bukan sahaja berlaku akibat rasa iri hati atau takjub (tanpa kembalikan semula takjub tersebut kepada ALLAH), tetapi juga berlaku apabila pemuji memuji bayi tersebut setelah melakukan dosa-dosa mulut, contohnya mengumpat atau memaki hamun orang lain, maka tarikan dari perbuatan tersebut menjadi warid kepada kalamnya, iaitu apabila dia memuji seseorang itu cantik, maka warid dari keburukan kalam sebelum itu diterbalikkan dari apa yang dipuji sebelum itu(cantik lawannya hodoh), ini berikutan fitrah bayi atau kanak-kanak yang bersih, begitu juga keadaannya jika mata si pemuji sebelum melihat bayi atau kanak-kanak tersebut ada melihat perkara-perkara maksiat, maka ianya akan terjadi hal yang serupa. NauzubILLAHi min Zalik.
Kebanyakan kes yang sang faqir terima di TIAF yang melibatkan bayi menangis tidak berhenti, selain dari masalah cholic(kembung perut) dan hernia(angin pasang), ianya kebanyakan melibatkan Ain, yang sering didakwa oleh perawat-perawat sebelum itu dengan saka, sihir, pedamping dan sebagainya, yang meleret sehingga timbul dakwaan yang pelik wal aneh, padahal ianya Ain semata-mata. (Sabo je le)
Permasalahan dengan Al Ain ini, ada dua cara dalam menghadapinya, sama ada MENGELAK darinya atau merawatnya.
Berkaitan dengan merawat, ianya melibatkan banyak kaedah. Cuma sang faqir kongsikan salah satu darinya di sini, yang paling ringkas.
Iaitu diberi mandi dengan air bekasan wudhuk ibu kepada bayi tersebut (bertabaruk)
Bersabit dengan hadith :
عَنْ أَبِي أُمَامَةَ بْنِ سَهْلِ بْنِ حُنَيْفٍ أَنَّهُ قَالَ رَأَى عَامِرُ بْنُ رَبِيعَةَ سَهْلَ بْنَ حُنَيْفٍ يَغْتَسِلُ فَقَالَ مَا رَأَيْتُ كَالْيَوْمِ وَلَا جِلْدَ مُخْبَأَةٍ فَلُبِطَ سَهْلٌ فَأُتِيَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَامِرًا فَتَغَيَّظَ عَلَيْهِ وَقَالَ عَلَامَ يَقْتُلُ أَحَدُكُمْ أَخَاهُ أَلَّا بَرَّكْتَ اغْتَسِلْ لَهُ فَغَسَلَ عَامِرٌ وَجْهَهُ وَيَدَيْهِ وَمِرْفَقَيْهِ وَرُكْبَتَيْهِ وَأَطْرَافَ رِجْلَيْهِ وَدَاخِلَةَ إِزَارِهِ فِي قَدَحٍ ثُمَّ صُبَّ عَلَيْهِ فَرَاحَ مَعَ النَّاسِ
Dari Abu Umamah bin Sahl bin Hunaif, dia berkata bahawa Amir bin Robi’ah melihat Sahl bin Hunaif sedang mandi, lalu berkatalah Amir : "Aku tidak pernah melihat (pemandangan) seperti hari ini, dan tidak pernah kulihat kulit yang tersimpan sebagus ini” Maka terpelantinglah Sahl(pengsan). Kemudian RasulULLAH sallALLAHu Alaihi Wasallam mendatangi Amir. Dengan tegas Baginda bersabda :”Atas sebab apa kamu hendak membunuh saudaranya? Mengapa kamu tidak memohonkan keberkahan (kepada hal yang kamu lihat)? Mandilah untuknya!Maka Amir mandi dengan menggunakan suatu bekas air, dia mencuci wajahnya, dua tangan, kedua siku, kedua lutut,hujung-hujung kakinya, dan bahagian dalam sarungnya. Kemudian air bekas mandinya itu dituangkan kepada Sahl, lantas dia (Sahl) sedar dan berlalulah bersama manusia.
(HR Malik dalam Al-Muwaththo 2/938, Ibnu Majah 3509, disohihkan oleh Ibnu Hibban 1424. Sanadnya sohih, para perawinya tsiqah : Zadul Ma’ad tahqiq Syu’aib al-Arnauth dan Abdul Qodir al-Arnauth 4/150 cetakan tahun 1424 H).
Merujuk kepada hadith tersebut, tentu menjadi kesukaran untuk mencari siapa yang memberi Ain, malahan jika tahu siapa yang mengAinkan anak kita, bagaimana mungkin untuk kita jelaskan kepadanya, maka diqiaskan dengan tabaruk air wudhuk ibu(berserta doa), ditadahkan di dalam bekas atau besen, seterusnya, diberi mandi kepada bayi atau anak yang terkena ain. Untuk kaedah ini, tidak tertakluk kepada Ain sahaja, boleh juga ikhtiar bagi permasalahan anak yang degil atau bermasalah dengan pelajaran.
Antara kaedah mengelakkan Ain dari berlaku:

Setiap
kali anak menerima pujian dari sesiapa sahaja, letakkan tangan kanan di
atas kepalanya, dan ucapkan Taawudz (di dalam hati, kemudian mohon
perlindungan ALLAH dari segala mara bahaya).
Pada malam hari sebelum ibubapa tidur, bacakan Al Ikhlas 3x, dan tiupkan di ubun-ubun bayi perlahan-lahan(sambil dalam hati berdoa mohon perlindungan ALLAH) sehingga habis nafas, nafas yang akhir ditiup sehingga ke kaki dengan kadar menghembus.
Kepada ibubapa, terpulang di atas perkiraan kalian untuk ikhtiar perlindungan anak-anak kalian, terutama yang memperolehi 'new baby' atau yang anak mereka sedang sakit, pertimbangkanlah keputusan untuk upload gambar anak-anak anda.
Kebanyakan kes Ain yang sang faqir terima di klinik TIAF, 98% daripadanya adalah asbab meng'upload' gambar bayi mereka di facebook atau laman sosial yang lain, tambahan pula bayi mereka sedang bermasalah sewaktu itu. NauzubILLAHi min zalik.
Semoga perlindungan ALLAH beserta sekalian yang ikhlas dan faham dengan setiap amal perbuatan mereka.
Wassalam.
Sumber : FB Wan Asrul Al-Aydrus
Subscribe to:
Posts (Atom)
BUATMU SIFUKU - TN. HJ. SADLI BIN ABDULLAH
Beliau merupakan Guru Cemerlang Geografi yang menjadi rujukan saya. (1691) 11 MEI 2023 - BERITA WILAYAH - JASA GURU: LAHIRKAN GENERASI CEMER...
-
PERWATAKAN GURU YANG BERKUALITI 1. Menunjukkan minat 2. Mahir dalam bidangnya 3. Bijak mengurus 4. Mengajar dengan berkesan 5....
-
Blue Ocean Strategy - Ciri Keusahawanan dalam Pendidikan. (Kreatif, Inovatif, Kurangkan Persaingan - banyakkan kerjasama, Tidak Takut Gaga...
-
Beliau merupakan Guru Cemerlang Geografi yang menjadi rujukan saya. (1691) 11 MEI 2023 - BERITA WILAYAH - JASA GURU: LAHIRKAN GENERASI CEMER...