19 September 2015

BAGAIMANA CARA MUDAH TANAM CILI DI PERSEKITARAN RUMAH


Tanam Cili


1. Pilih kawasan yang menerima cahaya matahari yang banyak di rumah.
2. Pilih kawasan yang redup akan menyebabkan pokok menjadi tinggi daripada biasa dan saiz buah menjadi kecil.
3. Cara pemilihan medium penanaman bergantung kepada kaedah penanaman yang dipilih sama ada tanaman dalam pasu atau terus dalam tanah.
4. Medium penanaman untuk pasu yang sesuai adalah tanah campuran tiga bahagian tanah merah, dua bahagian tanah hitam dan satu bahagian pasir.
5. Saiz pasu yang sesuai adalah 16 inci x 20 inci bagi musim penanaman enam bulan.
6. Sekiranya bercadang untuk musim penanaman yang lebih panjang dari enam bulan, sila guna saiz pasu yang lebih besar seperti 30 inci x 50 inci.
7. Kaedah penanaman secara terus di tanah bagi kawasan rumah teres adalah tidak digalakkan kerana tanah tidak subur.
8. Sekiranya ingin meneruskan hasrat menanam di tanah kawasan rumah teres, tanah perlu diganti dengan tanah yang baru.
9. Pastikan tiada pokok buah-buahan seperti mangga, belimbing dan jambu berdekatan dengan kawasan tanaman. Ini bagi mengelakkan serangan lalat buah.
10. Umur paling sesuai untuk memindah tanam anak pokok atau tanah adalah ketika anak pokok sudah berusia tiga ke empat minggu.
11. Kelewatan memindah tanam anak pokok yang sudah cukup umur boleh menyebabkan pokok terbantut.
12. Waktu yang sesuai pindah tanam adalah pada waktu lewat petang.
13. Jangan pindah tanam anak pokok pada waktu tengah hari kerana pokok boleh terkena kejutan haba dan layu seterusnya mati.
14. Waktu yang sesuai untuk menyiram pokok adalah pada waktu awal pagi dan lewat petang.
15. Pokok cili harus disiram dua kali sehari, sekiranya waktu hujan tidak perlu disiram.
16. Pastikan kawasan penanaman tidak menyebabkan air bertakung. Air bertakung boleh menyebabkan lembap dan menggalakkan pertumbuhan kulat.
17. Kayu pancang perlu dipasang ketika peringkat awal selepas pindah tanam untuk mengelakkan kerosakan pada akar sekiranya dipasang pada umur matang.
18. Jenis kayu pancang yang sesuai adalah seperti buluh yang boleh bertahan sehingga lebih enam bulan.
19. Pemasangan kayu pancang bertujuan untuk mengelakkan pokok rebah apabila sudah berbuah lebat.
20. Baja organik seperti baja tahi ayam amat sesuai diberikan kepada pokok untuk menggalakkan tumbesarannya.
21. Sekiranya menggunakan baja kimia, pastikan mengikut kuantiti yang disarankan.
22. Pemberian baja kimia secara berlebihan boleh menyebabkan pokok mati kepanasan daripada baja.
23. Tempoh pemberian baja yang sesuai adalah setiap 10 hingga 14 hari.
24. Kehadiran semut yang banyak pada pokok cili adalah disebabkan ia menghurungi aphid atau bena putih yang terdapat di bahagian bawah daun.
25. Gunakan larutan pencegah serangga yang dirumus daripada bahan semula jadi seperti ekstrak semambu dan bawang putih.
26. Larutan mencegah serangga daripada bahan semula jadi mudah hilang apabila hujan.
27. Selepas hujan berhenti, larutan haruslah disembur semula.
28. Waktu paling sesuai untuk menyembur larutan pencegah serangga adalah pada waktu petang menghampiri Maghrib.
29. Tahap umur cili paling sesuai untuk dituai adalah apabila 80 peratus daripada cili yang matang sudah mencapai warna kirau (warna hijau bertukar sedikit merah).
30. Waktu paling sesuai untuk menuai adalah pada jam 9 pagi ke atas iaitu ketika embun sudah kering.
31. Sekiranya cili ingin disimpan lama, jangan basuh hasil tuaian cili. Sekiranya perlu dibasuh, harus dikeringkan segera.
32. Selepas cili dituai, baja perlu segera diberikan pada waktu petang yang sama atau keesokan harinya bagi mengelakkan pokok tertekan.

sELAMat mEncUBa...

kREDIT untuk...

https://www.facebook.com/jomkerjadarirumah/photos/a.287113169552.175710.259672394552/10153263330814553/?type=1&theater

SASARAN KERJA TAHUNAN - (SKT) SECARA ONLINE

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada follower blog CAJG sekalian.

