29 December 2013

PEMBANGUNAN FIZIKAL MERINTIS PEMBANGUNAN PEMIKIRAN DI FELDA CHIKU, GUA MUSANG.

Peristiwa mula-mula masuk ke Felda Chiku 3tahun lepas, dengan berbekal ilmu Geografi Bandar yang ambo pelajari, pada minda ambo adalah "untuk 5 tahun akan datang akan ada pembangunan dan kepesatan yang berlaku disini". Buktinya pada tahun ke-3 ambo kenali kawasan ini sudah ada usaha-usaha pembersihan kedai-kedai yang tidak mengikut spesifikasi prinsip pembangunan bandar biasanya pihak kerajaan tempatan yang akan uruskan telah dilakukan.

Pada bulan Disember 2013 lepas, lot-lot kedai di Pasar Chiku sudah dimiliki sepenuhnya walaupun masih tidak menjalankan perniagaan secara maksima. Hajat ambo untuk memiliki beberapa lot sudah tidak kesampaian atas dasar milik isteri ambo sbg warga tempatan. Walaupun demikian, dengan ilmu pembandaran yang ada, dengan rasa rendah diri ambo akan libatkan dengan Pihak Kerajaan Tempatan untuk memberikan idea demi pembangunan kawasan ini. In shaa Allah.

Tempias kewujudan Bandar Chiku
Tempias kewujudan Bandar Chiku  
Bandar Chiku kini pesat membangun dengan pembinaan bangunan kedai yang tersusun untuk faedah peneroka Felda di kawasan berkenaan. 
 
GUA MUSANG - Peneroka di Tanah Rancangan Felda Chiku 3, dekat sini, bersyukur apabila diwujudkan sebuah bandar baharu dikenali sebagai Bandar Chiku sejak beberapa tahun lalu hingga keadaannya berubah dan jauh lebih maju berbanding sebelum ini.

Pembukaan bandar baharu itu juga membuka peluang kepada penduduk menjana pendapatan dengan membuka perniagaan.

Terletak di tengah perjalanan dari Gua Musang ke Kuala Krai dan lokasinya juga strategik, antara faktor lebih banyak projek pembangunan akan dilaksanakan kerajaan dan juga pengurusan Felda peringkat Pusat.

Tinjauan Sinar Harian mendapati, suasana Bandar Chiku kini jauh berubah dan sentiasa sibuk serta menjadi tumpuan terutama jika terdapat pasar sehari.

 Seorang peneroka, Zulkifli Yaacob, 58, berkata, dahulu peneroka terpaksa ke bandar Gua Musang, hampir 50 kilometer dari rumah semata-mata untuk membeli pelbagai barang keperluan.

 Namun katanya, selepas Bandar Chiku diwujudkan, ia memudahkan peneroka untuk mendapatkan barangan keperluan tanpa perlu lagi ke bandar Gua Musang.

"Pelbagai kemudahan disediakan di Bandar Chiku, sekali gus menjadi platform kepada peneroka menceburi dunia perniagaan, tidak lagi bergantung sepenuhnya kepada hasil ladang untuk menambahkan pendapatan keluarga.

 “Kami amat gembira dengan usaha kerajaan dan Felda yang memberi tumpuan ke arah membangunkan Bandar Chiku supaya lebih pesat lagi," katanya.

Seorang lagi peneroka, Alwi Yusoff, 57, berkata, ada juga orang luar yang mengambil peluang berniaga di Bandar Chiku dengan membuka perniagaan pada skala lebih besar.

"Memang banyak perubahan yang boleh dilihat. Dahulu kebanyakan peneroka yang berniaga di Bandar Chiku hanya membuka gerai kecil tetapi kini seiring dengan kemajuan yang ada, mereka sudah mampu membina bangunan kedai sendiri, sekali gus membesarkan perniagaan sedia ada.

“Kita sama-sama bersyukur dengan kewujudan Bandar Chiku yang memberi faedah, bukan sahaja kepada peneroka tetapi juga kepada generasi kedua Felda yang mempunyai minat dalam perniagaan,” katanya.

PANAS ! KERANA PRINSIP TAN SRI SERAH TIGA PINGAT DARJAH KEBESARAN...

KERANA PENULISAN BELIAU ATAS TAJUK "MENUNTUT HAK, MENEBUS MASA SILAM" .. AHLI KOPERAT TERKENAL TELAH MENYERAHKAN KEMBALI 3 DARJAH KEBESARAN NEGERI JOHOR KEPADA ISTANA!!!!


Bekas Presiden Johor Corp (JCorp), Tan Sri Muhammad Ali Hashim mengesahkan telah mengembalikan tiga darjah kebesaran negeri Johor, semalam.

Menurutnya, tindakan itu diambil ekoran tidak dapat menerima tuduhan yang dibuat oleh Setiausaha Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli, 5 Disember lalu.

Sebelum ini, Abdul Rahim mendakwa artikel Menuntut Hak, Menebus Masa Silam tulisan Muhammad Ali yang disiarkan Sinar Harian, dikhuatiri boleh menimbulkan persepsi negatif terhadap institusi diraja negeri Johor.

"Saya sangat memandang berat dan serius tuduhan terhadap diri saya yang mencemar nama baik dan reputasi saya. "Saya mengesahkan bahawa saya telah mengembalikan semua darjah terbabit pada 27 Disember 2013 (semalam)," katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.

Darjah terbabit adalah Darjah Dato' Seri Paduka Mahkota Johor (SPMJ), Darjah Dato' Paduka Mahkota Johor (DPMJ) dan Setia Mahkota Johor (SMJ).

Menerusi surat bertarikh 18 Disember lalu kepada Abdul Rahim, Muhammad Ali yang juga Presiden Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM) telah memberi penjelasan mengenai penulisan artikel itu.

"Saya telah memberi penjelasan mengenai penulisan artikel terbabit, juga dengan tegas menolak dakwaan atau tanggapan bahawa sajak itu mengandungi apa-apa motif seperti yang digambarkan.

"Melalui kenyataan media ini, saya minta masyarakat umum khasnya rakyat negeri Johor membaca artikel itu dan menilai sendiri sama ada penulisan itu mengandungi unsur menderhaka kepada raja atau tindakan tidak bertanggungjawab atau bertentangan dengan Rukun Negara," katanya.

Beliau memuatkan sajak tulisan anak bongsunya, allahyarham Khaled Ali yang antara lain menyebut 'Sultan yang adil adalah Sultan yang wajib disembah, Sultan yang zalim adalah Sultan yang wajib disanggah'.

Diperturunkan semula artikel berkenaan demi kebenaran, keadilan dan pencerahan.

KETIKA artikel minggu lalu di bawah tajuk “Naungan khalifah, sultan dan imam” diterbitkan pada Isnin 25 November lalu, saya dan isteri telah pun kehilangan Khaled bin Muhammad Ali, anak bongsu kami.

Beliau kembali ke rahmatullah sebelum subuh 23 November, pada umur 20 tahun. Innalillahi wainna ialaihi rajiuun.

