10 November 2013

HIJRAH TAHUN 1435H DALAM KEHIDUPAN KAMI



PELAN TINDAKAN MENCAPAI KEJAYAAN DAN KEKAYAAN
“HIJRAH ITU SATU RAHMAH”
TAHUN 1435 HIJRAH PENUH BARAKAH

ABDUL JABBAR BIN MOHAMMED
NORLAILI BINTI CHE SOH

BIL.
PERKARA
TINDAKAN
1.
KEIMANAN
-melakukan perkara-perkara yang dapat meningkatkan keimanan pada Allah swt.
- mesti dilakukan sepanjang masa khususnya meningkatkan amalan
2.
KETAQWAAN
- tidak bernilai seseorang itu melainkan dengan ketaqwaannya kepada Allah swt.
- fokus dalam meningkatkan ketaqwaan kepada Allah swt
3.
KERJAYA
- kerjaya tetap sebagai pendidik di sekolah. Dalam masa sama, berdakwah dalam alam maya sebagai mengingatkan masyarakat melalui pelbagai medium
- memastikan kerjaya yang dipilih ini memberi manfaat kepada orang lain (ummah)
4.
KEPIMPINAN
- menjadi pemimpin yang mampu memimpin dengan penuh hikmah khususnya pemimpin keluarga, pemimpin organisasi dan apa jua tugas yang diamahkan sebagai ketua. Memastikan isteri dipimpin dengan sebaiknya kerana itu adalah amanah suami
- setiap pemimpin adalah amanah. setiap amanah akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak.
5.
KEJAYAAN
- ingin menempa beberapa kejayaan dalam tahun ini. Setiap apa yang dilakukan ingin memastikan ada kejayaan yang diperolehi sama ada dalam kerjaya mahupun bisnes sambilan dan sebagainya.
- kejayaan akan diperolehi dengan cara berusaha bersungguh-sungguh memastikan apa yang diimpikan tercapai.
6.
KEKAYAAN
- matlamat menjadi orang kaya adalah satu matlamat jangka masa panjang dengan diiringi doa supaya kekayaan yang akan diperolehi mampu memberi manfaat kepada orang lain. Kekayaan bukan hanya melibatkan harta dunia semata-mata, malah kekayaan dalam aspek yang luas ialah kekayaan budi, kekayaan amalan, kekayaan bersedekah, kekayaan ilmu dan sebagainya. Maka matlamat nak jadi orang kaya bukan hanya fokus pada hartawan dunia tetapi hartawan dalam diri.
- setiap yang dilakukan khususnya dalam bisnes matlamat jangka panjangnya adalah untuk mencapai kekayaan. Mesti berusaha mencapainya tanpa mengabaikan kekayaan dalam diri.
7.
KEBAHAGIAAN
- setiap insan inginkan kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Dalam pada itu, usaha untuk mencapai kebahagiaan harus dilaksanakan. Memiliki keluarga yang bahagia adalah matlamat kebahagiaan utama.
- memastikan isteri dididik sepenuhnya kerana agen kebahagiaan terletak pada isteri.
8.
KEDIAMAN YANG SELESA
- memiliki kediaman yang selesa kerana ingin menjadikan syurga itu sebagai rumah. Kediaman yang dilengkapi barakahNya.
- memiliki kediaman pertama di Pura Kencana dan memiliki kediaman kedua untuk dijadikan aset dan pelaburan.
9.
KEUSAHAWANAN (PERNIAGAAN)
-  memastikan beberapa bisnes berjalan pada tahun ini. Usahawan haruslah gigih berusaha mencapai kejayaan dan kekayaan.
- usahawan cuka epal, usahawan kereta sewa, usahawan burger dan usahawan-usahawan lain sekiranya perlu.
10.
KOMUNITI
- memastikan hal-hal komuniti dijaga dan memastikan bergaul dengan masyarakat melalui pelbagai cara seperti solat berjemaah di mana-mana masjid, travel, persatuan dan sebagainya
- bergaul dengan masyarakat di mana-mana sahaja.
11.
KESIHATAN
- memastikan kesihatan dijaga dengan baik. Kesihatan yang baik membantu menyempurnakan ibadat.
- turunkan berat badan, kurang kolestro, amalkan makanan sunnah.
12.
AMALAN WAJIB
- solat 5 waktu tidak lewat dan pastikan di awal waktu.
- puasa di bulan Ramadhan
- memastikan amalan wajib dijaga sebaiknya dan disempurnakan.
13.
 TINGKATKAN AMALAN SUNAT
- memastikan Solat Sunat Hajat, Solat Tahajjud, Solat Tasbih, Solat Taubat, Solat Tahiyattul Masjid, Solat Dhuha dan sebagainya diamalkan selalu
- sentiasa istiqamah melakukannya dan membaca al-Quran setiap minggu.
14.
SOLAT BERJEMAAH
- memperbanyakkan solat secara berjemaah bersama isteri dan di masjid atau surau.
- istiqomah dalam amalan ini dan jadikan ia sebagai amalan harian.

No comments:

BUATMU SIFUKU - TN. HJ. SADLI BIN ABDULLAH

Beliau merupakan Guru Cemerlang Geografi yang menjadi rujukan saya. (1691) 11 MEI 2023 - BERITA WILAYAH - JASA GURU: LAHIRKAN GENERASI CEMER...