07 October 2015

Projek BUKU, Projek ILMU, Demimu Generasiku

Alhamdulillah, pada 6hb Oktober pakguard sekolah cikgu menghantar mesej mengatakan barangan cikgu sudah sampai. Cikgu dah agak ler, tu adalah buku yang cikgu beli #BUKUONLINE  kempen #MyCberSale yang dianjurkan oleh @bookcafe.com.my. Apapun cikgu ucapkan ribuan terima kasih kerana pihak Pts Bookcafe Sdn. Bhd yang memberikan tawaran harga yang menarik dan ada lagi free gift untuk pembeli online macam cikgu ni. Cikgu harap anda pun dapatlah jenguk-jenguk diskaun yang diberikan oleh pihak ptsbookcafe ini. Memang berbaloi untuk menambahkan bahan bacaan untuk seisi keluarga. Cikgu harap kita wujudkan budaya membaca dalam rumah tangga dan semaikan budaya ini dalam keluarga masing-masing. Alhamdulillah banyak juga bahan-bahan bacaan yang memenuhi ruangan rak buku di dalam bilik yang cikgu khaskan untuk rak buku. InshaAllah, impian nak wujudkan mini library di rumah apabila memiliki rumah nanti. Jadikanlah projek buku ini sebagai projek ilmu untuk generasi kita pada masa akan datang. Sumbangan kita tidak banyak, maka inilah salah satu sumbangan kita adalah menyemaikan sikap ini dalam keluarga kita terlebih dahulu. Semoga Allah swt memberikan jalan yang mudah untuk kalian demi mengembangkan ilmu-ilmu untuk generasi kita akan datang. Syukurlah isteri cikgu pun suka membaca buku-buku tatkala kelapangan dan bosan dengan tugasan seharian. Sekali-sekala belek lah buku-buku tu bukan dijadikan perhiasan jer tau...


Pelbagai bidang ilmu buku yang cikgu beli dan selamat sampai melalui pos laju. Antaranya bidang agama Islam, bidang pendidikan, motivasi dan kepimpinan. Tak tahu lah bila dapat baca dan hadam ilmu yang dibaca ini. Diharapkan Allah swt melapangkan masa untuk cikgu baca buku-buku ini dan nasihat cikgu untuk kalian, bacalah. Selamat membaca.
 



Inilah antara buku-buku yang cikgu order. Sesiapa yang nak baca datanglah rumah cikgu, inshaAllah cikgu akan bagi baca sehingga awak larat baca. Hehehe.

Selamat Membaca.
Cikgu Abdul Jabbar
Batu Pahat, Johor.

No comments: