22 February 2011

ANALISIS PENGLIBATAN SEMANGAT POLITIK DALAM DIRIKU

Semangat politik dalam jiwaku ini boleh dikatakan sejak aku di bangku sekolah lagi. Aku membuat analisis ini berdasarkan ingatanku pada masa lampau. Ingatan yang samar-samar aku tidak mengambil kira dalam membuat analisis ini, namu aku mengambil kira ingatanku yang segar dan aku mengingatinya pada masa berlaku. Bermula semangat politik ku adalah bermula tahun 1999. Pada tahun 1998 aku mula mengkaji, membaca tentang politik di peringkat nasional. Kebetulan pada masa itu di negara kita berlaku peristiwa yang besar dalam arena politik tanah air iaitu pemencatan Dato Seri Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri dan fitnah yang besar melanda beliau. Pada masa kes-kesnya aku seringkali membaca makalah-makalah berkaitan perbicaraan beliau dan analisis terhadap pemencatan beliau. Namun aku masih memerhati agenda politik dan kepartian di Malaysia. Masa itu, umurku masih 14 tahun. Pada tahun 1999, PRU ke-10 mula rancak diperkatakan dan aku telah sendiri menentukan parti mana yang aku Nampak lebih bersemangat terhadapnya. Memang aku akui pada mulanya aku dan keluargaku ini adalah menganuti ideology nasionalisme (UMNO) dan aku hanya menuruti apa yang keluargaku anuti tanpa mengkaji terlebih dahulu. Tetapi setelah semangat 1999, aku sudah belajar menganalisis semangat politik dalam diriku sendiri. Aku sudah berjaya menambat hatiku pada perjuangan ideology islamisme. Sebagai rakyat Kelantan, PAS adalah parti yang amat dominan dengan masyarakat Melayu Islam di Kelantan. Namun, aku tidak menerimanya bulat-bulat kerana keluarga UMNO ni susah nak buat perubahan terutamanya soal ideology. Pada tahun 1999, aku berminat mengetahui siapakah calon PAS dan UMNO yang bertanding khususnya di Parlimen dan Dun di Kelantan. Pernah suatu ketika aku mencemuh ceramah anjuran UMNO di Beris Kubur Besar yang disampaikan oleh YB Tengku Razaleigh Hamzah. Sebab beliau UMNO aku telah mencemuhnya. Pada tahun 1999 juga aku mula tinggal di asrama dan bermula juga percaturan politik sesama kawan seasrama. Masa tu ada Parti Keadilan Nasional sekarang Parti Keadilan Rakyat. Parti ini berkawan dengan PAS sejak bermulanya penubuhannya. Aku mengkaji partinya, PAS dan UMNO pada tahun 2000. Pada tahun 2001, aku kembali menyokong UMNO tapi tidak sekuat orang-orang kampungku. Pada tahun 2002 aku mulanya sedar bahawa perjuangan aku menyokong UMNO bukanlah satu tindakan yang betul dan kena pada semangat juangku ini. Pertengahan tahun 2002, aku bersekolah Tingkatan 6 di SMK Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur. Pada masa itu, aku mempunyai kawan rapat yang agak cenderung pada PAS. Aku Tanya dia mengapa kamu sokong PAS. Dia menceritakannya dan semangatnya telah menyelimuti diriku pada masa itu. Aku juga tidak terlepas membeli surat khabar Berita Harian Edisi Ahad (Berita Minggu). Aku membaca rencana orang-orang politik yang agak UMNO. Aku juga terpengaruh tetapi setelah aku sering bercakap dengan kawan-kawanku soal politik UMNO ini aku mulai tolak jauh-jauh. Bermula pada tahun 2003, aku mula buka buku baru mengenai perjuangan politik dalam diriku ini. Teringat aku semasa tinggal di asrama aku berdebat secara tidak formal dengan kawan-kawanku mengenai politik UMNO yang tidak membela rakyat. Aku dihina, dikata, dicaci dan sebagainya namun aku tidak pernah gentar untuk menyatakan kebenaranku terhadap perjuanganku ini. Pada tahun 2004, walaupun menang besar milik UMNO kerana propaganda Islam Hadhari, aku masih lag setia pada PAS. Aku masih menjadi penganalisis untuk diriku sendiri. UMNO begitu hebat pada masa itu, namun aku masih lagi setia pada perjuangan setelah aku kenal erti perjuangan. Aku mula pergi ke tempat-tempat ceramah UMNO dan PKR untuk menaikkan semangat perjuangan politik dalam diriku ini. Pada tahun 2005, aku berada di kampung dan aku perlu menunjukkan sikap neutralku kepada PAS dan UMNO. Orang-orang kampung tidak dapat baca aku berpihak pada Bulan Atau Dacing. Sebab aku berada dikedua-dua majlis yang mereka anjurkan. Pada tahun 2006, aku mula memasuki USM