07 October 2015

Persidangan Kebangsaan Geografi dan Alam Sekitar Kali ke-5 UPSI

Akhirnya, cikgu tidak dapat meneruskan rancangan untuk menghadiri PKGAS Kali ke-5 yang dianjurkan oleh Jabatan Geografi dan Alam Sekitar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) tempat cikgu menuntut ilmu di peringkat ijazah sehingga dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Geografi dengan Kepujian. Alhamdulillah, kerana akhirnya dapat menggapai impian menggegam segulung ijazah. Tujuan cikgu untuk menghadiri PKGAS adalah untuk menambah ilmu dan pengalaman dalam dunia Geografi dan Alam Sekitar yang cikgu minati ini. Namun, cikgu juga redha walaupun ada rasa kecewa kerana tidak dapat menghadiri PKGAS di UPSI kali ini. Aduhai, nak wat macam mana takdir yang menentukan macam2 terlintas di fikiran walaupun pada 5 dan 6 Oktober 2015 diarahkan bercuti oleh Kementerian Pendidikan Malaysia namun 7 Oktober kembali meneruskan sesi persekolahan seperti biasa. PKGAS itu berlangsung pada 6 dan 7 Oktober 2015. Masalah jarak Batu Pahat ke Tanjung Malim bukanlah suatu yang asing bagi cikgu kerana cikgu pernah berulang-alik dengan memandu kereta setiap kali hujung minggu untuk kuliah Master Pendidikan Bimbingan dan Kaunseling di Kampus Sultan Azlan Shah, Proton City.


Poster ini akan dijadikan kenangan buat cikgu, kerana cikgu sudah lama merancang untuk menghadirkan diri ke PKGAS ini namun tak kesampaian juga...itulah perancangan namanya, walaupun lama kita merancang tetapi tugas dan tanggungjawab besar di sekolah tidak mampu kita turutkan semata-mata untuk kepentingan kita sendiri. Pelajar cikgu yang akan menduduki pentaksiran akhir tahun lebih diutamakan sehinggakan cikgu merancang tidak akan mengikuti persidangan pada hari kedua untuk terus balik ke Batu Pahat kerana pada 7.10.2015 cikgu ada kelas di Tingkatan 2RK2 pada jam 1.25 hingga 2.35 petang untuk memberikan amanat kepada pelajar-pelajar cikgu yang dikasihi. Nak dijadikan cerita pada waktu tersebut diadakah taklimat sempena Hari Sukan Negara pada 10.10.2015 (Hari Sabtu) tetapi cikgu mengambil keputusan untuk dikecualikan kerana hari ini jer masa cikgu untuk bersama pelajar Tingkatan 2RK2. Minggu depan pelajar ini dicutikan secara bergilir-gilir disebabkan oleh PT3, maka dengan kuasa Allah swt asbab tak dapat pergi ke Tanjung Malim pun cikgu redha asalkan dapat bersama pelajar-pelajar cikgu ini walaupun ada yang memberitahu cikgu "kalau banyak kekangan, tidak perlu berangan hendak datang" . Apapun cikgu hadam dengan rasa pahit itu serahkan kepada Yang Maha Kuasa. Tahniah kepada rakan-rakan cikgu yang diberikan kesempatan hadir ke PKGAS kali ini dan inshaAllah jika ditakdirkan kita berjumpa pada persidangan akan datang. Ramai juga rakan-rakan guru Geografi yang mempunyai kekangan untuk hadir ke persidangan kali ini. Bab kata rakan cikgu yang meluahkan rasa yang sama akibat tidak hadirkan diri ke persidangan kali ini, "takpelah cikgu kita tunggu turn lain pula....kita tahu ramai cgu yang bersungguh perjuangkan Geografi di sekolah masing-masing". MashaAllah.

No comments: