02 October 2015

ISU ALAM SEKITAR : Kemungkaran kita terhadap alam


OLEH : MOHD AZMI ABDUL HAMID
SEMEMANGNYA ALLAH menentukan berlakunya sesuatu musibah. Akan tetapi sebab-musabab daripada tingkah-laku kita, tidak mempedulikan kerosakan alam sekitar dan mengkhianati amanah ALLAH sebagai khalifah alam, juga perlu diberi perhatian.
Lihat bagaimana kita berlaku biadab atas nama pembangunan, merosakkan hutan, sungai, pantai, laut, bukit, gunung dan sejumlah flora serta fauna yang diamanahkan kepada kita. Pencemaran air dan udara, keracunan akibat penggunaan bahan kimia yang berleluasa dan penyebaran wabak penyakit. Semua natijah daripada kebiadaban kita 'memperkosa' alam tanpa batas.
Lantaran itu kita menerima akibat sehingga alam turut 'mengamuk'. Atas nama pembangunan yang kita laksanakan, kita telah mengetepikan sensitiviti bumi ini. Ekologi yang cukup seimbang telah kita rosakkan sehingga bencana alam semakin kerap dan merata. Insiden bencana yang semakin kerap seperti gempa bumi, ribut taufan, banjir besar, tanah runtuh, penghakisan pantai dan kemarau yang berpanjangan adalah petanda keseimbangan alam telah dirosakkan oleh tangan manusia sendiri.
Perhatikan bagaimana kita menggondolkan bukit kita di seluruh negara. Lihat bagaimana kita menebang hampir semua hutan sehingga sistem tadahan air kita musnah. Bukan sedikit kesan pembalakan rakus yang kita benarkan sehingga sanggup menipu diri dengan menggelar adanya pembalakan haram. Sedangkan balak yang dapat dilihat berlori-lori jelas di atas jalan raya tidak mungkin boleh dikata haram kerana ia bukan bergerak secara sembunyi seperti orang menyeludup dadah.
Kini kita semakin melenyapkan hutan tropika kita, bukan sekadar suatu khazanah yang tidak ternilai malah juga sebagai pengimbang alam untuk dunia. Kekayaan fauna dan flora yang tersimpan di dalamnya diiktiraf sebagai hutan yang mempunyai kepelbagaian spesies yang tertinggi di dunia. Kini kita menghadapi kepupusan pelbagai spesies. Persekitaran kita diporak-perandakan tanpa rasional atas nama mengejar gelaran negara maju.
Sungai yang menjadi sebahagian keperluan manusia telah kita tukar menjadi parit-parit besar. Sampah domestik dan sisa buangan industri dalam skala yang sangat besar disalirkan ke sungai sehingga kondisi sungai berada dalam keadaan parah. Sungai mula 'mengamuk' dengan melimpahkan airnya sehingga berlaku banjir besar yang memusnahkan harta-benda dan meragut nyawa, gara-gara kebiadaban kita merosakkan sistem sungai.
Demikian juga keghairahan kita mendirikan ratusan empangan kononnya untuk pembekalan air dan tenaga hidro, ternyata kesannya telah memusnahkan aliran air sungai yang alami. Kita menenggelamkan ribuan hektar tanah yang melibatkan ratusan perkampungan tradisional atas nama pembangunan menyebabkan puluhan ribu penduduk terpaksa dipindahkan. Bukan sahaja ia merosakkan mata pencarian penduduk desa, malah menimbulkan pelbagai kesan sosial kepada masyarakat yang menjadi mangsa kepada pembangunan.
Keghairahan kita menggali sumber bumi dan melombong apa sahaja yang ada dalam bumi, tidak diteliti kesannya kepada kestabilan permukaan bumi. Natijah jangka panjang tidak dipedulikan sama sekali. Eksploitasi terhadap apa sahaja yang ada di perut bumi jelas tidak terbatas.
Natijah yang kita terima akibat 'maksiat' ke atas alam adalah himpunan dosa yang nampaknya dibalas dengan pelbagai bencana alam yang semakin kerap dan kronik. Ribut taufan semakin kerap melanda, banjir berlaku pada kadar yang besar dan meluas, tanah runtuh yang terjadi di mana-mana dan hakisan pantai semakin berleluasa.
Kemungkaran kerana kerosakan moral yang dipamerkan oleh segelintir manusia tidak bertamadun di atas Gunung Kinabalu lalu sepatutnya dibanteras dan jangan dibenarkan berulang lagi. Konsep bumi dan alam yang ada nilai kudus tidak ada dalam kamus sistem hidup sekular dalam masyarakat Barat. Akan tetapi merosakkan alam dengan sengaja oleh tangan kita sendiri melalui polisi pembangunan yang kita biaya dan rancang sendiri, juga adalah kemungkaran yang perlu kita banteras.

kredit  http://abihulwa.blogspot.my/2015/09/isu-alam-sekitar-kemungkaran-kita.html

Travelog Seorang Pendidik di Tanjong Balai, Karimun, Indonesia.









Bendera Palestin Berkibar di Bangunan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) Buat Pertama Kalinya!

Alhamdulillah. Selamat Pagi.

Cikgu AJ nak ucapkan syukur kerana bendera Palestin telah dikibarkan buat pertama kalinya di Bangunan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu di New York pada 30 September 2015. Ini sedikit sebanyak merupakan satu kemenangan yang diperolehi oleh negara Palestin yang merupakan lambang perjuangan orang Islam di seluruh dunia. Sebab itu, kita sebagai muslim yang mukmin seharusnya menyokong dan mendokong negara Palestin biarpun kita tidak mampu untuk turut sama-sama berjihad menentang musuh agama zionis laknatullah. Sokongan kita ini sudah mampu memberikan semangat kepada pejuang-pejuang agama Islam yang mewakili kita di sana lebih-lebih lagi sekiranya kita wakafkan harta kita untuk menyumbang kepada para pejuang Palestin. Jadi, jangan kedekut ye untuk menginfakkan harta kita untuk kegunaan saudara kita di sana. Inilah bentuk bantuan yang kita mampu berikan kepada mereka, di samping itu jangan lupa titipkan doa kepada negara-negara yang diuji dengan peperangan misalnya Palestin, Syria, Iraq, Afganistan, Selatan Thai, Selatan Filipina dan sebagainya kerana mereka berjuang untuk agama Islam. Sama-samalah kita doakan mereka supaya Allah swt menerima doa kita serta usaha yang kita lakukan bimbang nanti kita akan dipersoalkan di akhirat nanti. Subhannallah.




Berbalik kepada pengibaran bendera Palestin tersebut, proses pungutan suara telah diersetujui oleh 119 buah negara makalah Amerika Syarikat dan Israel bersama-sama 8 buah negara tidak mempersetujuinya. Yang selebihnya adalah 45 buah negara yang "abstain" iaitu tidak menyuarakan pendirian. Abstain adalah tidak memberikan sebarang pendirian atau pendirian yang tidak valid ketika proses pemungutan suara di lakukan.

Walaupun bendera Palestin telah berkibar, warga Palestin berhak untuk dilayan oleh masyarakat dunia dan tidak perlu ada diskriminasi dan penindasan terhadap warga Palestin. Ini adalah tidak adil bagi rakyat Palestin apabila ada sesetengah negara di dunia telah melakukan diskriminasi terhadap hak-hak mereka. Apapun, Cikgu AJ doakan semoga warga Palestin menjadi bangsa yang kuat untuk menghadapi musuh Islam. Allahuakhbar!!!