dan semangat juangku semakin tinggi tapi dalam konteks aku sebagai mahasiswa tidaklah secara jelas aku ini PAS tetapi percaturan politik negara aku ambil kira dan ambil tahu perjalanannya. Pada tahun 2007, aku berada di USM dan semasa Pilihanraya Kampus USM aku diintai oleh mana-mana kumpulan yang bertanding. Gayaku berada di masjid-masjid dan surau-surau menjadikan aku salah seorang calon yang diintai oleh Persatuan Mahasiswa Islam USM (PMIUSM). Namun aku tidak layak untuk menjadi calon kerana sebab-sebab tertentu. Tetapi aku telah mula mengenal perjuanganku. Aku bersikap neutral tetapi ada pihak yang melabelkan aku sebagai pembangkang. Aku tidak kisah langsung dan itu menaikkan semangat perjuangan dalam diriku. Pada penghujung tahun 2007, aku mendapat tawaran belajar di UPSI. Aku datang ke UPSI dengan satu harapan baru tanpa mengabaikan perjuanganku. Namun, aku masih tidak menjadi calon pada mana-mana pilihanraya kampus tetapi aku pernah memegang jawatan yang menjadikan aku mengenali gerak kerja orang-orang yang tidak amanah dan condong kepada UMNO. Aku tidak mengapa itu berlaku dalam hal-hal yang mereka cari. Tetapi aku hanya menjadi pemerhati sesekali aku mengambil tahu mengenai calon-calon pembangkang yang bakal bertanding. Pada tahun 2008, aku mengalami PRK yang baru setelah masuk ke kampus UPSI. Gerakan mahasiswanya berbeza mungkin kerana takut tidak dapat posting atau propaganda yang dimainkan oleh pihak lawan yang menganggap mereka adalah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Pada tahun ini, berlaku juga PRU-12 dan aku sememangnya menunjukkan kepada kawan-kawanku serumah bahawa aku ini menyokong PAS. Pertama kali aku mengundi untuk PRU dan membuat keputusan memangkah calon-calon yang bertanding dan dibawah logo PAS. Pada masa ini, semangatku berkobar-kobar dengan pelbagai medium elektronik segmen politik menjadi pembakar semangat dan pengetahuan buat diriku. Aku secara terang-terangan menyokong PAS di kampungku sehingga orang UMNO dapat mencium bau sokongan yang aku nyatakan kepada PAS. Nasiblah aku sudah tidak tinggal di kampung itu tetapi sudah berpindah di Kubang Kerian. Aku tidak takut sebenarnya tapi aku malas nak layan cercaan mereka. Tapi Alhamdulillah setelah bahang PRU-12 telah habis aku mula balik dan mereka juga faham bahawa aku bukan lagi geng UMNO yang ngok sehingga tidak mampu membuat keputusan tambahan pula UMNO kehilangan 5 Negeri termasuk Kuala Lumpur. Itu adalah perjuangan ku selama ini. Pada tahun 2009, kebangkitan Pakatan Rakyat sudah bermula. Pada mulanya, aku memang tidak boleh menerima DAP sebagai parti yang berkawan dengan PAS dan aku juga telah menyatakan bahawa PAS jangan hilang prinsip walaupun berkawan dengan PKR dan DAP sekalipun. Sehinggalah Muktamar di Perak pada masa itu meniupkan semangat perjuangan aku kepada PAS. Aku tetap tidak lagi menyokong PKR dan DAP dan sokongan itu aku terhadkan dalam bentuk kerjasama sahaja. Pada tahun 2010, bermacam-macam ragam politik berlaku sehingga mematangkan semangat perjuanganku ini. Aku renew balik kenapa aku tidak boleh menerima DAP sedangkan mereka lebih baik daripada kerajaan UMNO yang korupsi dan banyak penyelewengan. Aku mula memahami PKR dan DAP tanpa aku abaikan PAS. Pada tahun ini juga berlaku propaganda baru terhadap Kerajaan Perpaduan yang dicipta oleh UMNO dan PAS-Ideologi UMNO. Aku tidak faham apakah yang dikatakan Kerajaan Perpaduan namun aku masih mencari jawapannya melalui pembacaan dan ceramah-ceramah. Setelah aku memahami niat Timbalan Presiden PAS dan Presiden PAS aku bersetuju dengan kerajaan perpaduan tetapi dengan syarat aku tidak setuju sekiranya ia dilaksanakan di Malaysia dalam scenario UMNO masih menguasai kerajaan. Aku ingat kata-kata TOK GURU NIK AZIZ (TGNA) Umno nak kat kita dia wat baik, bila dia tak nak dia akan tending kita bila-bila masa. Maka aku membuat analisis sendiri mengenai kerajaan perpaduan bahawa ia tidak sesuai dalam konteks scenario hari ini. Maka aku mula memahami DAP dan PKR bahawa mereka ikhlas berkawan dengan kita dengan satu slogan menentang pengkhianatan UMNO.

No comments: