18 December 2020

JOMLAH BERSEDEKAH. AMALAN SUNNAH.

 


Assalamualaikum wbt. 

Semoga rakan pengunjung blog saya https://padukaabeja.blogspot.com/ dilindungi dan dirahmati oleh Allah swt. Bersedekahlah untuk jadi kaya bukannya tunggu kaya barulah nak bersedekah. Amalan bersedekah bukan hanya pada duit, tetapi banyak cara yang boleh kita sedekah. 


Umpamanya membantu membuat halangan dijalan raya juga dianggap bersedekah. Sepanjang kita hidup hendaklah mengamalkan bersedekah. Semoga dengan rezeki yang Allah swt berikan kepada kita dapat dirasai oleh orang lain khususnya adik beradik, saudara mara, sahabat handai dan umat seagama kita. 


Jangan lupa kita menginfaqkan sebahagian harta kita kepada rakan-rakan seagama kita di Palestin yang mewakili agama kita berjuang menuntut hak dan kebebasan. Semoga mereka yang terkorban dikira sebagai syahid oleh Allah swt.

Sekian, Terima kasih.


Cikgu Abdul Jabbar bin Mohammed

Pemilik dan Pengasas Channel Telegram Pendidik4u

30 July 2020

PANDUAN BELAJAR SARJANA/PHD PSIKOLOGI INDUSTRI/ORGANISASI (I/O PSYCHOLOGY) DI U.S.A

PANDUAN BELAJAR SARJANA/PHD PSIKOLOGI INDUSTRI/ORGANISASI (I/O PSYCHOLOGY) DI U.S.A

-terpakai juga untuk panduan bidang-bidang psikologi yang lain-

Konsep ijazah pasca-siswazah psikologi di US berbeza dengan di UK. 

1. Hanya ijazah kedoktoran psikologi sahaja yang diakreditasi oleh American Psychological Association (APA) sebab jalan untuk mendapat gelaran ahli psikologi (psychologist) atau mendapat lesen pengamal di negeri-negeri di USA. Ijazah sarjana psikologi berbentuk 'terminal' tidak diakreditasi oleh APA untuk tujuan itu, walaupun ijazah tersebut masih diiktiraf sebagai ijazah yang tulen. Oleh itu, anda boleh terus mohon untuk ijazah PhD selepas mendapat ijazah sarjanamuda psikologi. 

2. Sebab itulah durasi ijazah PhD di US sangat panjang. Ijazah PhD adalah dengan kerja kursus (coursework) selama 4 tahun (untuk bidang 'basic psychology') dan 5 tahun (untuk bidang 'applied psychology' seperti psikologi industri/organisasi) disebabkan internship mengambil masa 1 tahun penuh. 

3. Tapi, dalam masa 4-5 tahun itu, anda akan dapat kedua-dua ijazah Master (non-terminal) dan juga PhD. 

4. Kalau anda ada ijazah Master of Science (MS) atau Master of Art (MA) dalam psikologi industri/organisasi berbentuk terminal dari kolej/universiti US yang lain, anda masih boleh mohon untuk program kedoktoran. Anda boleh mohon untuk pemindahan kredit untuk memendekkan masa pengajian, tapi tiada jaminan anda akan dapat. Anda perlu bersaing dengan pemohon pemegang ijazah sarjanamuda psikologi untuk mendapat tempat sebagai calon pelajar PhD. Jika anda berhenti setakat MS/MA psikologi sahaja, anda hanya boleh bergelar Assistant Psychologist bukan Psychologist. Ijazah sarjana masih diiktiraf untuk mendapat pekerjaan, cuma tidak diiktiraf untuk tujuan pelesenan amalan dan gelaran ahli psikologi di US.

5. Untuk ijazah kedoktoran 'applied psychology', anda ada pilihan sama ada untuk ambil ijazah PhD atau PsyD. PhD sangat menitikberatkan aspek latihan dalam aspek metodologi dan kajian saintifik. PsyD memberi lebih masa kepada internship tapi latihan metodologi saintifiknya masih penting.

6. Dalam program PhD/PsycD ini, walaupun anda selesai menulis tesis Master dan berjaya dapat ijazah MS/MA (dipanggil non-terminal Master), anda masih kena teruskan belajar sampai habis PhD. Tak boleh berhenti tengah jalan walaupun dah dapat ijazah sarjana. 

7. Biasanya, di akhir pengajian dan sebelum menulis disertasi, ada comprehensive examination yang meliputi semua subjek yang dipelajari sepanjang 3-4 sebelumnya. 

8. Setengah program menawarkan subjek-subjek minor dan banyak pilihan subjek elektif. Minor/elektif yang biasa diambil oleh pelajar psikologi I/O adalah bidang-bidang psikologi yang lain dari jabatan psikologi, ataupun subjek-subjek perniagaan/pengurusan di luar jabatan psikologi. 

9. Falsafah ijazah kedoktoran di USA ialah, anda dilatih sebagai ahli psikologi terlebih dahulu sebelum dilatih sebagai spesialis/pakar. Oleh itu, semua pelajar PhD/PsyD wajib belajar subjek-subjek basic psychology (sekali lagi di peringkat tinggi) e.g Physiological Psychology, Cognitive Psychology, Developmental Psychology, Personality Psychology, Social Psychology, History of Psychology di samping beberapa siri subjek metodologi dan statistik. 

10. Tulisan ini tidak menjawab persoalan jika anda mempunyai ijazah sarjana dari US atau mana-mana sahaja, dan kemudiannya anda ingin menyambung ijazah PhD by research (di UK, misalnya). PhD by research tidak mengenakan syarat-syarat seperti di atas. 

11. Sebelum memohon, anda perlu mengambil ujian Bahasa Inggeris (TEOFL) dan Graduate Record Examination (GRE General). Sesetengah universiti akan minta anda ambil GRE Subject ie GRE Psychology. 

12. Kebanyakan poin-poin di atas juga terpakai untuk program-program PhD/PsyD 5 tahun dalam bidang psikologi klinikal, psikologi kaunseling, psikologi forensik, psikologi kesihatan, psikologi pendidikan, psikologi sukan, etc. dan program-program PhD 4 tahun dalam bidang psikologi biologi, psikologi kognitif, psikologi sosial/personaliti, psikologi perkembangan, psikologi kuantitatif, etc.

Moga lebih ramai lagi yang berminat untuk menjadi pakar dalam bidang psikologi industri/organisasi dan psikologi gunaan yang lain, - malah psikologi asas juga. 

Di bawah adalah pautan video temubual satu setengah jam dengan wakil-wakil pelajar MS/MA, pelajar PhD/PsyD, graduan dan pensyarah psikologi industri/organisasi di US. 

https://www.youtube.com/watch?v=ON4xTFbFrwk

#IndustrialOrganizationalPsychology
#OrganizationalPsychology
#OccupationalPsychology
#WorkPsychology
#WorkOrganizationalPsychology
#ManagementPsychology
#ManagerialPsychology
#BusinessPsychology

Facebook page 
Dr. Alizi Alias, Organizational Psychologist
https://www.facebook.com/dralizialias/

Instagram 
Dr. Alizi Alias, Psychologist
https://www.instagram.com/dralizialias/

Twitter 
Dr. Alizi Alias, Organizational Psychologist
https://twitter.com/AliasAlizi

Kredit : Dr Alizi Alias

31 March 2020

KUIZ GEOGRAFI - KELAS BIMBINGAN GEOGRAFI BERSAMA CIKGU ABDUL JABBAR

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera.

Buat anak murid sekalian.

Arahan sebelum buat tugasan:

1. Log in emel sama ada melalui komputer atau telefon.

2. Tekan link yg cikgu bagi https://forms.gle/otAYWXS9JwZtFfj97

3. Jawab soalan yg diberikan.

4. Hanya pelajar yang tulis nama dan tingkatan yang betul akan diterima sebagai Amalan Baik dalam SSDM.

Sekian, terima kasih.

Cikgu Abdul Jabbar Geografi
Batu Pahat, Johor.

DUDUK DIAM-DIAM DIRUMAH

BUAT TUGASAN YANG DIBERIKAN

DISTANCE LEARNING ON COVID-19

30 March 2020

PERMUDAHKAN JANGAN SUSAHKAN

Beberapa hari semasa cuti sekolah yang lepas macam biasa saya meluangkan sedikit masa untuk menyiapkan tugasan untuk anak-anak murid di sekolah.

Selepas YAB Perdana Menteri mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), saya telah meluangkan masa untuk berkursus secara online untuk menambah nilai kendiri kerana merasakan diri masih kurang ilmu untuk diadaptasikan melalui perkongsian dengan anak-anak murid saya di sekolah.
Hujung tahun lepas saya menyisihkan sedikit wang untuk menghadiri kursus Google Certified Educator Level 1 dan Level 2 masing-masing di Muar, Johor dan Shah Alam, Selangor. Alhamdulillah syukur kerana ilmu yang saya pelajari itu diiktiraf diperingkat global. Namun, teringat pesanan sahabat dan sifu saya yang merupakan Pengerusi Rumah Kod yang berpesan kepada ahli groupnya, yang mengatakan apa guna kita bermegah dengan sijil yang kita ada sedangkan anak murid kita tidak mendapatkan manfaat daripada apa yang kita pelajari. Bukanlah matlamat kami menyediakan kursus ini untuk kita simpan sijil itu tanpa kita menyebarluaskan kepada anak-anak murid kita di sekolah.

Kini, tempoh #PKP masih disambung sehingga ke satu tempoh yang lama (18 Mac - 14 April) sehingga pendidikan di sekolah terhenti seketika. Hal ini bagi membendung wabak #Covid19 supaya betul-betul dapat dikurangkan demi keselamatan rakyat Malaysia. Jangan keluar rumah #dudukdiamdiam di rumah.