01 October 2015

SEKOLAH KEMBALI DIBUKA SETELAH DICUTIKAN AKIBAT JEREBU

Seperti yang anda ketahui, pada hari Selasa 29.9. 2015 dan Rabu 30.9.2015 terdapat beberapa kawasan yang mengalami jerebu dan terpaksa dicutikan bagi membendung masalah jerebu yang sudah tentu akan menganggu kesihatan terutamanya murid-murid di sekolah. Maka, dua hari sekolah dicutikan yang memberikan keseronokkan kepada murid-murid. Cikgu AJ teringat semasa saya di sekolah pada hari Isnin 28.9.2015 lebih kurang jam 5.00 petang, Penolong Kanan Petang mengumumkan bahawa esoknya murid-murid dibenarkan bercuti atas arahan PPD dan JPN Johor punyalah meriah mereka bersorak kerana sekolah dicutikan. CAJ tidak pasti apakah bentuk keseronokan yang diterjemahkan oleh sesetengah murid di sekolah tempat CAJ berkhidmat. Apapun, syukurlah dan ucapan terima kasih kepada pihak tertentu yang peka dan prihatin akan masalah persekitaran yang melanda negara kita. Apapun setelah dua hari bercuti, CAJ harap murid-murid dapat meningkatkan mood belajar dan bersungguh-sungguh meneruskan aktiviti PdP yang tertangguh. Hari ini, dah masuk bulan Oktober hanya tinggal bulan November je lagi sesi persekolahan pada tahun ini. Apapun, seharusnya sedar akan kepentingan ilmu dan seterusnya mengamalkan ilmu yang dipelajari itu untuk kehidupan akan datang. Ayuh, teruskan bersemangat. Bagi para guru, teruskan bersemangat untuk mencurahkan ilmu kepada murid-murid kita.

PESANAN UNTUK ORANG-ORANG MUDA

Assalamualaikum wbt. Selamat Pagi Malaysia. Puji-pujian hanyalah untuk Allah swt yang memiliki kekuasaan di langit dan di bumi. Setiap pagi, seharusnya kita perlu mensyukuri nikmat yang Allah swt berikan. Di pagi hari ni Cikgu AJ bersyukur sangat2 kerana, Allah swt memberikan idea-idea untuk mengupdate blog ini. Alhamdulillah, itu rezeki juga cuma manusia ni kalau bukan duit mereka tak panggil rezeki. Itu mindset yang salah CAJ nak bagitahu supaya ubahlah mindset kita tu kalau nak kaya dan berjaya pun mindset dulu kena ubah. Jika anda menyempitkan rezeki Allah swt yang maha luas itu, maka boleh jadi anda juga menidakkan kemampuan Allah swt sebagai Ar Razzaq. Itu bahaya pada akidah kita. MashaAllah. Jauhilah perkara tersebut supaya akidah kita mantap barulah hidup ini bererti dan bertambah keimanan kepada Allah. Orang muda harus ubah mindset ini supaya akidah kita mantap dan berkesan untuk terus beribadat serta mengecapi keimanan kepada pencipta. Allahumma. Tu bab akidah dulu orang-orang muda harus jaga sangat. Orang muda mesti mengaji dan menuntut ilmu secara berguru supaya ibadat yang kita lakukan itu tidak sia-sia. Bahkan dalam diri kita mesti set untuk mendapatkan ilmu. Wakafkanlah diri orang-orang muda untuk meneruskan menuntut ilmu ukhrawi dan duniawi. Barulah mantap generasi mendatang!

29 September 2015

CARA ORANG KAYA MENYIMPAN DUIT YANG PATUT DIAMALKAN.

TIADA siapa di antara kita yang tidak mahukan duit. Ada ketikanya pasti kita terfikir bagaimana golongan kaya dan berjaya mengumpul kekayaan mereka.
Memetik laman web lifehack.org, terdapat beberapa tips yang boleh dipraktikkan dalam kehidupan harian kita untuk menyimpan wang sama seperti apa yang dilakukan golongan berada.

1.    Berhati-hatilah dengan perbelanjaan yang kecil.

Kebanyakan daripada kita biasanya amat menitikberatkan untuk membuat pelaburan yang besar dan pembelian yang banyak. Namun kita cenderung untuk menghabiskan duit untuk perbelanjaan kecil. Tetapi perbelanjaan kecil itu sebenarnya dapat dikumpulkan dan menjadi jumlah yang besar.

2.    Fokus kepada masa depan.

Mudah untuk menghabiskan duit bagi mendapatkan sesuatu yang kita kehendaki. Ubah tabiat itu dan fokus kepada masa depan berbanding mendapat kepuasan sementara.

3.    Tidak beli sesuatu yang tidak perlu, hanya untuk menunjuk-nunjuk.

Walaupun kita gembira jika menerima pujian daripada rakan mengenai apa yang dimiliki namun kita harus mengawal dan meletakkan batas terhadap tabiat itu.

Beli apa yang diperlukan dan bukannya membeli untuk mendapat pujian.

4.    Catat perbelanjaan dalam hitam putih

Bukan itu sahaja, antara panduan lain ialah biasakan untuk mencatatkan segala perbelanjaan keluar dan masuk kerana kebiasaannya orang kaya mengetahui di mana dan ke mana wang mereka belanjakan.

Gunakanlah aplikasi Microsoft Exel contohnya dan ia pasti akan memudahkan anda.

5.    Bekerja keras

Tidak seperti tanggapan umum bahawa orang kaya hanya bersenang-senang dan menikmati kehidupan mereka kerana realitinya, mereka bekerja lebih keras daripada orang biasa.

6.    Melabur simpanan dengan bijak

Oleh itu, cuba untuk meningkatkan pendapatan anda, dan apabila ia akan meningkat, buat simpanan yang lebih berbanding sebelum ini. Buatlah simpanan daripada pendapatan yang diperoleh

Kita biasanya mengabaikan jumlah yang kecil tetapi jumlah yang kecil itu sebenarnya boleh bertambah sehingga menjadi jumlah yang besar. Selain daripada itu, jika anda melabur wang dengan betul, anda akan kagum dengan hasilnya nanti.

7.    Menggemari jualan murah, tawar menawar

Golongan kaya tidak pernah membayar apa-apa caj yang tidak perlu. Mereka kekal berhati-hati tentang yuran dan bayaran yang boleh dielakkan.

Cuba amalkan tips tersebut, walaupun ringkas pasti ia akan merubah hidup, Selamat menabung.

kREdIT 

Cuti Sekolah Akibat Jerebu

Semua murid dan guru-guru di negeri Johor dikehendaki pada 29 September 2015 kecuali para pentadbir dikehendaki hadir bertugas seperti biasa. Itulah maklumat yang cikgu dapat, namun tidak menghalang sekiranya guru-guru lain yang ingin ke sekolah untuk menyiapkan kerja-kerja tertangguh. Sekian, Terima Kasih.

ARAHAN PENUTUPAN SEKOLAH AKIBAT JEREBU

Tindakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia bagi menangani jerebu di sekolah yang terletak di beberapa kawasan, daerah atau negeri berdasarkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang tidak sihat (IPU 101-200) dan sangat tidak sihat (IPU 201-300).





Ini adalah kenyataan media oleh Kementerian Pendidikan Malaysia yang membuat pemantauan berterusan di seluruh negara berdasarkan Indeks Pencemaran Udara.



28 Sep 2015 - Isnin PENGUMUMAN CUTI: TINDAKAN MENANGANI JEREBU DI SEKOLAH

Merujuk kepada Kenyataan Media yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
Sehubungan dengan itu, Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru memaklumkan bahawa semua sekolah di daerah Johor Bahru perlu ditutup pada 29 September 2015 ( Selasa ).
Walau bagaimana pun, Pengetua dan Guru Besar dibantu oleh beberapa orang guru perlu hadir ke sekolah bagi memastikan kelancaran penutupan sekolah pada esok hari. Anggota Kumpulan Pelaksana perlu hadir bertugas seperti biasa.
Bagi Pegawai dan Anggota Kumpulan Pelaksana yang bertugas di Pejabat Pendidikan Daerah perlu hadir bertugas seperti biasa.
Maklumat akan disampaikan dari masa ke semasa berpandukan  arahan Kementerian  Pendidikan Malaysia dan Jabatan Pendidikan Negeri Johor.
Semua guru yang terlibat dengan kursus-kursus anjuran PPDJB adalah ditangguhkan.
Sebarang  pertanyaan boleh  berhubung dengan  En. Suliman Bin Kamsor, Penolong PPD Pembangunan Profesional di talian 07-2200349 atau 019-7522500.
Sekian, terima kasih.

Tindakan : PENGETUA DAN GURU BESAR

Berita Ini Telah Ditulis Oleh : SULIMAN BIN KAMSOR | Penolong PPD Pembangunan Professional

BUATMU SIFUKU - TN. HJ. SADLI BIN ABDULLAH

Beliau merupakan Guru Cemerlang Geografi yang menjadi rujukan saya. (1691) 11 MEI 2023 - BERITA WILAYAH - JASA GURU: LAHIRKAN GENERASI CEMER...