Doa saya, ibunya, kakak dan abang-abangnya serta seluruh keluarga: Semoga kematian Khaled diampuni ALLAH Subhanahu Wa Taala. Semoga roh Khaled diletakkan dalam kalangan orang soleh, siddiqin dan syuhada, amiin ya Rabbul alamin.

Buat Khaled: Sebanyak mana sekali pun air mata mengalir, ia tidak akan selama-lamanya mengeringkan, malah tidak setitis pun mengurangkan lautan sedih dan pilu serta cinta rindu kasih sayang di lubuk kalbu ayah dan mama.

Juga, jelas terbukti, kasih sayang dan keprihatinan yang ayah dan mama berikan rupa-rupanya tidak dapat mengisi semua kekosongan dan tidak sampai kepada apa yang Khaled berhak mendapatkan.

Semoga ALLAH SWT mengampuni ayah dan mama atas segala kelemahan, kekurangan, kealpaan, ketidakpekaan dan ketidakprihatinan.

Tiada kata yang dapat saya lafazkan untuk menzahirkan rasa hati, bukan sahaja bagi pihak diri saya sebagai ayah, juga bagi pihak semua yang mengasihi dan mengenali beliau. Biarlah Khaled sendiri yang melahirkan rasa hatinya menerusi kolum Khalifah Bisnes kali ini.

Justeru, berikut saya paparkan sajak beliau tanpa disentuh atau diperbetul sekalipun terdapat kesilapan ejaan dan istilah. Sajak ini terletak paling atas daripada sepuluh sajak beliau tulis yang saya dapati daripada laptop beliau.
Beliau tidak berikan sebarang tajuk kepada sajak ke sepuluhnya ini, seolah-olah penulisannya belum lagi berakhir dan menanti diteruskan.

Jika saya diizinkan memilih tajuk untuknya, mungkin paling sesuai ialah petikan daripada salah satu ungkapan di dalamnya: “Menuntut hak dan menebus masa silam”

....this heart aches at your very thought,
it grows heavier as my memories taunt me,
I can hold back these tears no longer,
many years have passed and I am now a man,
yet I still yearn for you, and that old house on the hill.
rindu dalam hatiku seperti ombak yang memukul pantai,
tidak akan henti sehingga akhir zaman,
sehingga daku dapat kembali ke
tanah asal, jiwaku akan bergelora ingin
kembali, walaupun ke tujuh
lautan ku merantau, Tanjung Puteri
tetap akan di kalbu.
you are the eternal jewel of the south,
the cradle of our civilisation, the custodian of our people,
a sanctuary of hope, an abode of dignity,
they basked in the light of your imperial glory,
and trembled at the might of your warriors.
hari berganti hari tahun berganti tahun,
namun malamku masih menjadi medan air mata,
jangan berani kau persoal cintaku, takkan dapat kau bayang rinduku,
anggaplah pantun ini sebagai janji,
akan datang suatu masa yang akan ku kembali,
menuntut hak dan menebus masa silam.
their blood coarses through my veins, their prayers guide my heart,
this bloodline is an oath of duty, a life of service,
sultan yang adil adalah sultan yang wajar disembah,
sultan yang zalim adalah sultan yang wajib disanggah...

Tan Sri Muhammad Ali Hashim
Presiden, Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM)
ali.bizjihad@yahoo.com
29 November. 2013
 

Tahun 2013 penuh dengan tragedi.

10 kes jenayah, tragedi dan bencana di Malaysia


 
KUALA LUMPUR: Tahun 2013 yang bakal dilabuhkan tirainya telah mencatatkan 1001 peristiwa, targedi dan juga bencana yang bakal dijadikan renungan untuk kita bersama.

Berikut adalah 10 kes jenayah, tragedi dan bencana yang berlaku di negara ini pada tahun ini.

16 JANUARI


William Yau
MISTERI: Kehilangan dan kematian William Yau masih diselubungi misteri.

Seorang kanak-kanak lelaki, William Yau Zhen Zhong, 6, telah didapati hilang setelah keluar dari kenderaan untuk mencari ibu bapanya ketika singgah di kedai elektronik di Jalan Putra Mahkota, Putra Heights.


Namun begitu, mayatnya ditemui terapung di Sungai Sireh, Pelabuhan Klang, 30 kilometer dari tempat dia hilang, lapan hari kemudian pada 24 Januari.



11 FEBRUARI

Lahad Datu
GUGUR: Jenazah perwira negara dari pasukan komando polis VAT 69 selamat tiba di Kuala Lumur setelah terkorban mempertahankan tanah air di Lahad Datu. - (Sumber: PDRM)

Lebih dari dua ratus orang lengkap beruniform ala-tentera dan bersenjata dipercayai sebagai Tentera Kesultanan Sulu dari Filipina telah mendarat dan berkumpul di Kampung Tanduo, Lahad Datu Sabah.
 

Hampir sebulan rundingan dan amaran diarahkan kepada kumpulan tersebut untuk meninggalkan kampung tersebut, namun tidak diendahkan dan kemuncak peristiwa apabila lapan anggota polis termasuk dua komado polis VAT 69 dan seorang anggota tentera telah terkorban apabila ditembak oleh pengganas tersebut.
 
Pasukan keselamatan kemudian bertindak melancarkan gerakan besar-besaran bagi menghapuskan pengganas Sulu melalui Ops Daulat dan krisisi tersebut berjaya diselesaikan sepenuhnya sekitar 29 Jun.



27 JULAI
 

 
Pengerusi badan pemantau jenayah, Pengerusi badan pemantau jenayah, Mywatch Sri Sanjeevan Ramakrishan ditembak dua lelaki di Bahau, Negeri Sembilan ketika sedang memandu kereta jenis BMW berwarna kelabu.
 
Sanjeevan mula dikenali apabila menerima ancaman bunuh pada Januari tahun ini selepas memberi maklumat kepada polis mengenai kegiatan premis perjudian haram di Simpang Pertang, Negeri Sembilan.



29 JULAI
 
Hussain Ahmad Najadi
TANGKAP: Suspek, Koong Swee Kyan kini ditahan dan dihadapkan ke mahkamah. (BERNAMA)

Pengasas Kumpulan Perbankan Arab Malaysian (Ambank) Hussain Ahmad Najadi, 75 mati manakala isterinya Chong Mei Kuen, 49 cedera apabila ditembak dari jarak dekat di parkir kereta sebuah tokong Cina di Jalan Ceylon, Kuala Lumpur oleh seorang lelaki.
 
Suspek utama kes tersebut, Koong Swee Kyan, 44, berjaya diberkas polis pada 23 September di sebuah rumah di Taiping dan dihadapkan ke mahkamah untuk dituduh atas pertuduhan membunuh.



21 OGOS
 
Genting bus crash
HANCUR: 37 penumpang maut apabila bas ulang alik Kuala Lumpur-genting Highlands hilang kawalan sebelum terhumban ke dalam gaung. (BERNAMA)

37 orang maut manakala 16 orang cedera parah apabila sebuah bas ulang alik terhumban ke dalam gaung di KM3.6 Jalan Genting Highlands-Karak ketika dalam perjalanan menuju ke Kuala Lumpur.
 

