30 July 2020

PANDUAN BELAJAR SARJANA/PHD PSIKOLOGI INDUSTRI/ORGANISASI (I/O PSYCHOLOGY) DI U.S.A

PANDUAN BELAJAR SARJANA/PHD PSIKOLOGI INDUSTRI/ORGANISASI (I/O PSYCHOLOGY) DI U.S.A

-terpakai juga untuk panduan bidang-bidang psikologi yang lain-

Konsep ijazah pasca-siswazah psikologi di US berbeza dengan di UK. 

1. Hanya ijazah kedoktoran psikologi sahaja yang diakreditasi oleh American Psychological Association (APA) sebab jalan untuk mendapat gelaran ahli psikologi (psychologist) atau mendapat lesen pengamal di negeri-negeri di USA. Ijazah sarjana psikologi berbentuk 'terminal' tidak diakreditasi oleh APA untuk tujuan itu, walaupun ijazah tersebut masih diiktiraf sebagai ijazah yang tulen. Oleh itu, anda boleh terus mohon untuk ijazah PhD selepas mendapat ijazah sarjanamuda psikologi. 

2. Sebab itulah durasi ijazah PhD di US sangat panjang. Ijazah PhD adalah dengan kerja kursus (coursework) selama 4 tahun (untuk bidang 'basic psychology') dan 5 tahun (untuk bidang 'applied psychology' seperti psikologi industri/organisasi) disebabkan internship mengambil masa 1 tahun penuh. 

3. Tapi, dalam masa 4-5 tahun itu, anda akan dapat kedua-dua ijazah Master (non-terminal) dan juga PhD. 

4. Kalau anda ada ijazah Master of Science (MS) atau Master of Art (MA) dalam psikologi industri/organisasi berbentuk terminal dari kolej/universiti US yang lain, anda masih boleh mohon untuk program kedoktoran. Anda boleh mohon untuk pemindahan kredit untuk memendekkan masa pengajian, tapi tiada jaminan anda akan dapat. Anda perlu bersaing dengan pemohon pemegang ijazah sarjanamuda psikologi untuk mendapat tempat sebagai calon pelajar PhD. Jika anda berhenti setakat MS/MA psikologi sahaja, anda hanya boleh bergelar Assistant Psychologist bukan Psychologist. Ijazah sarjana masih diiktiraf untuk mendapat pekerjaan, cuma tidak diiktiraf untuk tujuan pelesenan amalan dan gelaran ahli psikologi di US.

5. Untuk ijazah kedoktoran 'applied psychology', anda ada pilihan sama ada untuk ambil ijazah PhD atau PsyD. PhD sangat menitikberatkan aspek latihan dalam aspek metodologi dan kajian saintifik. PsyD memberi lebih masa kepada internship tapi latihan metodologi saintifiknya masih penting.

6. Dalam program PhD/PsycD ini, walaupun anda selesai menulis tesis Master dan berjaya dapat ijazah MS/MA (dipanggil non-terminal Master), anda masih kena teruskan belajar sampai habis PhD. Tak boleh berhenti tengah jalan walaupun dah dapat ijazah sarjana. 

7. Biasanya, di akhir pengajian dan sebelum menulis disertasi, ada comprehensive examination yang meliputi semua subjek yang dipelajari sepanjang 3-4 sebelumnya. 

8. Setengah program menawarkan subjek-subjek minor dan banyak pilihan subjek elektif. Minor/elektif yang biasa diambil oleh pelajar psikologi I/O adalah bidang-bidang psikologi yang lain dari jabatan psikologi, ataupun subjek-subjek perniagaan/pengurusan di luar jabatan psikologi. 

9. Falsafah ijazah kedoktoran di USA ialah, anda dilatih sebagai ahli psikologi terlebih dahulu sebelum dilatih sebagai spesialis/pakar. Oleh itu, semua pelajar PhD/PsyD wajib belajar subjek-subjek basic psychology (sekali lagi di peringkat tinggi) e.g Physiological Psychology, Cognitive Psychology, Developmental Psychology, Personality Psychology, Social Psychology, History of Psychology di samping beberapa siri subjek metodologi dan statistik. 

10. Tulisan ini tidak menjawab persoalan jika anda mempunyai ijazah sarjana dari US atau mana-mana sahaja, dan kemudiannya anda ingin menyambung ijazah PhD by research (di UK, misalnya). PhD by research tidak mengenakan syarat-syarat seperti di atas. 

11. Sebelum memohon, anda perlu mengambil ujian Bahasa Inggeris (TEOFL) dan Graduate Record Examination (GRE General). Sesetengah universiti akan minta anda ambil GRE Subject ie GRE Psychology. 

12. Kebanyakan poin-poin di atas juga terpakai untuk program-program PhD/PsyD 5 tahun dalam bidang psikologi klinikal, psikologi kaunseling, psikologi forensik, psikologi kesihatan, psikologi pendidikan, psikologi sukan, etc. dan program-program PhD 4 tahun dalam bidang psikologi biologi, psikologi kognitif, psikologi sosial/personaliti, psikologi perkembangan, psikologi kuantitatif, etc.

Moga lebih ramai lagi yang berminat untuk menjadi pakar dalam bidang psikologi industri/organisasi dan psikologi gunaan yang lain, - malah psikologi asas juga. 

Di bawah adalah pautan video temubual satu setengah jam dengan wakil-wakil pelajar MS/MA, pelajar PhD/PsyD, graduan dan pensyarah psikologi industri/organisasi di US. 

https://www.youtube.com/watch?v=ON4xTFbFrwk

#IndustrialOrganizationalPsychology
#OrganizationalPsychology
#OccupationalPsychology
#WorkPsychology
#WorkOrganizationalPsychology
#ManagementPsychology
#ManagerialPsychology
#BusinessPsychology

Facebook page 
Dr. Alizi Alias, Organizational Psychologist
https://www.facebook.com/dralizialias/

Instagram 
Dr. Alizi Alias, Psychologist
https://www.instagram.com/dralizialias/

Twitter 
Dr. Alizi Alias, Organizational Psychologist
https://twitter.com/AliasAlizi

Kredit : Dr Alizi Alias

BUATMU SIFUKU - TN. HJ. SADLI BIN ABDULLAH

Beliau merupakan Guru Cemerlang Geografi yang menjadi rujukan saya. (1691) 11 MEI 2023 - BERITA WILAYAH - JASA GURU: LAHIRKAN GENERASI CEMER...