19 December 2016

Misi Melunaskan Hutang

Alhamdulillah. Hari ni cikgu nak berkongsi cara untuk melangsaikan hutang. Beberapa minggu lepas, cikgu ingin melangsaikan hutang PTPTN yang cikgu wajib bayar setelah menamatkan pengajian di Universiti Sains Malaysia suatu ketika dulu. 

Nak dijadikan cerita, tunggakan sebelum proses pemotongan gaji dilakukan telah menyebabkan cikgu berada dalam 'keberhutangan'. Apapun ada hikmah disebaliknya. Apapun cikgu panjatkan kesyukuran atas nikmat-nikmat yang Allah swt berikan, moga-moga bertambah rezeki cikgu sekeluarga dan dapat memberi manfaat kepada orang lain pula. Baki hutang PTPTN isteri cikgu dilangsaikan dengan segera. 

Amboi...suka la sidia tidak ada hutang PTPTN lagi. Tapi si dia banyak membantu cikgu dalam hal perekonomian rumah tangga yang visi cikgu cukup jelas difahami oleh si dia. Itulah hajat cikgu untuk melangsaikan hutang-hutang kecil kami sekeluarga sebelum usia 40 tahun. Alhamdulillah, termakbul. 

Prinsip bebas hutang Model Tuan Mohd Zulkifli Shafie.

Kredit : Ustaz Fathuri Salehuddin - Mudahnya Menjemput Rezeki (MMR)

1) Beli sesuatu secara tunai.
2) Hidup di bawah kemampuan bukan hidup ikut kemampuan.
3) Amalkan tabiat menyimpan.
4) Bina pendapatan sampingan.

Kita bekerja seharian, cuba niatkan dengan tekad untuk "melunaskan hutang". Setting dalam minda itulah tujuannya terlebih dahulu supaya lama kelamaan akan terlaksana dengan strategi masing-masing.

Cikgu Abdul Jabbar
Felda Chiku 5
19 Disember 2016.

BUATMU SIFUKU - TN. HJ. SADLI BIN ABDULLAH

Beliau merupakan Guru Cemerlang Geografi yang menjadi rujukan saya. (1691) 11 MEI 2023 - BERITA WILAYAH - JASA GURU: LAHIRKAN GENERASI CEMER...