Laporan siasatan nahas kemudiannya mendapati antara punca bas tersebut terhumban adalah kerana dipandu melebihi 50km/j ketika menuruni bukit.



11 OKTOBER
 
Plane crash in Kudat
REMPUH: Pesawat MASwings yang sedang bersedia untuk mendarat di Lapangan Terbang Kudat tersasar dan menghentam sebuah rumah. (BERNAMA)

Seorang pembantu juruterbang dan seorang penumpanh adalah antara yang maut apabila sebuah pesawat MASwings dari Kota Kinabalu ke Kudat terhempas dan menghentam sebuah rumah berhampiran Lapangan Terbang Kudat.

 

Nahas dikatakan berpunca dari cuaca buruk dan angin kencang yang dikatakan telah menolak pesawat tersebut tersasar dari landasan.



23 OKTOBER
 
AmBank murder
KEJAM: Suspek pembunuhan pegawai bank Ambank, Laode Ardina Laude Rasila dikawal rapi oleh anggota skuad elit polis selepas dia berjaya diberkas di Kampung Belungkor, kota Tinggi dalam cubaannya untuk melarikan diri dari negara ini. (BERNAMA)

Seorang pegawai bank AmBank, Norazita Abu Talib, 37, dibunuh dengan kejam apabila ditembak dari jarak dekat menggunakan senjata ‘pump gun’ oleh seorang pengawal keselamatan bank yang merompak AmBank Subang Sental di USJ Subang.
 
Namun, pada 10 November, suspek utama kes tersebut, Laode Ardina Laude Rasila, seorang warga Indonesia berjaya ditahan di Kampung Belungkor, Kota Tinggi Johor dalam cubaannya untuk melarikan diri dari negara ini.



23 OKTOBER
 
Cameron Highlands mud flood
MELIMPAH: Pelepasan air dari Empangan Sultan Abu Bakar di Ringlet, Cameron Highlands telah menyebabkan air Sungai Bertam melimpah dan menyebabkan banjir lumpur.

Tiga maut dan seorang lagi hilang apabila air Sungai Bertam melimpah ekoran pelepasan air Empangan Sultan Abu Bakar di Ringlet.
 

Air yang terlalu banyak itu kemudian melimpah dan mengalir sambil membawa limpahan lumpur ke kawasan-kawasan kampung yang terletak di tepian sungai tersebut.



8 NOVEMBER
 
 
Freddie Joseph kidnapping
SELAMAT: Seorang kanak-kanak lelaki warga Britain, 20 bulan, Freddie Joseph telah diculik di rumahnya di Jalan Terasek, Bangsar oleh dua individu – seorang lelaki dan perempuan dipercayai warga asing.
 
Kejadian berlaku apabila ibunya Sarah Joseph, 38, masuk sebentar ke dalam rumah selepas memberi anaknya makan di halaman rumah, sebelum beliau terdengar bunyi bising di luar rumahnya.

Freddie kemudiannya ditemui pada 9 November di Taman Tasik Titiwangsa dipercayai ditinggalkan oleh penculiknya itu dan polis kemudiannya menahan dua individu dimana seorangnya adalah bekas pembantu rumah Sarah Joseph.



10 NOVEMBER
 
Tuhan Harun
SESAT: Ketua ajaran 'Tuhan Harun', Harun Mat Saad (berkerusi roda) ditahan bagi membantu siasatan kes pembunuhan Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasa JAIP, Ahmad Rafli Abdul Malek. (BERNAMA)

Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Ahmad Rafli Abdul Malek ditembak tiga das dari jarak dekat oleh tiga lelaki dipercayai pengikut ajaran ‘Tuhan Harun’ di rumahnya di Indera Mahkota, Kuantan.
 

Sehubungan itu, pada November 21, Ketua ajaran ‘Tuhan Harun’ Harun Mat Saad, 47 diberkas polis di Tangkak dan dalam masa yang sama suspek kes tembak Ahmad Rafli turut ditahan bersama-sama 13 lagi pengikut ajaran itu di beberapa lokasi yang berbeza diseluruh Malaysia.

Sepucuk pistol yang digunakan dalam pembunuhan tersebut turut ditemui.

Berita mula diterbitkan pada: Disember 28, 2013 10:49 (MYT)
Tag: kemalangan, nahas, tembak, bunuh, 2013

23 December 2013

TRAVELOG PERCUTIAN KAMI DI BEBERAPA NEGERI.

Assalamualaikum wbt. Selamat Bercuti.
Sebagai penjawat awam, adalah perlu bagi kami merelease tention dengan bercuti. Maklumlah kerja bertimbun di sekolah, cuti panjang macam ni lah dapat bercuti sepuas-puasnya bersama isteri tersayang. Lagipun, selepas kami disatukan pada tahun 2012 tidak pernah bercuti yg benar-benar cuti. Adalah honeymoon tu, tp nak kata relaxs xjugak sbb terkejar-kejar nk g banyak tempat terutamanya dirumah saudara-mara. Maka, pada tahun 2013 sempena cuti akhir tahun persekolahan kami bersepakat nak pergi jalan-jalan makan angin di tempat-tempat menarik. Pada cuti kali ni banyak jugak tempat-tempat menarik kami selama seminggu travel adventure. Dalam pada bercuti, saya lebih suka memandu sendiri ke tempat yang dikunjungi. Setengah orang suka pergi dengan bas, flight dan sebagainya. Tapi bagi saya, saya suka pergi dengan private car. Dengan cara ini, akan rasa lebih kelainan dalam melakukan aktiviti percutian. Dengan sebab itu, saya gunakan istilah travel adventure.

Bermula pada 30hb November 2013, kami bersiap siaga ke destinasi yang dirancang dalam travelog kami. Dengan menaiki Toyota Vios 1.5, kami memulakan perjalanan ini dengan harapan mendapat keberkatan daripadanya. Setiap pekerjaan kami memohon keberkatan dan jadikan percutian ini dapat memberikan manfaat kepada kami. Niat tu penting beb! Lepas tu, adalah penting bagi kita niatkan untuk mengembara dengan menikmati keindahan alam ciptaan Allah swt supaya percutian kita beroleh pahala.

Pada 30.11.2013 kami bertolak dari Batu Pahat menuju ke Kuala Lumpur. Nak jumpa kawan-kawan zaman sekolah menengah di Kedai Air Buah Gelas Besar, Kuala Lumpur. Pergghh, lama xjumpa kawan-kawan lama ni best jugak bercerita zaman sekolah dulu. Ala-ala reunion la katakan. Tapi saya memang suka berjumpa kawan-kawan sambil2 bercuti tu. Mana-mana kawan saya yang ada ditempat saya kunjungi In Shaa Allah akan kami jumpa.


Haha....ni la Toyota Vios ambe. Jimat minyak walaupun travel jauh sekalipun. Tapi kalau korang xde Vios pun tetap boleh travel jer. Ni kawasan Masjid Khalid Al- Walid di Kuala Lumpur. Setiap kali travel saya suka singgah ke masjid walaupun untuk berehat. Itu cara saya sukakan masjid yang penuh seni dan nostaligia bila ingat balik. Lagipun kalau niat I'ktikaf masjid dapat pahala free bos! Sebab tu lah kena singgah di masjid kalau travel guna private car. Boleh singgah ke mana saja yang kita nak. Bestttttttttttt woooo..... 

























Masjid Khalid Al-Walid, Kuala Lumpur.

CARA MUDAH CEK SAMAN.

Di sini abeja mempermudahkan untuk anda mengupdate saman yang pernah dikenakan tapi tak bayar lagi, seterusnya dah tak ingat berapakah jumlah saman trafik yang belum bayar. Dengan cara ini, kita dapat mengetahui jumlah saman yang dikenakan dengan hanya menggunakan telefon bimbit. Caj dikenakan berdasarkan syarikat telco masing-masing.

Sekian, Terima Kasih.
Paduka Abeja.
Penyampai Ilmu.


30 November 2013

HARI INI BARU BOLEH BERCUTI

Setelah lama cuti sekolah bermula iaitu 16 November 2013, hari ni barulah saya dan isteri dapat bercuti ke beberapa tempat (yang akan saya post nanti) di dalam negara dan negara-negara jiran yang berdekatan itupun kalau takde apa2 masalah dengan imigresen la.




Sebenarnya, bercuti sekarang sudah menjadi keperluan bagi rakyat Malaysia. Ini adalah teras peningkatan kualiti hidup rakyatnya dan juga tekanan kerja yang banyak menjadikan cuti adalah satu kewajipan bagi mereka yang berkerjaya.





Apa-apa pun saya mengucapkan "Selamat Bercuti". Pastikan "niat" untuk bercuti itu adalah sejajar dengan kehendak agama, barulah dapat pahala ibadat. Niatlah kerana nak pergi mengembara menikmati keindahan ciptaan Ilahi dan bersyukur atas nikmat yang telah Allah swt berikan pada kita. Maka, percutian yang dilakukan adalah diberkati olehNya. amiin.


29 November 2013

CIKGU ABDUL JABBAR BIN MOHAMMED


Didik mencintai alam sekitar

Alam sekitar adalah sinonim dgn Geografi. Alam sekitar yg sihat adalah hasil daripada tindakan manusia yg peka terhadap persekitaran. Maka, adalah penting mata pelajaran Geografi ini diteruskan di sekolah sbg mata pelajaran yg penting kepada pelajar. Justeru, dapat melahirkan generasi yg mementingkan persekitaran yg bersih serta menjaga hubungan manusia dgn alam sekitar supaya manusia dpt menjalankan aktiviti harian dgn baik.

CERAMAH USTAZ DON DANIAL


Dengarkanlah wahai anak-anak sekalian. Saya pasrah, kedua ibu bapa saya telah pergi meninggalkan kami semua tanpa saya sempat menyembahyangkan jenazahnya kerana saya belum akhir baligh ketika itu. Namun, aku berharap menjadi anak yang soleh untuk kedua mereka yang dapat mengirimkan pahala berterusan untuk ibu dan ayahku. Semoga bahagia di sana ibuku, ayahku.

KAJI MASALAH PERTUKARAN GURU


NORHASPIDA YATIM
Kaji masalah pertukaran guru 
  • Idris (kanan) ketika menghadiri sesi taklimat mengenai petunjuk prestasi dan pencapaian Unisza di Dewan Senat, Bangunan Pentadbiran Unisza, kampus Gong Badak, semalam.
KUALA TERENGGANU – Kementerian Pendidikan (KPM) memandang serius masalah pertukaran guru terutama melibatkan guru yang layak dan terlalu lama memohon serta akan mengkaji cara terbaik bagi menangani masalah itu.

Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, masalah permohonan terlalu lama dan masih belum diterima adalah masalah besar dihadapi kebanyakan guru.

“Isu mengenai pertukaran guru dilihat dalam konteks lebih besar. Antara negeri paling ketara berhadapan masalah ini ialah Kelantan, memandangkan bilangan guru lahir di Kelantan antara paling ramai,” katanya ketika lawatan ke Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza), kelmarin.

Menurutnya, kementerian tidak bermaksud meminggirkan mereka yang memohon sebaliknya, tiada kekosongan menjadi punca masalah itu.

“Di Kelantan jawatan guru perlu diisi di situ adalah 28,048 guru, bilangan guru lahir di Kelantan pula seramai 57,740 dan bilangan guru memohon balik kampung seramai 2,483, sedangkan kekosongan 179.

“Dalam hal ini, kerajaan tidak boleh meletakkan guru tanpa mengikut keperluan dan kekosongan. Di Terengganu permohonan guru mahu pulang ialah 1,267 tetapi kekosongan ada 139, bermakna permohonan seramai 1,100 guru tidak dapat dilayan,” katanya.

Selain itu, katanya, di Kedah terdapat 1,523 permohonan guru ditukarkan di situ tetapi kekosongan cuma 274 dan bermakna, 1,200 guru tidak akan mendapat tempat.

“Tempat dan kekosong terhad dan bilangan guru mahu balik ramai. Jadi, masalah ini tidak boleh diselesaikan dalam masa singkat. Sebab itu saya ingatkan pengambilan guru adalah mengikut keperluan negeri masing-masing.

“Kekurangan guru Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik juga faktor guru-guru ini tidak dapat balik, malah menjadi punca kepada jarak jauh antara pasangan guru yang berumah tangga,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya akan teliti sekiranya berlaku keciciran dalam setiap permohonan.

“Kita akan berusaha tangani masalah ini dengan sebaik- baiknya," katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai gaji guru lepasan ijazah pertama yang didakwa lebih tinggi berbanding pensyarah yang mempunyai pengalaman, beliau berkata, perkara itu mungkin jarang berlaku disebabkan guru berpengalaman layak mendapat gaji lebih tinggi berbanding pensyarah baru.

“Kalau guru dah lama berkhidmat, dah 30 tahun, mereka lebih layak dapat gaji lebih tinggi berbanding pensyarah baru.

"Tetapi jika sebaliknya, kita akan lihat balik perkara ini. “Kementerian peka sebarang perkara dan kita akan kaji serta pastikan semuanya akan diselaraskan. Ini adalah pandangan yang harus dilihat secara menyeluruh. Sebarang isu berbangkit, boleh dilihat secara menyeluruh,” katanya.

Nuzul Quran diumum hari kelepasan untuk Wilayah Persekutuan mulai 2014

Nuzul Quran diumum hari kelepasan untuk Wilayah Persekutuan mulai 2014 
 
KUALA LUMPUR: Kerajaan Persekutuan bersetuju untuk mengisytiharkan Hari Nuzul al-Quran sebagai hari kelepasan am bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan bermula tahun depan.

Jabatan Perdana Menteri dalam satu kenyataan hari ini mengumumkan hari kelepasan am tersebut telah pun diwartakan mengikut Seksyen 8 Akta Hari Kelepasan Am 1951 (Akta 369).

Selain itu, kerajaan turut menetapkan satu hari kelepasan am tambahan bagi ketiga-tiga Wilayah Persekutuan tersebut pada 3 Feb 2014, iaitu pada hari Isnin, berikutan pertindihan cuti Hari Wilayah Persekutuan dengan hari kedua Tahun Baru Cina yang jatuh pada pada hari Sabtu, 1 Feb, 2014.

Menurut kenyataan itu, pengisytiharan cuti am tambahan bagi Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan adalah berdasarkan Seksyen 9(2) akta yang sama.

"Pengumuman ini diharapkan membolehkan orang ramai membuat perancangan awal," menurut kenyataan itu.

Berita mula diterbitkan pada: November 29, 2013 06:36 (MYT)
Tag: Nuzul Quran, cuti umum

PERINGATAN UNTUK SEMUA


Solat adalah tiang agama. Sebagai Muslim, hendaklah kita menunaikan perintah Allah swt supaya mendirikan solat dan disyariatkan hanya 5 waktu sahaja wajib dilakukan oleh ummat Nabi Muhammad saw. Beruntunglah kita menjadi ummat Nabi Muhammad saw, namun keberuntungan ini haruslah mengikut apa yang diajarkan oleh baginda sebagai tanda kita SAYANG pada Nabi kita.


Ilmu adalah cahaya bagi kehidupan. Sesiapa yang inginkan dunia, hendaklah dia berilmu. Sesiapa yang inginkan akhirat hendaklah dia berilmu. Sesiapa yang inginkan kedua-duanya adalah hendaklah dia berilmu. Ada ilmu semua settle.


Peringatan untuk kaum wanita supaya menutupi auratnya dengan sempurna. Mereka rata-ratanya sudah mengetahui (ada ilmu) batas-batas auratnya, namun masih lagi tidak menutupi auratnya. Ya Allah, Engkau bantulah hamba-hambaMu supaya menutupi aurat dengan sempurna. Aku bimbang mereka akan dihumbankan ke Neraka Jahannam akibat tidak menutupi aurat dengan sempurna.

28 November 2013

AIR MATA CIKGU DI PEDALAMAN

Ikuti Drama Cikgu Limau Kasturi yang memaparkan pengorbanan sebagai pendidik di pedalaman. Limau Kasturi merupakan kawasan pedalaman yang terletak di hulu Kelantan. Air mata akan mengalir sekiranya kita sebagai "pendidik" menjiwai semangat pengorbanan Cikgu Harun. Drama-drama seperti ini mampu memberikan sentuhan jiwa kita sebagai warga pendidik.

Selepas menonton drama ini, saya nekad untuk ke kawasan ini (Limau Kasturi) untuk menziarahi penduduk di kampung ini seterusnya melahirkan semangat kecintaan saya kepada dunia pendidikan walaupun terlalu banyak cabarannya. Kebetulannya isteri saya tinggal di Gua Musang (Felda Chiku) yang kebetulan dalam jajahan yang sama.

Diharapkan sharing saya ini dapat memberi manfaat kepada follower blog saya yang memang diwujudkan untuk memberikan manfaat kepada orang lain ( pembaca).

Idris Jusoh: Pertukaran guru ikut keperluan negeri

Idris Jusoh: Pertukaran guru ikut keperluan negeri
KUALA TERENGGANU: Kementerian Pendidikan akan memastikan pengambilan guru dibuat mengikut keperluan negeri bagi mengurangkan masalah guru yang ingin bertukar ke sekolah di negeri tempat mereka berasal.

Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh berkata ketika ini terdapat terlalu ramai guru yang memohon untuk bertukar ke negeri masing-masing sedangkan tempat adalah terhad.

"Sebagai contoh bilangan guru yang lahir di Kelantan seramai 57,740 dan yang sedang berkhidmat di negeri itu berjumlah 28,048 orang. Ini bermakna lebih 30,000 guru dari negeri itu sedang bertugas di negeri lain dan yang ingin balik ke Kelantan adalah seramai 2,483, sedangkan kekosongan yang ada cuma 1,079 sahaja.

"Begitu juga yang ingin pulang ke Terengganu berjumlah 1,267, manakala kekosongan yang ada hanya 179 sahaja. Ini bermakna (permohonan) 1,100 guru lagi tidak dapat dilayan dan sudah pastinya mereka kurang seronok dengan keadaan itu," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita semasa melawat Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) di sini, ketika ditanya mengenai masalah pertukaran guru yang sukar diatasi sejak sekian lama. Turut hadir Naib Canselor UniSZA Prof Dr Yahaya Ibrahim.

Idris berkata guru berkenaan enggan bertukar ke negeri lain, sebaliknya tetap mahu balik mengajar di tanah kelahiran dan sudah pastinya masalah ini tidak boleh diselesaikan dalam masa yang singkat kerana ia melibatkan kekosongan yang ada di sesuatu kawasan itu.

Katanya keutamaan diberikan kepada suami atau isteri yang mengajar di negeri berlainan.

Mengenai dakwaan berlaku kebocoran kertas soalan peperiksaaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi mata pelajaran Matematik dan Matematik Tambahan, beliau berkata kementerian masih menyiasat perkara itu.

Mengenai UniSZA, Idris berkata universiti itu tidak mempunyai halangan untuk terus maju dan mencapai kedudukan antara 10 universiti terbaik di negara  ini berdasarkan perkembangan dan pencapaian semasa di peringkat tempatan mahupun antarabangsa.

"Dengan peningkatan dan penambahbaikan yang sedang berlaku di UniSZA ini, saya percaya dan tidak mustahil universiti ini akan menjadi salah sebuah universiti tempatan terbaik dalam tempoh 10 tahun lagi," katanya.

Katanya dalam jangka masa yang singkat, UniSZA menunjukkan perkembangan pesat dari segi pembangunan infrastruktur, bilangan pensyarah yang mempunyai ijazah doktor falsafah (PhD), penerbitan dan penyelidikan dan pembangunan.

Berita mula diterbitkan pada: November 28, 2013 07:00 (MYT)
Tag: Datuk Seri Idris Jusoh, pertukaran guru