Sistem HRMIS telah diperkenalkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam kepada penjawat awam merupakan satu transformasi pengurusan sumber manusia kepada penjawat awam di Malaysia. Tahniah dan Syabas CAJG ucapkan atas usaha pihak JPA dalam menguruskan sumber manusia dalam sektor awam.


Inilah pemuka web HRMIS yang boleh dilayari menerusi https://hrmis2.eghrmis.gov.my untuk melengkapkan maklumat tertentu berdasarkan arahan yang dikeluarkan oleh ketua jabatan tertentu. Sudah isi bolehlah sama ada untuk simpan dan hantar untuk disahkan. Apapun anda boleh melihat sendiri video yang terdapat dalam web HRMIS untuk mengetahui akan kepentingannya kepada penjawat awam menerusi link ini http://www.eghrmis.gov.my/index.php/galeri/video/item/465-kepentingan-data-hrmis. Selesai melihat video ini, barulah kita mengetahui akan kepentingannya berbanding sistem manual yang diperkenalkan sebelum ini. Alhamdulillah, cikgu harap web ini diupgrade dari satu masa ke satu masa supaya dilihat lebih mesra pengguna.

18 September 2015

~~~sAYa cIKgU gEoGrAFI~~~~

 
Sedikit latar belakang.

Assalamualaikum. Inilah saya, Cikgu Abdul Jabbar bin Mohammed yang merupakan Guru Mata Pelajaran Geografi di SMK Dato' Bentara Luar, Batu Pahat, Johor. Inilah bilik disiplin yang menempatkan saya disini atas sebab tugasan sebagai guru disiplin. Bilik ini bukan ekskulif, namun tuntutan tugas sebagai guru disiplin saya "dipaksa" oleh guru mentor saya En. Daraquthani bin Hassim untuk berada di bilik ini. Apapun, saya redha dan terima dengan hati yang lapang. Namun, suatu hari nanti khidmat guru-guru lain lebih diperlukan bergantu kepada arahan pentadbir. Saya sebagai orang yang menurut perintah sanggup saja ke mana saja ditempatkan. Jauh sekali untuk "fight" jawatan-jawatan tertentu. Itu saya tidak berminat, namun saya lebih berminat kepada dunia akademik khususnya mata pelajaran Geografi ini.

Berjinak-jinak dalam dunia penulisan artikel.


Dunia penulisan khusus artikel menjadi minat saya, namun demikian buat masa ini saya masih menimba pengalaman daripada otai-otai yang merupakan guru-guru saya tentang bidang Geografi. Ini adalah permintaan daripada editor sisipan Minda Berita Harian memohon untuk saya menukilkan idea dan pendapat khususnya untuk pembaca Berita Harian. Alhamdulillah, sudah diterbitkan dan saya mendapat ucapan yang meningkatkan motivasi saya untuk meneruskan penulisan artikel seumpama ini.

17 September 2015

KEBAHAGIAAN YANG DICARI

Dalam sesebuah rumah tangga kebahagiaan adalah sesuatu yang diimpikan. Cara dan bentuk kebahagiaan adalah berbeza bagi setiap orang. Ada yang miskin harta tetapi mereka memiliki kebahagiaan berbanding yang kaya harta. Namun, ada pula yang kaya harta memiliki kebahagiaan apabila mereka dapat membantu orang lain untuk meneruskan kehidupan. Sebab itulah, kebahagiaan bukan terletak kepada harta tetapi bagaimana si pemiliknya menguruskan kebahagiaan tersebut sehingga benar-benar mengecapinya. Kita juga percaya untuk memilikinya bukan satu perkara yang mudah tanpa ujian daripada pencipta dan pemilik bumi ini. Semuanya tersedia setelah kita diberikan ujian. Ujian pula diberikan pada kadar kemampuan kita. Hebatnya Allah swt. Cuma kita mestilah mensyukuri nikmatNya yang terlampau banyak yang tidak mampu kita perhitungkan. Allahuakbar!!! Alam rumah tangga juga sesekali ditiup oleh angin dan badai. Namun, bagaimana pasangan tersebut menguruskan masalah itu menjadi perkiraan sama ada hubungan itu sentiasa mekar atau tidak. Bergantung kepada si suami dan si isterilah yang sentiasa menyelesaikan permasalahan yang dihadapi dalam rumah tangga. Jangan pula, anak-anak menjadi mangsa keadaan akibat pergolakan yang dialami dalam sesebuah rumah tangga. Percayalah, si suami adalah nakhoda