01 October 2015

SEKOLAH KEMBALI DIBUKA SETELAH DICUTIKAN AKIBAT JEREBU

Seperti yang anda ketahui, pada hari Selasa 29.9. 2015 dan Rabu 30.9.2015 terdapat beberapa kawasan yang mengalami jerebu dan terpaksa dicutikan bagi membendung masalah jerebu yang sudah tentu akan menganggu kesihatan terutamanya murid-murid di sekolah. Maka, dua hari sekolah dicutikan yang memberikan keseronokkan kepada murid-murid. Cikgu AJ teringat semasa saya di sekolah pada hari Isnin 28.9.2015 lebih kurang jam 5.00 petang, Penolong Kanan Petang mengumumkan bahawa esoknya murid-murid dibenarkan bercuti atas arahan PPD dan JPN Johor punyalah meriah mereka bersorak kerana sekolah dicutikan. CAJ tidak pasti apakah bentuk keseronokan yang diterjemahkan oleh sesetengah murid di sekolah tempat CAJ berkhidmat. Apapun, syukurlah dan ucapan terima kasih kepada pihak tertentu yang peka dan prihatin akan masalah persekitaran yang melanda negara kita. Apapun setelah dua hari bercuti, CAJ harap murid-murid dapat meningkatkan mood belajar dan bersungguh-sungguh meneruskan aktiviti PdP yang tertangguh. Hari ini, dah masuk bulan Oktober hanya tinggal bulan November je lagi sesi persekolahan pada tahun ini. Apapun, seharusnya sedar akan kepentingan ilmu dan seterusnya mengamalkan ilmu yang dipelajari itu untuk kehidupan akan datang. Ayuh, teruskan bersemangat. Bagi para guru, teruskan bersemangat untuk mencurahkan ilmu kepada murid-murid kita.

No comments:

BUATMU SIFUKU - TN. HJ. SADLI BIN ABDULLAH

Beliau merupakan Guru Cemerlang Geografi yang menjadi rujukan saya. (1691) 11 MEI 2023 - BERITA WILAYAH - JASA GURU: LAHIRKAN GENERASI CEMER...