Namun, bagi kami warga guru cuti yang diperuntukkan ini bukanlah untuk bersenang lenang bahkan kami sedaya upaya memberikan latihan dan tugasan secara berterusan kepada anak-anak murid ini. Untuk itu, saya ingin berpesan kepada kita warga guru "permudahkan jangan susahkan" supaya melihat kepada kemampuan dan kekangan murid-murid kita ketika tempoh ini.
Ini antara dialog ketika saya mengarahkan murid supaya menyalin nota.

"Cikgu, buku nota saya tinggal kat kampung".

Tulis jer kat kertas, nanti naik sekolah tampallah di buku nota.

"Cikgu, topik 4.4 kena buat juga tak"
Sekiranya awak dh siap, 4.3 (m.s 58 - 61) bolehlah sambung 4.4 di (m.s 62 - 66)

"Cikgu, cikgu ada buat kelas online guna zoom x?, sambil tunjukkan screenshot kelas Kimia nya"

Cikgu ada buat, dlm YouTube Channel cikgu ada. Ni soalan daripada Google Form yang cikgu buat. (sambil kami berwattsapp).

"Cikgu nanti kalau ada nk edit video cikgu bagitahu saya yer, saya nak tolong cikgu".
OK, bagus tu. Senyum jer cikgunya😊😊😊

"Cikgu saya nak jawab soalan cikgu bagi ni boleh x"
Jawablah nak. Ingat lagi dia kat Geografi ni.

"Cikgu, macam mana nak rujuk buku teks xde ni".
Pelajar lain jawab dulu. Ko pergi Google, ko taip jer buku teks Geografi Ting. 2 dlm anyflip ada.

Saya tak jawab terus bagi link buku teks Geografi Ting. 2 yang terdapat dalam Google Drive saya.

Semua ini terangkum dalam kursus yang saya pelajari serta adaptasi daripada ilmu Psikologi Pendidikan yang dipelajari daripada para pensyarah yang owesome salah seorangnya Dr Norwaliza Abdul Wahab UPSI 😊😊😊. InsyaAllah bulan 11 nanti saya akan berkonvokesyen. Sambil² tu saya dah mohon Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) diperingkat seterusnya. Doakan saya untuk rakyat Malaysia!

Ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada barisan hadapan para pasukan keselamatan (polis dan tentera) dan pasukan kesihatan serta kami pasukan pendidikan (walaupun kerja di belakang tabir) demi negara yang tercinta, dicurahkan bakti penuh setia!

Catatan Cikgu Geografi
Gua Musang Kelantan.
30.03.2020

25 March 2020

TUGASAN SEMPENA COVID-19

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera

Buat anak murid sekalian.

Arahan sebelum buat tugasan:

1. Log in emel sama ada melalui komputer atau telefon.

2. Tekan link yg cikgu bagi https://forms.gle/FU3gYugwN2VqXxnx7

3. Jawab soalan yg diberikan.

4. Hanya pelajar yang tulis nama dan tingkatan yang betul akan diterima sebagai Amalan Baik dalam SSDM

Sekian, terima kasih.

Cikgu Abdul Jabbar Geografi
Batu Pahat, Johor.

DUDUK DIAM-DIAM DIRUMAH

BUAT TUGASAN YANG DIBERIKAN

DISTANCE LEARNING ON COVID-19

07 March 2020


NAMA : ABDUL JABBAR BIN V.M PACKEER MOHAMMED

NAMA PANGGILAN : CIKGU ABDUL JABBAR @ CIKGU ABEJA

TEMPAT BERTUGAS : SMK DATO' BENTARA LUAR, BATU PAHAT, JOHOR.

MEDIA SOSIAL : PADUKA ABEJA (FB), PADUKA ABEJA (INSTAGRAM), CHANNEL TELEGRAM (PENDIDIK4U) & (COMMUNITY OF GEOGRAPHY) 

11 February 2020

Pentingnya Rehat Secukupnya

Assalamualaikum wbt.

Dalam kita melaksanakan tugas sebagai pendidik di sekolah kita juga jangan sesekali abaikan rehat yang cukup bagi memastikan kita dapat bekerja dengan berkualiti. Di samping itu, terapi yang baik bagi orang Islam ialah dengan perbanyakkan ibadah pada Allah SWT. Jangan lupa sentiasa berzikir untuk mengimbangi kerja dengan ibadah umum. Jangan pula, terlampau kuat bekerja sehinggakan tidak cukup rehat dan lupa untuk beribadah kepada Allah SWT. Wallahualam.

Paduka Abeja
Batu Pahat
11.02.2020
4.30 pagi

BUATMU SIFUKU - TN. HJ. SADLI BIN ABDULLAH

Beliau merupakan Guru Cemerlang Geografi yang menjadi rujukan saya. (1691) 11 MEI 2023 - BERITA WILAYAH - JASA GURU: LAHIRKAN GENERASI CEMER...