KISAH CIKGU AYU MENGENAI PERTUKARANNYA

Kisah Cikgu Ayu

    DSC01804
Gambar Hiasan
FARITA Idayu Bt. Jusoh bukanlah pegawai besar. Dia hanyalah seorang guru. Guru yang baru lapan tahun berkhidmat mendidik anak watan kita.
Menjadi guru adalah cita-citanya dari kecil. Dia bukan seperti sesetengah guru, yang menjadikan kerjaya itu sekadar makan gaji.
Cikgu Idayu atau Cikgu Ayu mahu menjadi pendidik sejati. Mendidik anak-anak kita, terutamanya dari kampung pedalaman.
Selepas keluar dari kolej perguruan hatinya meronta-ronta mahu terus mengajar. Ke mana sahaja dihantar bukan halangan. Lagi pun itu telah menjadi perjanjiannya bahawa ke mana sahaja, waima ke pulau terpencil di Mabul, Sabah sekali pun dia sanggup tempuhi.
Oleh itu, Idayu sanggup meninggalkan kampung halaman di Terengganu dan dihantar mengajar di Sarawak. Pengkhususan beliau ialah subjek Fizik, Matematik dan Sains.
Guru muda itu gembira mengajar di situ. Semangatnya sentiasa berkobar-kobar mendidik anak bangsa.
Namun sebagai seorang insan, Cikgu Idayu pun mempunyai keinginan untuk berumah tangga. Jodohnya ditemukan dengan jejaka yang kebetulan berasal dari negerinya di Terengganu.
Setelah berkahwin Cikgu Idayu dipindahkan dari Sarawak ke Semenanjung, iaitu Johor.
Dia ditempatkan di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato? Syed Esa, Batu Pahat, Johor.
Suaminya pula bertugas sebagai Warder Penjara di Dungun. Sehingga kini mereka telah berkahwin selama lapan tahun.
Bagi pasangan itu, seorang tinggal di Dungun dan seorang tinggal di Batu Pahat bukan halangan untuk berkhidmat sebaik-baik mungkin kepada negara tercinta ini.
Sepanjang lapan tahun mereka tidak pernah tinggal sebumbung. Sama ada suami akan ke Batu Pahat atau sebaliknya si isteri akan ke Dungun. Walaupun kejauhan, tanggungjawab zahir dan batin diteruskan sama seperti pasangan suami isteri yang lain.
Namun, setelah beberapa tahun berulang-alik mereka merasakan ia bukanlah satu penyelesaian yang baik. Sebagai penjawat awam, Cikgu Idayu mempunyai hak memohon pertukaran untuk mengikuti suami.
Sudah tujuh tahun, sejak 2008 tanpa serik dia membuat permohonan melalui Jabatan Pelajaran Negeri dan di peringkat kementerian, namun semuanya gagal.
Setiap tahun, kementerian membuka permohonan sebanyak dua kali. Dan, sepanjang tempoh itu dia telah membuat permohonan berbelas-belas kali.
Cikgu Idayu reda dengan ketentuan Ilahi. Mungkin tiada rezeki lagi, fikirnya.
Di sepanjang proses permohonan itu, dia ada juga mendapatkan surat sokongan pelbagai pihak, juga gagal.
Pertengahan tahun ini apabila rayuan pertukaran dibuka, dia antara cikgu yang paling awal berkobar-kobar dan ghairah mengisi borang. Kakitangan jabatan pun sudah kenal dengan beliau.
Sambil jari jemarinya mengisi borang itu, mulut Cikgu Idayu tidak putus-putus memohon doa agar mudah-mudahan permohonannya diperkenankan dan dapat disatukan dengan suami tercinta.
Beberapa hari lalu keputusan diumumkan. Buat kesekian kalinya, selama tujuh tahun, permohonannya ditolak sekali lagi.
Permohonannya untuk bersatu di bawah satu bumbung dengan suaminya buat pertama kalinya, juga gagal.
Cikgu Idayu terus pasrah. Fikirannya cukup tertekan. Cita-cita masa kecilnya untuk menjadi guru kini sudah menjadi satu mimpi ngeri. Cikgu Idayu kini difahamkan, sedang menerima rawatan akibat tekanan.
Lebih tertekan, setelah tujuh tahun berkahwin, dia masih belum mendapat cahaya mata. ?Kerana itu saya mahu duduk berdekatan dengan suami saya…”
Sebagai penulis, saya tidak pasti di mana silapnya dalam kes Cikgu Idayu ini.
Terus terang saya katakan, saya tidak mengenali cikgu itu. Saya hanya menerima suratnya – mengadu kepada saya, setelah segala usahanya selama ini gagal. Mengadu kepada saya adalah jalan terakhir beliau.
Tulis beliau kepada saya: ?Keluarga kami sejak zaman nenek moyang 100 peratus menyokong, berjuang untuk UMNO. Saya minta tolong dengan menteri-menteri UMNO, takda satu tandatangan mereka yang laku… jalan akhir, nampaknya saya perlu berhenti kerja walaupun itu cita-cita saya sejak kecil mahu menjadi cikgu untuk bantu anak bangsa.”
Kisah Cikgu Idayu, saya anggap adalah satu daripada banyak lagi kes yang serupa.
Bagi saya dalam puluhan ribuan guru di seluruh negara, dan mobilisasi guru-guru baru setiap tahun, apakah sebenarnya masalah Cikgu Idayu ini? Terus terang saya katakan saya tidak faham dengan sistem proses pertukaran itu.
?Mereka memberi alasan pengkhususan saya sudah penuh di Terengganu,” katanya.
Jika satu, dua tahun mungkin kita boleh terima dia gagal, tetapi apabila ia sudah masuk tahun ketujuh, maka di mana pula silapnya? Di mana pertimbangan kemanusiaan pula?
Apakah semua pihak mahu melihat Cikgu Idayu, seorang guru Fizik dan Matematik ini melepaskan jawatannya?
Wahai Pengarah-pengarah Pendidikan Negeri-Negeri, Ketua Pengarah Pendidikan, Ketua Setiausaha Kementerian dan menteri-menteri serta timbalan-timbalannya, tolonglah teliti kes ini.
Saya berharap janganlah dihukum Cikgu Idayu gara-gara tulisan ini. Ambillah iktibar positif daripada tulisan ini untuk memperbaiki mana-mana sistem yang lemah.
Saya difahamkan Kementerian Pendidikan memang sedar mengenai sindrom suami-isteri berpisah ini. Harap-harap kes Cikgu Idayu ini boleh diselesaikan.
Jika ini pun susah hendak diselesaikan, apakah kita sudah bersedia untuk menjadi sebuah negara maju?

17 November 2013

RIDE FOR HEALTHY AND NATURE

  Aspek keselamatan perlu diutamakan bilamana anda ingin memulakan kayuhan.
Bersiap sedia untuk keluar rumah melaksanakan misi kayuh.

Glove juga harus dipakai sebelum kayuhan.
Posing dulu beb. Rider memang suka posing.
Bersemangat memulakan kayuhan.

Berehat seketika untuk menikmati "nature aura"

 Berhenti penat lelah di pondok Peserai, Batu Pahat.

Air yang terhidrasi perlu diganti balik dengan minum air kosong.
Kayuhan bermula setelah berhenti rehat.
Aku tidak akan dapat melelapkan mata sehingga aku telah membuat dua perkara iaitu:

1) Membaca.
2) Menulis.

Kedua-dua ini asas kepada ilmu. Tuntutlah ilmu serta sebarkan ilmu (beri peringatan) kepada yang lain. Itulah rahsianya.

PESANAN BUAT SUAMI ISTERI

10 Pesanan Buat Pengantin baru, Oleh Ustzh Siti Norbahyah Mahamood
pada 28hb Mei 2012 pukul 12.28 ptg

Nabi Muhammad saw bersabda, yang bermaksud wanita dikahwini berdasarkan 4 perkara.

1. Harta
2. Kecantikan
3. Keturunan
4. Agama

Rasulullah saw berpesan pilih yang beragama agar hidupmu akan selamat dan bahagia. Jika dipilih berdasarkan harta, ia akan habis, cantik akhirnya akan pudar ditelan waktu, & jika dipilih agama ianya akan kekal.

Bertanya kepada bapa Imam Malek oleh seorang hamba Allah," Wahai ayah Imam Malek, bagaimana kamu mendidik anak sehingga menjdi begitu baik?". Maka jawab si ayah itu, " Aku didik ibunya terlebih dahulu." Secara kesimpulannya, pilihlah isteri yang baik dan solehah agar dapat mendidik anak yang baik.

Siti Khadijah ra merupakan usahawan yang berjaya dan terkenal. Tetapi beliau berjaya mengenepikan sikap egonya dan tunduk sebagai isteri yang solehah kepada Nabi Muhammad saw. Begitu juga Siti Fatimah ra, puteri Nabi Muhammad saw yang berjaya dididik sehingga menjadi ratu syurga.

Nabi Muhammad saw pernah bersabda yang bermaksud, " Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah isteri ( wanita ) yang solehah".

Pesanan daripada Ummamah Binti haris kepada puterinya Ummu Ilias Binti Auf ketika berlangsung perkahwinannya dengan Amru Bin Hujrah. Ummamah masuk ke bilik anaknya dan berpesan," Anakku, jagalah baik-naik 10 perkara ini. kelak engkau akan memiliki perbendaharaan rumah tangga".



10 PERKARA ITU ADALAH:



1. Hormati suamimu dengan menggembirakan serta memberi kepuasan kepadanya. kebahagiaan dan kepuasan sebenarnya bertunjang di hati. Apabila hati seorang suami tidak tenteram apa yang dilakukan oleh isteri ada saja yang tidak kena. Manakala hati suami yang tenang apabila segala tindak tanduk si isteri menyenangkan, lalu ia akan mencetuskan kemesraan dalam rumahtangga.



Suami yang mendapat ketenangan di rumah akan muncul di tengah masayarakat sebagai orang yang ceria, aktif, & mudah bertolak ansur. Begitu juga dengan isteri yang mendapat ketenangan di rumah akan menjadi isteri yang ceria, penyayang & bahagia rumahtangganya. Pasangan dalam rumah tangga yang bahagia akan dapat melakukan ibadah dengan rasa khusyuk.



Diriwayatkan oleh Maisarah Bin Ali daripada Abu Sayid Bin al-Khudri, Nabi Muhammad saw bersabda," Sesungguhnya apabila seorang suami menatap isterinya & isterinya pula membalas pandangan dengan pandangan cinta dan kasih, lalu Allah swt menatap mereka dengan pandangan kasih mesra. Dan jika suami membelai isteri, lalu dosa mereka jatuh berguguran di celah-celah jari mereka.



Isteri hendaklah selalu menghadiahkan senyuman buat suami, begitu juga sebaliknya. Senyuman yang menawan dapat menambat hati pasangan. Apatah lagi ia dilakukan setiap kali suami pulang ke rumah. Senyuman dapat melegakan fikiran serabut suami setelah seharian bekerja di pejabat. Rasulullah saw bersabda yang bermaksud," Senyuman yang terukir di bibir sedikit sebanyak menghilangkan kekeruhan di dalam rumahtangga.



2. Turuti perintah suamimu dengan baik, kerana kewajipan utama bagi seorang isteri adalah taat kepada suami selagi ia tidak bertentangan dengan agama. Tidak rugi taat kepada suami kerana ganjarannya adalah syurga yang kekal abadi.



Nabi Muhammad saw bersabda,"apabila isteri mengerjakan solat lima waktu, berpuasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatan dan mentaati suami maka diucapkan kepadanya,"Masuklah kamu ke dalam syurga dari mana-mana pintu syurga yang dikehendaki.". ( Riwayat Ahmad at-Tabrani )



3. Awasilah sorotan kedua matanya jangan sampai suamimu melihat sesuatu pandangan buruk daripada pandanganmu. Maksudnya berhiaslah yang cantik-cantik untuk suami dan berikanlah senyuman padanya.



4. Awasilah hidungnya jangan sampai suamimu tercium bau kecuali bau yang paling sedap dan nyaman daripadamu.



5. Awasilah tidur suamimu dan jangan sampai terganggu kerana gangguan orang yang sedang tidur itu boleh membawa kemarahan. Sedangkan kemarahan itu adalah sifat syaitan. Jangan dibiarkan tidur suami terganggu dengan anak-anak yang membuat bising, membuka suara televiseyen atau radio dengan suara yang terlalu kuat. Kemarahan dan rasa tidak hormat ini dibimbangi jika ia berterusan boleh membawa kepada perceraian.



6. Awasilah suamimu waktu makannya. Jangan sampai dia lapar kerana gangguan lapar yang berturut-turut boleh menimbulkan kemarahan. Apabila suami pulang, sediakanlah makan dan minumnya. Temankan suami ketika di meja makan kerana perbuatan ini akan mendapat ganjaran besar daripada Allah swt.



Nabi Muhammad saw bersabda," Wahai Fatimah, kelebihan wanita yang mengeluarkan peluh kerana membasuh untuk suami dan anak-anaknya, Allah akan bina parit di antara dirinya dengan api neraka bagi menghalang api neraka itu. Dan jarak antara satu parit dengan parit yang lain adalah sejauh seperti langit dan bumi. Wahai Fatimah, bagi wanita yang mengalirkan air matanya kerana memotong atau menghiris bawang untuk di masak kepada ahli rumahnya, maka Allah swt mencatatkan pahala sebanyak yang diberikan kepadanya orang yang menangis takutkan Allah swt. " ( Riwayat Abu Hurairah )



7. Jagalah harta benda suami. Isteri harus bijak mengatur urusan rumahtangga. Nabi Muhammad saw berkata," Sebaik-baik wanita jika engkau pandang dia menyenangkanmu. Jika engkau perintah, dia mentaatimu. Jika engkau tinggalkan, dia akan jaga harta dan dirinya.



8. Jagalah anak-anak, keluarga dan pembantu rumah. Peliharalah anak-anak dengan baik kerana mereka adalah benteng daripada terkena api neraka.



9. Jangan menentang perintah suami kerana ia akan menyedihkan hati suami. Nabi Muhammad saw bersabda,"Sesiapa saja isteri yang derhaka terhadap suami dan menyakiti hatinya akan mendapat kutukan daripada Allah swt, para malaikat dan segenap manusia.



10. Jangan buka rahsia suamimu kerana jika engkau membuka rahsianya, engkau tidak akan selamat daripada pembalasan-Nya. Nabi Muhammad saw menjelaskan pengkhususan dan kesucian perkahwinan. Baginda mengharamkan kepada suami atau isteri menceritakan hal-hal yang terjadi terumata sekali perkara yang berkaitan dengan hubungan mesra suami isteri ini kerana ia merupakan akhlak yang paling buruk dan tercela. Oleh itu, peliharalah apa yang terjadi antara suami isteri dan ia harus di simpan dan dirahsiakan.

16 November 2013

Pembentukan Awan Hujan - Keajaiban Ilmiah Al Qur'an

                                         Pembentukan awan hujan. Keajaiban ilmiah al Qur'an.
 
Awan-awan kecil (kumulus) berarak menuju daerah pertemuan di dekat cakrawala, di mana kita bisa melihat sebuah awan cumulonimbus yang besar (Clouds and Storms, Ludlam, plate 7.4.)
                       Penumpukan awan hujan. Keajaiban ilmiah al Qur'an.
 
(A) Awan-awan kecil yang terpisah-pisah. (B) Ketika awan-awan kecil ini bergabung bersama, dorongan ke atas pada bagian tengah awan yang lebih besar semakin meningkat sehingga, awan ini tumbuh ke atas. Butiran air diberikan tanda bintik-bintik hitam. (The Atmosphere, Anthes and others, hal. 269.) 

            Terbentuknya hujan. Keajaiban ilmiah al Qur'an.
Awan cumulonimbus. Setelah ditumpuk ke atas, air hujan turun darinya.(Weather and Climate, Bodin, hal. 123.)
Para ilmuwan telah mempelajari berbagai jenis awan dan menyadari bahwa awan pembawa hujan terbentuk dengan sistem dan urutan tertentu. Bentuknya pun tertentu dan terkait dengan jenis angin dan tipe awan.
Salah satu awan pembawa hujan adalah awam CUMULONIMBUS. Ahli cuaca telah mempelajari pembentukan jenis awan ini dan bagaimana ia menghasilkan hujan, es, serta petir.
Mereka menemukan bahwa awan cumulonimbus melewati urutan berikut ini untuk menghasilkan hujan:
  • 1. Awan didorong oleh angin: Awan cumulonimbus mulai terbentuk ketika angin mendorong beberapa awan kecil (awan cumulus) ke daerah tempat berkumpulnya awan-awan ini.
  • 2. Penyatuan: Kemudian awan-awan kecil ini bergabung, menyatu dan membentuk awan yang lebih besar.
  • 3. Penumpukan: Ketika awan-awan kecil ini bersatu, dorongan ke atas pada bagian dalam awan yang semakin besar ini meningkat. Dorongan ke atas pada bagian tengah awan lebih kuat dibandingkan dengan pada bagian pinggir. Alhasil tubuh awan ini tumbuh semakin besar secara vertikal, sehingga seolah-olah awan ini ditumpuk-tumpuk. Pertumbuhan ke atas ini menjadikan tubuh awan mencapai daerah yang lebih dingin pada lapisan atmosfer atas. Di sanalah tetesan-tetesan air dan butiran es terbentuk dan mulai tumbuh semakin besar. Ketika butiran air dan es ini telah lebih besar dan berat dibandingkan dengan dorongan ke atas yang menyangga mereka, jatuhlah air dan es ini sebagai gerimis, hujan ataupun hujan es.

Rincian pembentukan awan di dalam Al Qur'an

Allah telah berfirman di dalam Al Qur'an:
أَلَمْ تَرَ أَنَّ اللَّهَ يُزْجِي سَحَابًا ثُمَّ يُؤَلِّفُ بَيْنَهُ ثُمَّ يَجْعَلُهُ رُكَامًا فَتَرَى الْوَدْقَ يَخْرُجُ مِنْ خِلَالِهِ
Tidaklah kamu melihat bahwa Allah mengarak awan, kemudian mengumpulkan antara (bagian-bagian)nya, kemudian menjadikannya bertindih-tindih, maka kelihatanlah olehmu hujan keluar dari celah-celahnya... [An Nuur(24): 43]
Para ahli cuaca mengetahui rincian pembentukan awan, strukturnya dan cara kerjanya setelah melalui berbagai macam penelitian, pengamatan menggunakan alat-alat canggih. Mereka baru bisa menceritakan proses tersebut dengan bantuan alat-alat moderen seperti pesawat, satelit, komputer, balon udara dan peralatan lainnya. Mereka harus mempelajari angin serta arah pergerakannya. Mereka harus mengukur kelembaban udara dan variasinya serta menentukan jenis dan keragaman tekanan udara.
Kelanjutan ayat di atas, setelah menyebutkan awan dan hujan, adalah membicarakan es dan petir:
... dan Allah (juga) menurunkan (butiran-butiran) es dari langit, (yaitu) dari (gumpalan-gumpalan awan seperti) gunung-gunung, maka ditimpakan-Nya (butiran-butiran) es itu kepada siapa yang dikehendaki-Nya dan dipalingkan-Nya dari siapa yang dikehendaki-Nya. Kilauan kilat awan itu hampir-hampir menghilangkan penglihatan. [An Nuur(24): 43]
Para ahli cuaca telah menemukan bahwa awan cumulonimbus yang menghasilkan hujan es ini dapat mencapai ketinggian hingga 7 sampai 9 kilometer. Dapat kita bayangkan bahwa awan ini memang ukurannya benar-benar seperti gunung sebagaimana yang disebutkan di dalam ayat Al Qur'an di atas: "... dan Allah (juga) menurunkan (butiran-butiran) es dari langit, (yaitu) dari (gumpalan-gumpalan awan seperti) gunung-gunung,...".

Proses terjadinya Kilat

Ayat di atas juga menghubungkan awan, es dan terjadinya petir atau kilat. Apakah es merupakan faktor penentu pembentukan kilat?
Mari kita kaji sebuah buku berjudul: Meteorology Today. Di sana diterangkan bahwa sebuah awan akan menjadi bermuatan listrik ketika bongkahan es jatuh melalui daerah di dalam awan yang berisi kristal es dan tetes air super-dingin. Ketika tetes-tetes air ini bertumbukan dengan bongkahan es, mereka langsung membeku dan melepaskan panas. Panas ini menjadikan permukaan bongkahan es lebih hangat dari kristal-kristal es di sekelilingnya. Ketika bongkahan es bertumbukan dengan kristal es, sebuah peristiwa penting terjadi: elektron mengalir dari benda yang lebih dingin ke benda yang lebih hangat. Karenanya, kini bongkahan es menjadi bermuatan negatif. Hal serupa juga terjadi saat tetesan air super-dingin bertumbukan dengan bongkahan es dan melontarkan butiran-butiran halus es bermuatan positif. Partikel-partikel yang lebih ringan dan bermuatan positif ini kemudian terangkat ke bagian atas dari awan. Sementara itu, bongkahan es yang kini bermuatan negatif jatuh turun dan berkumpul di bagian bawah awan. Karena itulah kini terjadi perbedaan muatan listrik antara bagian atas dan bawah awan. Muatan negatif ini kemudian dilepaskan dalam bentuk kilat atau petir.
Demikianlah, Allah telah menerangkan sebuah fakta ilmiah yang baru terungkap oleh ilmu pengetahuan moderen. Sebuah keajaiban ilmiah yang tidak mungkin diketahui rinciannya oleh orang-orang di jaman diturunkannya Al Qur'an.
Besarnya kejadian ciptaan Allah swt. Tapi manusia tetap menentang hukum Allah swt. Masha Allah.
Allahu Akbar!

MODEL-MODEL DALAM PENDIDIKAN GEOGRAFI

 Model Pembandaran
Model Petempatan

Model Gunung Berapi


Model Profil dan Pemandang Sungai

BUATMU SIFUKU - TN. HJ. SADLI BIN ABDULLAH

Beliau merupakan Guru Cemerlang Geografi yang menjadi rujukan saya. (1691) 11 MEI 2023 - BERITA WILAYAH - JASA GURU: LAHIRKAN GENERASI CEMER...