09 October 2015

SEBUAH KEMATIAN YANG MENDAMAIKAN- BELANGSUNGKAWA PROF. DR. MOHAMAD SUHAILY YUSRI CHE NGAH

Assalamualaikum wbt dan Salam Kemanusiaan.

Hero kemanusiaan, itulah gelaran yang dapat saya berikan kepada arwah yang saya kenali rapat sejak belajar di UPSI. Lebih kurang pada jam 11 malam, balik daripada menjemput isteri saya di Masjid Sultan Ismail, Batu Pahat saya membuka notification telegram group Geographers Malaysia. Alangkah terkejut saya membaca berita bahawa bekas pensyarah saya dan juga mentor saya dalam banyak perkara telah pergi buat selamanya akibat kemalangan jalan raya di Renok Baru, Gua Musang.

07 October 2015

CIKGU ABDUL JABBAR GEOGRAFI: Projek BUKU, Projek ILMU, Demimu Generasiku

CIKGU ABDUL JABBAR GEOGRAFI: Projek BUKU, Projek ILMU, Demimu Generasiku: Alhamdulillah, pada 6hb Oktober pakguard sekolah cikgu menghantar mesej mengatakan barangan cikgu sudah sampai. Cikgu dah agak ler, tu adal...

Projek BUKU, Projek ILMU, Demimu Generasiku

Alhamdulillah, pada 6hb Oktober pakguard sekolah cikgu menghantar mesej mengatakan barangan cikgu sudah sampai. Cikgu dah agak ler, tu adalah buku yang cikgu beli #BUKUONLINE  kempen #MyCberSale yang dianjurkan oleh @bookcafe.com.my. Apapun cikgu ucapkan ribuan terima kasih kerana pihak Pts Bookcafe Sdn. Bhd yang memberikan tawaran harga yang menarik dan ada lagi free gift untuk pembeli online macam cikgu ni. Cikgu harap anda pun dapatlah jenguk-jenguk diskaun yang diberikan oleh pihak ptsbookcafe ini. Memang berbaloi untuk menambahkan bahan bacaan untuk seisi keluarga. Cikgu harap kita wujudkan budaya membaca dalam rumah tangga dan semaikan budaya ini dalam keluarga masing-masing. Alhamdulillah banyak juga bahan-bahan bacaan yang memenuhi ruangan rak buku di dalam bilik yang cikgu khaskan untuk rak buku. InshaAllah, impian nak wujudkan mini library di rumah apabila memiliki rumah nanti. Jadikanlah projek buku ini sebagai projek ilmu untuk generasi kita pada masa akan datang. Sumbangan kita tidak banyak, maka inilah salah satu sumbangan kita adalah menyemaikan sikap ini dalam keluarga kita terlebih dahulu. Semoga Allah swt memberikan jalan yang mudah untuk kalian demi mengembangkan ilmu-ilmu untuk generasi kita akan datang. Syukurlah isteri cikgu pun suka membaca buku-buku tatkala kelapangan dan bosan dengan tugasan seharian. Sekali-sekala belek lah buku-buku tu bukan dijadikan perhiasan jer tau...


Pelbagai bidang ilmu buku yang cikgu beli dan selamat sampai melalui pos laju. Antaranya bidang agama Islam, bidang pendidikan, motivasi dan kepimpinan. Tak tahu lah bila dapat baca dan hadam ilmu yang dibaca ini. Diharapkan Allah swt melapangkan masa untuk cikgu baca buku-buku ini dan nasihat cikgu untuk kalian, bacalah. Selamat membaca.
 



Inilah antara buku-buku yang cikgu order. Sesiapa yang nak baca datanglah rumah cikgu, inshaAllah cikgu akan bagi baca sehingga awak larat baca. Hehehe.

Selamat Membaca.
Cikgu Abdul Jabbar
Batu Pahat, Johor.

Persidangan Kebangsaan Geografi dan Alam Sekitar Kali ke-5 UPSI

Akhirnya, cikgu tidak dapat meneruskan rancangan untuk menghadiri PKGAS Kali ke-5 yang dianjurkan oleh Jabatan Geografi dan Alam Sekitar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) tempat cikgu menuntut ilmu di peringkat ijazah sehingga dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Geografi dengan Kepujian. Alhamdulillah, kerana akhirnya dapat menggapai impian menggegam segulung ijazah. Tujuan cikgu untuk menghadiri PKGAS adalah untuk menambah ilmu dan pengalaman dalam dunia Geografi dan Alam Sekitar yang cikgu minati ini. Namun, cikgu juga redha walaupun ada rasa kecewa kerana tidak dapat menghadiri PKGAS di UPSI kali ini. Aduhai, nak wat macam mana takdir yang menentukan macam2 terlintas di fikiran walaupun pada 5 dan 6 Oktober 2015 diarahkan bercuti oleh Kementerian Pendidikan Malaysia namun 7 Oktober kembali meneruskan sesi persekolahan seperti biasa. PKGAS itu berlangsung pada 6 dan 7 Oktober 2015. Masalah jarak Batu Pahat ke Tanjung Malim bukanlah suatu yang asing bagi cikgu kerana cikgu pernah berulang-alik dengan memandu kereta setiap kali hujung minggu untuk kuliah Master Pendidikan Bimbingan dan Kaunseling di Kampus Sultan Azlan Shah, Proton City.


Poster ini akan dijadikan kenangan buat cikgu, kerana cikgu sudah lama merancang untuk menghadirkan diri ke PKGAS ini namun tak kesampaian juga...itulah perancangan namanya, walaupun lama kita merancang tetapi tugas dan tanggungjawab besar di sekolah tidak mampu kita turutkan semata-mata untuk kepentingan kita sendiri. Pelajar cikgu yang akan menduduki pentaksiran akhir tahun lebih diutamakan sehinggakan cikgu merancang tidak akan mengikuti persidangan pada hari kedua untuk terus balik ke Batu Pahat kerana pada 7.10.2015 cikgu ada kelas di Tingkatan 2RK2 pada jam 1.25 hingga 2.35 petang untuk memberikan amanat kepada pelajar-pelajar cikgu yang dikasihi. Nak dijadikan cerita pada waktu tersebut diadakah taklimat sempena Hari Sukan Negara pada 10.10.2015 (Hari Sabtu) tetapi cikgu mengambil keputusan untuk dikecualikan kerana hari ini jer masa cikgu untuk bersama pelajar Tingkatan 2RK2. Minggu depan pelajar ini dicutikan secara bergilir-gilir disebabkan oleh PT3, maka dengan kuasa Allah swt asbab tak dapat pergi ke Tanjung Malim pun cikgu redha asalkan dapat bersama pelajar-pelajar cikgu ini walaupun ada yang memberitahu cikgu "kalau banyak kekangan, tidak perlu berangan hendak datang" . Apapun cikgu hadam dengan rasa pahit itu serahkan kepada Yang Maha Kuasa. Tahniah kepada rakan-rakan cikgu yang diberikan kesempatan hadir ke PKGAS kali ini dan inshaAllah jika ditakdirkan kita berjumpa pada persidangan akan datang. Ramai juga rakan-rakan guru Geografi yang mempunyai kekangan untuk hadir ke persidangan kali ini. Bab kata rakan cikgu yang meluahkan rasa yang sama akibat tidak hadirkan diri ke persidangan kali ini, "takpelah cikgu kita tunggu turn lain pula....kita tahu ramai cgu yang bersungguh perjuangkan Geografi di sekolah masing-masing". MashaAllah.

Apabila Langit Kembali Membiru....

Alhamdulillah, hari ni cikgu nak ucapkan syukur sangat2 kepada Pencipta Langit dan Bumi kerana dengan kurniaaNnya diberikan hujan yang sangat lebat membasahi bumi Batu Pahat. Semasa hujan turun cikgu lupa jam berapa, tetapi masa tu cikgu baru sahaja habis mengajar di Tingkatan 2RK2. Lama sangat dah cikgu rasa, cikgu tak mengajar disebabkan oleh cuti akibat jerebu. Selepas balik daripada kampung tempoh hari (Hari Raya Aidiladha) banyak kali dicutikan akibat jerebu. Tindakan kerajaan adalah bagi memastikan kesihatan murid-murid tidak diabaikan walaupun murid-murid happy jer bila dengar cuti. Takpelah, selamat bercutilah tetapi ingatlah tentang musibah bencana yang disampaikan oleh Allah swt. Namun, pada hari ini setelah hujan turun dengan lebatnya cikgu melihat pergerakan kepulan jerebu yang dibawa oleh angin lembap. Maka kembalilah langit seperti sediakala, membiru indah.

Ini merupakan pemandangan indah di sekitar sekolah cikgu. Gambar ini cikgu rakam pada 7.10.2015 jam 5.29 petang. Ucapan syukur pada Allah swt Pencipta Langit dan Bumi harus kita panjatkan. Moga2 Dia mengekalkan kesihatan manusia dan hidari penyakit merbahaya ke atas manusia akibat jerebu. Namun, manusia harus sedar setiap kali bencana berlaku perlu bermuhasabah kerana ia berpunca daripada tindakan manusia yang tidak mengendahkan alam sekitar. Allahuakhbar.

BUATMU SIFUKU - TN. HJ. SADLI BIN ABDULLAH

Beliau merupakan Guru Cemerlang Geografi yang menjadi rujukan saya. (1691) 11 MEI 2023 - BERITA WILAYAH - JASA GURU: LAHIRKAN GENERASI CEMER...