07 October 2015

Persidangan Kebangsaan Geografi dan Alam Sekitar Kali ke-5 UPSI

Akhirnya, cikgu tidak dapat meneruskan rancangan untuk menghadiri PKGAS Kali ke-5 yang dianjurkan oleh Jabatan Geografi dan Alam Sekitar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) tempat cikgu menuntut ilmu di peringkat ijazah sehingga dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Geografi dengan Kepujian. Alhamdulillah, kerana akhirnya dapat menggapai impian menggegam segulung ijazah. Tujuan cikgu untuk menghadiri PKGAS adalah untuk menambah ilmu dan pengalaman dalam dunia Geografi dan Alam Sekitar yang cikgu minati ini. Namun, cikgu juga redha walaupun ada rasa kecewa kerana tidak dapat menghadiri PKGAS di UPSI kali ini. Aduhai, nak wat macam mana takdir yang menentukan macam2 terlintas di fikiran walaupun pada 5 dan 6 Oktober 2015 diarahkan bercuti oleh Kementerian Pendidikan Malaysia namun 7 Oktober kembali meneruskan sesi persekolahan seperti biasa. PKGAS itu berlangsung pada 6 dan 7 Oktober 2015. Masalah jarak Batu Pahat ke Tanjung Malim bukanlah suatu yang asing bagi cikgu kerana cikgu pernah berulang-alik dengan memandu kereta setiap kali hujung minggu untuk kuliah Master Pendidikan Bimbingan dan Kaunseling di Kampus Sultan Azlan Shah, Proton City.


Poster ini akan dijadikan kenangan buat cikgu, kerana cikgu sudah lama merancang untuk menghadirkan diri ke PKGAS ini namun tak kesampaian juga...itulah perancangan namanya, walaupun lama kita merancang tetapi tugas dan tanggungjawab besar di sekolah tidak mampu kita turutkan semata-mata untuk kepentingan kita sendiri. Pelajar cikgu yang akan menduduki pentaksiran akhir tahun lebih diutamakan sehinggakan cikgu merancang tidak akan mengikuti persidangan pada hari kedua untuk terus balik ke Batu Pahat kerana pada 7.10.2015 cikgu ada kelas di Tingkatan 2RK2 pada jam 1.25 hingga 2.35 petang untuk memberikan amanat kepada pelajar-pelajar cikgu yang dikasihi. Nak dijadikan cerita pada waktu tersebut diadakah taklimat sempena Hari Sukan Negara pada 10.10.2015 (Hari Sabtu) tetapi cikgu mengambil keputusan untuk dikecualikan kerana hari ini jer masa cikgu untuk bersama pelajar Tingkatan 2RK2. Minggu depan pelajar ini dicutikan secara bergilir-gilir disebabkan oleh PT3, maka dengan kuasa Allah swt asbab tak dapat pergi ke Tanjung Malim pun cikgu redha asalkan dapat bersama pelajar-pelajar cikgu ini walaupun ada yang memberitahu cikgu "kalau banyak kekangan, tidak perlu berangan hendak datang" . Apapun cikgu hadam dengan rasa pahit itu serahkan kepada Yang Maha Kuasa. Tahniah kepada rakan-rakan cikgu yang diberikan kesempatan hadir ke PKGAS kali ini dan inshaAllah jika ditakdirkan kita berjumpa pada persidangan akan datang. Ramai juga rakan-rakan guru Geografi yang mempunyai kekangan untuk hadir ke persidangan kali ini. Bab kata rakan cikgu yang meluahkan rasa yang sama akibat tidak hadirkan diri ke persidangan kali ini, "takpelah cikgu kita tunggu turn lain pula....kita tahu ramai cgu yang bersungguh perjuangkan Geografi di sekolah masing-masing". MashaAllah.

Apabila Langit Kembali Membiru....

