23 January 2017

Assalamualaikum. Salam sejahtera buat para pendidik.

Sesi persekolahan tahun 2017 telah memasuki minggu ke-4. Seperti kebiasaan buat guru, Sistem Pengurusan Latihan Kementerian Pendidikan Malaysia perlu diisi dengan maklumat seperti 7 hari latihan setahun, sesi pembelajaran, personal learning community (PLC), dan sebagainya yang merupakan nilai tambah kita sebagai penjawat awam. Cuma saya nak share kepada cikgu-cikgu seluruh Malaysia, ini amalan yang saya lakukan selama ini. Pertamanya, apabila bermulanya sesi persekolahan baru dengan semangat berkobar-kobar lagi. Lakukan kerja-kerja simple yang mana apabila kita kesuntukan masa, "tidak sempat" untuk diisikan maklumat yang diminta oleh Setiausaha LDP sekolah kita. Cikgu-cikgu bolehlah menghantar "ulasan buku" atau "book review" sebagai gantian Latihan 7 Hari Setahun disebabkan kes-kes di luar jangkaan seperti cuti sakit dan sebagainya. Buat awal-awal supaya kita tidak stress dengan apa yang diwajibkan kepada kita. Kalau rajin buat print siap-siap ulasan buku dan hantar sebanyak mungkin untuk disahkan dalam sistem kita. Setelah cukup tempoh setahun kita telah mencapai latihan yang disyaratkan oleh pihak splkpm. Selamat mencuba ye cikgu-cikgu.... tahun 2017 dengan pengurusan yang cekap dan pantas.


Cuba cek kita punya: https://splkpm.moe.gov.my/mn_pengumuman/

BUATMU SIFUKU - TN. HJ. SADLI BIN ABDULLAH

Beliau merupakan Guru Cemerlang Geografi yang menjadi rujukan saya. (1691) 11 MEI 2023 - BERITA WILAYAH - JASA GURU: LAHIRKAN GENERASI CEMER...