yang membawa bahtera sama ada selamat atau karam di lautan. Namun, si isteri tidak pula hebatnya yang menyokong bahtera sama ada sempat diselamatkan atau karam ditengah-tengah lautan akibat badai yang tidak mampu dikekang. Maka, menjadi tanggungjawab besar si isteri menyelamatkan keadaan ini. Jika, nakhoda gagal mereka tidak seharusnya dipersalahkan 100% bahkan 50% terletak dibahu anak kapal yang menyokongnya. Suka saya nyatakan disini, nakhoda yang hebat adalah mereka yang sering memberikan tunjuk ajar dan didikan kepada anak kapal. Sekiranya, tunjuk ajar dan didikan telah diberikan tinggal lagi tugas dan amanah yang berat anak kapal untuk menghadamnya supaya setiap tunjuk ajar dan didikan diamalkan dalam meningkatkan seri rumah tangga. Kata orang, isteri ni baru-baru kahwin hebat layanannya. Lama-kelamaan kurang mekar tu telah dinampakkan sehingga nakhoda mula menginginkan kembali kemekarannya. Namun, terpulanglah kepada si isteri itu bijak atau tidak dalam menguruskan hal-hal keinginan suami, bimbang suaminya mencari kebahagiaan di luar rumah. Untuk elakkan perkara seumpama itu berlaku, saya sering teringat pesanan arwah murabbi Allahyarham Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat merupakan murabbi ummah kesayangan rakyat Kelantan khasnya, rakyat Malaysia amnnya. Beliau sering berpesan kepada isterinya tentang cara menjaga suami supaya sentiasa merasa seperti baharu berkahwin. Pertamanya, makanan. Kedua, pakaian dan ketiganya adalah tempat tidurnya. Ketiga-tiga perkara ini adalah satu bentuk penghargaan dan layanan yang tertinggi si isteri perlu sediakan kepada suaminya agar cinta dan kebahagiaan dapat disalurkan dalam rumah tangga. Makanan, suami memang suka makan terutamanya masakan isteri. Isteri pula perlu mengutamakan selera suami daripada seleranya sendiri. Lagipun si suami ni dia mintak makanan yang isterinya boleh masak dan mungkin suka makan juga. Dari segi layanan di meja makan, bertambah lagi romantiknya isteri melayani suami. Maka disitulah timbul kasih sayang dan cinta suami terhadap isterinya. Pakaian, seringkali isteri memandang remeh soal pakaian suami tetapi berlawa-lawa dalam pakaian sendiri. Sebab itu, ada suami yang suka membeli sendiri pakaiannya dan malah lebih sedih mencari stokin sendiri dalam bakul pakaian yang boleh menjejaskan mood suami. Pada suami, pakaian ke tempat kerja harus diletakkan di tempat yang senang dicari tanpa perlu menyelongkar sehingga menimbulkan kemarahannya. Mungkin, isteri anggap benda-benda itu remeh tetapi tidak pada suami. Sesekali mungkin boleh difahami oleh suami kerana sibuk melayan kerenah anak-anak serta sibuk menguruskan kerja rumah. Namun, bergantung kepada perbincangan antara suami isteri tersebut. Tempat tidur ini bukanlah semata-mata seks, namun lebih dari itu. Layanan suami mesti diutamakan oleh isteri. Cadar dan sarung bantal harus ditukar ganti setiap masa jangan tunggu si suami merungut atau tidak selesa dengannya. Sebelum tidur urutan manja oleh isteri amat mempengaruhi emosi dan tingkahlaku suami sehingga mampu memberikan rasa nyaman dan selesa umpama malam-malam pertama. Ada isteri tidak sedar akan perkara penting ini, namun hakikatnya si suami akan rasa tidak puas hati malah kecewa dengan si isteri. Malah ada yang hambar dan dingin terhadap pasangan sehingga menjadikan "orang luar" tempat untuk berkongsi kasih. Perkara inilah yang lama-kelamaan akan menganggugugat keharmonian rumah tangga pasangan sehingga sukar mendapatkan kebahagiaan yang dicari. Kepada suami isteri diluar sana, walaupun anda dan pasangan anda bekerja bukanlah menjadi alasan untuk menghangatkan hubungan kasih sayang ini. Kerjaya sebagai guru, umpamanya sudah tidak lagi seperti dulu memaksa suami isteri perlu banyak berkorban untuk rumah tangga. Namun, kebijaksanaan pasangan dan cara menguruskan rumah tangga masih lagi menjadi titik tolak kebahagiaan yang dicari. Sekian, Terima Kasih.

Cikgu Abdul Jabbar Geografi @ Paduka Abeja.
Luahan Untuk Isteri



16 September 2015

Beralihlah kepada pelan penjimatan

Assalamualaikum.
Salam Transformasi Telco.

Sedarkan anda, semua orang menggunakan telefon bimbit. Namun, tak ramai orang sedar ada syarikat telco menawarkan perkhidmatan yang lebih baik untuk penjimatan wang sehingga dihabiskan beribu-ribu ringgit setiap tahun untuk keperluan komunikasi. Sekiranya, anda masih mencari-cari perkhidmatan yang menjimatkan bolehlah menghubungi saya di talian 019-5144789 untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut.

Cikgu Abdul Jabbar Geografi
Sub-Dealer Onexox

DYSD20147
019-5144789

Bersyukurlah. Fahamilah erti nikmat daripadaNya.

Alhamdulillah, puji-pujian hanya kepada Allah swt saya panjatkan kepadaNya yang memberikan nikmat yang entah berapa banyak pun tidak Cikgu Abdul Jabbar Geografi (CAJG) tahu. Namun, CAJG boleh katakan bahawa nikmatnya tidak terkira banyaknya setiap hari. Namun, nikmat rezeki juga harus diucapkan syukur kepada Allah swt jua. Nikmat rezeki pula diberikan dalam pelbagai bentuk, akan tetapi kebanyakkan manusia hanya ingat "duit" sahaja nikmat rezeki. Itulah persepsi yang harus diubah dan CAJG cuba sebarkan melalui nasihat-nasihat supaya kita jangan sempitkan makna rezeki yang Allah swt berikan kepada kita semua sebagai makhlukNya. Untuk menjadi makhluk yang tidak sia-sia hendaklah kita mengucapkan rasa syukur akan nikmat yang telah diberikan oleh Tuhan semesta alam. Mereka yang tidak mengucapkan syukur adalah mereka yang sombong! Jauhilah CAJB, anak-anak murid cikgu dan rakan-rakan pembaca blog ini daripada bersikap sombong dan lupa diri. Kita sebagai orang Islam (nikmat agama yang disampaikan oleh baginda Nabi Muhammad saw serta para sahabat baginda) adalah nikmat yang paling besar kerana lahir dalam keluarga Islam yang dikurniakan oleh Allah swt. Alhamdulillah, kita dilahirkan dalam keluarga Islam. Sinar Islam itu sudah ada cuma perlu ditingkatkan keimanan kepadaNya semoga nilai keimanan ini akan dinilai oleh Allah swt diakhirat nanti. Pada hari ini, 16 September 2015 merupakan sambutan Hari Malaysia yang ke-52. Sudah tentulah kita mesti mensyukuri, nikmat bernegara yang berdaulat, bebas memerintah dan mentadbir serta memiliki perudangan yang tersendiri. Ini juga merupakan nikmat yang besar dianugerahi oleh Allah swt kepada kita rakyat Malaysia. Semoga keamanan dan keharmonian kaum dapat dikekalkan sepanjang masa sesuai dengan motto Hari Kebangsaan yang ke-58 tahun 2015 iaitu Sehati Sejiwa. Semoga rakyat Malaysia terus mengekalkan dan mengukuhkan keharmonian kaum ini.


Cikgu Abdul Jabbar Geografi
16 September 2015
Batu Pahat, Johor.

Selamat Hari Malaysia 16 September 2015


Selamat Menyambut Hari Malaysia yang ke-52. Semoga negara Malaysia sentiasa berada dalam keberkatan Ilahi. Hubungan kaum yang lebih harmoni.


Ni tahun 2014 punya. Apapun kita mesti berbangga menjadi rakyat Malaysia ini.

14 September 2015

As salam
Seperti yang aku janjikan
aku nak citer kat korang pasal pengalaman aku membeli rumah lelong... sekadar sebagai rujukan untuk korang yang xder pengalaman langsung... aku kongsikanlah sedikit pengalaman yang ader nie...
Pada mulanyer memang berat jugak hati nak membeli rumah lelong nie sedangkan tarikh rumah lelong yang diiklankan dengan tarikh lelongan hanya tinggal 2 minggu lagi.. pujuk encik suami dia macam x setuju takut kene tipu... dia still soh aku bersabar...
