23 January 2014

Pendekatan Kajian Tindakan

Kajian tindakan adalah kajian berasaskan bilik darjah.  Ia dilakukan secara sistematik untuk memudahkan guru yang juga bertindak sebagai penyelidik malaksanakan aktiviti tindakan.  Kajian ini dilakukan dalam skala kecil iaitu di antara guru/penyelidik dengan pelajar dalam konteks mata pelajaran dan kelas yang diajarnya.
Kajian ini boleh dilakukan secara persendirian tetapi lebih baik jika dilakukan secara berkumpulan.  Kajian ini melibatkan penyelidik sendiri kerana pada akhirnya, merekalah yang akan mengalami perubahan amalan pengajaran.  Cara terbaik untuk memulakan kajian tindakan di bilik darjah adalah dengan mengenalpasti persoalan-persoalan yang kecil dan boleh ditangani (direct authority).  Ini kerana hasil kajian tindakan tidak akan memberikan faedah kepada guru jika pihak ketiga yang mesti berubah.
Kajian tindakan mempunyai konsep dan teknik pendekatan yang tersendiri.  Daripada segi objektifnya, kajian tindakan adalah untuk memperbaiki amalan pengajaran guru sendiri.  Kajian tindakan ini akan membolehkan guru membentuk teori-teori peribadi yang praktikal tentang suatu permasalahan yang timbul dalam proses pengajaran dan pembelajaran seharian di bilik darjah.
Format atau reka bentuk kajian tindakan tidak ada yang rigid tetapi boleh diubahsuai berdasarkan kepada situasi sebenar dalam persekitaran bilik darjah.  Bagaimanapun empat unsur utama kajian tindakan perlu ada, iaitu perancangan, pelaksanaan, pemerhatian dan refleksi.
Responden atau subjek kajian tindakan bukan sahaja pelajar tetapi guru yang merupakan penyelidik juga.  Melalui cara ini, semua maklumat diperolehi secara langsung daripada responden kajian.  Penglibatan penyelidik, iaitu guru, dalam kajian tindakan amat penting kerana melalui cara ini penyelidik dapat mengubah amalan pengajarannya.
Reka bentuk kajian tindakan adalah mudah kerana kebanyakan daripada data yang digunakan adalah bersifat kualitatif.  Oleh itu, analisis data yang digunakan lebih kepada teknik deskripsi naratif.  Antara teknik yang biasa digunakan adalah teknik trangulasi.  Bagaimanapun dalam beberapa keadaan, data-data berbentuk kuantitatif juga digunakan terutama apabila melibatkan markah-markah pelajar.  Dalam hal ini analisis biasa yang akan digunakan adalah dalam bentuk peratus sahaja.  Perkara yang jelas, laporan hasil kajian tindakan dilakukan dengan menggunakan bahasa yang mudah difahami bukan sahaja oleh guru itu sendiri tetapi juga di kalangan guru-guru lain.  laporan yang tidak berbentuk teknikal ini penting untuk memudahkan penyebaran dan perkongsian idea serta maklumat di kalangan warga sekolah.


Membudayakan Kajian Tindakan dalam Pendidikan

PENGENALAN
Pada kebiasaannya apabila seseorang guru melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dalam kelas masing-masing, ia akan menggunakan segala pengetahuan yang telah dipelajari dan dilaluinya semasa  latihan di maktab perguruan atau universiti. Maka dalam keadaan ini, pendekatan serta teknik-teknik pengajarannya adalah amalan biasa sebagaimana yang dilakukan oleh guru-guru yang lain. Pada masa-masa seterusnya pula, amalan ini  duplicating of experience akan berlaku. Jika amalan ini berterusan maka kreativiti dan inovasi dalam pendidikan tidak akan berlaku dengan mudah. Oleh sebab itu, salah satu cara yang perlu dibuat oleh guru untuk menggalakkan pembaharuan dalam PdP di bilik darjah adalah penggunaan kajian tindakan. Walaupun inisiatif telah dibuat untuk memperkembangkan penggunaan penggunaan kajian tindakan dalam PdP namun pelaksanaannya masih belum meluas di sekolah-sekolah.

LATAR BELAKANG KAJIAN TINDAKAN
Kajian tindakan adalah salah satu bentuk pendekatan bersifat penyelidikan yang boleh digunakan oleh guru dalam menyelesaikan masalah p&p dalam bilik darjah. Oleh kerana kemampuannya untuk membantu guru ini maka penggunaan cara ini perlu difikirkan kebaikannya.
Sebenarnya kajian tindakan telah lama diguna pakai dalam bidang pendidikan. bagi pengamal kajian tindakan, didapati bahawa kajian ini menggalakkan kreativiti dan inovasi guru dalam meneroka amalan pengajaran yang baru. Menurut Mcniff (1988):
jeanphoto
Jean McNiff
Action research implies adopting a deliberate openness to new experiences and processes, and as such, demands that the action of educational research is itself educational. By consciously engaging in their own educational development, teachers gain both profesionally and personally; and it is this personal commitment that counts in the process of human enquiry.
Kajian tindakan merupakan satu aktiviti sistematik yang dilakukan dalam usaha untuk mengubah dan memperbaiki amalan pengajaran seseorang guru. Proses kajian mementingkan proses tindakan dan refleks. maka aktiviti kajian tindakan adalah suatu proses yang aktif yang melibatkan perancangan, pelaksanaan, pemerhatian serta renungan terhadap tindakan serta kesannya ke atas murid. Secara jelasnya, kajian tindakan merupakan satu keperluan guru untuk memahami suatu situasi persekitaran yang sebenar dalam p&p dengan tujuan untuk memperbaiki atau mengubah amalan guru. Perubahan dan penambahbaikan amalan guru ini adalah penting kerana ia merupakan salah satu kunci kejayaan dalam meningkatkan lagi kualiti p&p sendiri khasnya dan mutu pendidikan di sekolah amnya.
Kurt Lewin
Kurt Lewin
Dalam perkambangannya, kaedah penyelidikan secara kajian tindakan ini mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Kajian ini dipelopori oleh Kurt Lewin (1946), iaitu seorang ahli psikologi sosial. Idea ini seterusnya digunakan olehKurt LewinStephen Corey di Teacher’s College, Columbia Universiti, New York pada tahun 1956. Beliau menggunakan kajian tindakan ini sebagai salah satu pendekatan dalam penyelidikan di sekolah-sekolah. Selanjutnya pada tahun 1976, John Elliot dan rakan-rakan di United Kingdom telah menggunakan cara ini untuk membantu guru-guru menggabungkan proses inkuiri dalam p&p di bilik darjah. Perkembangan  seterusnya memperlihatkan penggunaan kaedah kajian tindakan semakin meluas digunakan dalam kalangan pendidik di negara lain. Di Eropah misalnya, kajian tindakan juga digunakan dalam usaha mengubah dan meningkatkan pendekatan p&p  di sekolah-sekolah.
Di negara ini, kaedah kajian tindakan dipelopori oleh Bahagian Penilaian dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (BPPDP) di bawah Programme for Innovation, Excellence and Research (PIER) pada tahun 1993. BPPDP selanjutnya bekerjasama dengan universiti tempatan, maktab dan seterusnya sekolah-sekolah untuk melaksanakan kajian tindakan.

BUATMU SIFUKU - TN. HJ. SADLI BIN ABDULLAH

Beliau merupakan Guru Cemerlang Geografi yang menjadi rujukan saya. (1691) 11 MEI 2023 - BERITA WILAYAH - JASA GURU: LAHIRKAN GENERASI CEMER...