16 September 2015

Bersyukurlah. Fahamilah erti nikmat daripadaNya.

Alhamdulillah, puji-pujian hanya kepada Allah swt saya panjatkan kepadaNya yang memberikan nikmat yang entah berapa banyak pun tidak Cikgu Abdul Jabbar Geografi (CAJG) tahu. Namun, CAJG boleh katakan bahawa nikmatnya tidak terkira banyaknya setiap hari. Namun, nikmat rezeki juga harus diucapkan syukur kepada Allah swt jua. Nikmat rezeki pula diberikan dalam pelbagai bentuk, akan tetapi kebanyakkan manusia hanya ingat "duit" sahaja nikmat rezeki. Itulah persepsi yang harus diubah dan CAJG cuba sebarkan melalui nasihat-nasihat supaya kita jangan sempitkan makna rezeki yang Allah swt berikan kepada kita semua sebagai makhlukNya. Untuk menjadi makhluk yang tidak sia-sia hendaklah kita mengucapkan rasa syukur akan nikmat yang telah diberikan oleh Tuhan semesta alam. Mereka yang tidak mengucapkan syukur adalah mereka yang sombong! Jauhilah CAJB, anak-anak murid cikgu dan rakan-rakan pembaca blog ini daripada bersikap sombong dan lupa diri. Kita sebagai orang Islam (nikmat agama yang disampaikan oleh baginda Nabi Muhammad saw serta para sahabat baginda) adalah nikmat yang paling besar kerana lahir dalam keluarga Islam yang dikurniakan oleh Allah swt. Alhamdulillah, kita dilahirkan dalam keluarga Islam. Sinar Islam itu sudah ada cuma perlu ditingkatkan keimanan kepadaNya semoga nilai keimanan ini akan dinilai oleh Allah swt diakhirat nanti. Pada hari ini, 16 September 2015 merupakan sambutan Hari Malaysia yang ke-52. Sudah tentulah kita mesti mensyukuri, nikmat bernegara yang berdaulat, bebas memerintah dan mentadbir serta memiliki perudangan yang tersendiri. Ini juga merupakan nikmat yang besar dianugerahi oleh Allah swt kepada kita rakyat Malaysia. Semoga keamanan dan keharmonian kaum dapat dikekalkan sepanjang masa sesuai dengan motto Hari Kebangsaan yang ke-58 tahun 2015 iaitu Sehati Sejiwa. Semoga rakyat Malaysia terus mengekalkan dan mengukuhkan keharmonian kaum ini.


Cikgu Abdul Jabbar Geografi
16 September 2015
Batu Pahat, Johor.

No comments:

BUATMU SIFUKU - TN. HJ. SADLI BIN ABDULLAH

Beliau merupakan Guru Cemerlang Geografi yang menjadi rujukan saya. (1691) 11 MEI 2023 - BERITA WILAYAH - JASA GURU: LAHIRKAN GENERASI CEMER...