Macam biasalah perangai aku..  xpernah berputus asa.. aku google lagik pasal pembelian rumah lelong nie... banyak info yang aku dapat..ada yang kata bagus dan ada jugak cerita yang x bagus... aku maklum pada encik suami supaya pergi dahulu berjumpa dengan agen lelongan yang berdaftar nie.. kita dengar dulu penerangan diaorang... Last-last.. encik suami termakan jugak dengan pujukan rayuku ini..hahaha.. nampak ganas tapi pandai pujuk tau...(hihihi..puji diri sendiri gamaknyerr...lalalala)..
Setibanya di opis agen berdaftar banyak penerangan yang diberikan dan banyak jugak soalan yang aku tujukan... sampai dah xleh nak tanya apa-apa lagik.. puas rasanya.. aku pun sempat ceritakan pasal aku ditipu tu... encik suami pun nampaknyer macam faham dan mula berminat dengan rumah lelong tu tapi dia x bagi aku mengharap sangat.. yelah saingan pun ramai takut xder rezeki untuk kitaorang...
Nie aku nak share dengan korang perkara-perkara yang perlu dilakukan untuk persediaan membeli rumah lelong...
  1. call atau pergi terus ke tempat agen lelongan untuk mendapat segala informasi berkenaan rumah tersebut...
  2. jangan sesekali berurusan dengan agen lelongan yang tidak berlesen..contohnya yang tampal2 kat tepi jalan atau kat rumah..hanya harga rumah dan no telefon sahaja...berkemungkinan akan ditipu..
  3. jika dapat pergi tengok dahulu keadaan rumah dan kondisi bersesuaian dengan harga yang dilelong..kalau boleh bertanyakan dengan jiran rumah tersebut...(macam aku rumah yang lelong tu masih ada owner...jadi aku terus berjumpa dengan jiran2 yang berdekatan untuk bertanya..x berani aku nak direct dengan owner..hehehe)..ini untuk mengelakkan kita daripada mendapat rumah yang luar nampak cantik tapi dalam dah bekecai..ada jugak yang aku baca x pernah langsung g tengok rumah tu sekali dapat macam rumah hantu..wahahaha..serius takut sebab aku pun x dapat tengok situasi dalam rumah tu...cuma kebanyakkan rumah yang ada owner nie biasanya berkeadaan baik...
  4. semak dahulu dengan bank harga rumah yang dilelong dengan market value bersesuaian atau tidak..status rumah..itu semuanyer boleh disemak oleh agen jika kita bersetuju untuk lantik dia uruskan rumah yang dibeli...
  5. semak dengan bank sama ada kita clear daripada CITOS atau CCRIS....sebab kalau menang lelongan tapi masa nak apply loan kita black list alamatnyer burnlah duit deposit kita tue..muehhehehe..
  6. Bila dah ok semuanyer barulah agen akan minta kita untuk menyediakan bankdraf 10% daripada harga rumah yang dilelong...jika menang lelongan..kita akan diberi tempoh selama 120 hari untuk settle semua perkara..jika x duit deposit tu pun akan melayang..hahahaha
Sebab tue lah aku memang gila-gila kejar bank dan aku punyer peguam berkenaan kes rumah nie.. hari-hari ko aku telefon untuk tau status.. takut beb duit melayang..bukan sesikit tau...
Nasiblah semuanyer settle sebulan sebelum due date dia... sebab tulah kakitangan awam x digalakkan untuk membeli rumah lelong ni... (kalau guna loan kerajaan la)... sebab takut melebihi tempoh.. proses loan kerajaan biasanyer lambat sikit..
walaupun aku keje gomen loan nie pun guna nama suami jerk.. cepat sikit... pastu biar dia yang bayar.. hahaha... tapi sebab masa lelong dah nama dia automatik nama rumah tu nama dia.. kalau aku nak nama bersama.. kenalah appoint peguam semula ataupun soh dia buat wasiat jerk tu adalah harta bersama.. hehehe.. boleh gitu...
Nie aku kasi tengok gambaran rumah tue masa aku memula masuk dulu... x buat ape2 lagik..cuma baru dibasuh ajerk... nanti aku ceritakan pulak macam mane proses aku nak soh owner nie keluar dari rumah tue.. ingat senang..hahaha.. tapi alhamdulillah.. berkat kesabaran... keluarlah jugak dia dengan cara yang baik..hehehe...

BUATMU SIFUKU - TN. HJ. SADLI BIN ABDULLAH

Beliau merupakan Guru Cemerlang Geografi yang menjadi rujukan saya. (1691) 11 MEI 2023 - BERITA WILAYAH - JASA GURU: LAHIRKAN GENERASI CEMER...