Alhamdulillah, hari ni cikgu nak ucapkan syukur sangat2 kepada Pencipta Langit dan Bumi kerana dengan kurniaaNnya diberikan hujan yang sangat lebat membasahi bumi Batu Pahat. Semasa hujan turun cikgu lupa jam berapa, tetapi masa tu cikgu baru sahaja habis mengajar di Tingkatan 2RK2. Lama sangat dah cikgu rasa, cikgu tak mengajar disebabkan oleh cuti akibat jerebu. Selepas balik daripada kampung tempoh hari (Hari Raya Aidiladha) banyak kali dicutikan akibat jerebu. Tindakan kerajaan adalah bagi memastikan kesihatan murid-murid tidak diabaikan walaupun murid-murid happy jer bila dengar cuti. Takpelah, selamat bercutilah tetapi ingatlah tentang musibah bencana yang disampaikan oleh Allah swt. Namun, pada hari ini setelah hujan turun dengan lebatnya cikgu melihat pergerakan kepulan jerebu yang dibawa oleh angin lembap. Maka kembalilah langit seperti sediakala, membiru indah.

Ini merupakan pemandangan indah di sekitar sekolah cikgu. Gambar ini cikgu rakam pada 7.10.2015 jam 5.29 petang. Ucapan syukur pada Allah swt Pencipta Langit dan Bumi harus kita panjatkan. Moga2 Dia mengekalkan kesihatan manusia dan hidari penyakit merbahaya ke atas manusia akibat jerebu. Namun, manusia harus sedar setiap kali bencana berlaku perlu bermuhasabah kerana ia berpunca daripada tindakan manusia yang tidak mengendahkan alam sekitar. Allahuakhbar.

02 October 2015

ISU ALAM SEKITAR : Kemungkaran kita terhadap alam


OLEH : MOHD AZMI ABDUL HAMID
SEMEMANGNYA ALLAH menentukan berlakunya sesuatu musibah. Akan tetapi sebab-musabab daripada tingkah-laku kita, tidak mempedulikan kerosakan alam sekitar dan mengkhianati amanah ALLAH sebagai khalifah alam, juga perlu diberi perhatian.
Lihat bagaimana kita berlaku biadab atas nama pembangunan, merosakkan hutan, sungai, pantai, laut, bukit, gunung dan sejumlah flora serta fauna yang diamanahkan kepada kita. Pencemaran air dan udara, keracunan akibat penggunaan bahan kimia yang berleluasa dan penyebaran wabak penyakit. Semua natijah daripada kebiadaban kita 'memperkosa' alam tanpa batas.
Lantaran itu kita menerima akibat sehingga alam turut 'mengamuk'. Atas nama pembangunan yang kita laksanakan, kita telah mengetepikan sensitiviti bumi ini. Ekologi yang cukup seimbang telah kita rosakkan sehingga bencana alam semakin kerap dan merata. Insiden bencana yang semakin kerap seperti gempa bumi, ribut taufan, banjir besar, tanah runtuh, penghakisan pantai dan kemarau yang berpanjangan adalah petanda keseimbangan alam telah dirosakkan oleh tangan manusia sendiri.
Perhatikan bagaimana kita menggondolkan bukit kita di seluruh negara. Lihat bagaimana kita menebang hampir semua hutan sehingga sistem tadahan air kita musnah. Bukan sedikit kesan pembalakan rakus yang kita benarkan sehingga sanggup menipu diri dengan menggelar adanya pembalakan haram. Sedangkan balak yang dapat dilihat berlori-lori jelas di atas jalan raya tidak mungkin boleh dikata haram kerana ia bukan bergerak secara sembunyi seperti orang menyeludup dadah.
Kini kita semakin melenyapkan hutan tropika kita, bukan sekadar suatu khazanah yang tidak ternilai malah juga sebagai pengimbang alam untuk dunia. Kekayaan fauna dan flora yang tersimpan di dalamnya diiktiraf sebagai hutan yang mempunyai kepelbagaian spesies yang tertinggi di dunia. Kini kita menghadapi kepupusan pelbagai spesies. Persekitaran kita diporak-perandakan tanpa rasional atas nama mengejar gelaran negara maju.
Sungai yang menjadi sebahagian keperluan manusia telah kita tukar menjadi parit-parit besar. Sampah domestik dan sisa buangan industri dalam skala yang sangat besar disalirkan ke sungai sehingga kondisi sungai berada dalam keadaan parah. Sungai mula 'mengamuk' dengan melimpahkan airnya sehingga berlaku banjir besar yang memusnahkan harta-benda dan meragut nyawa, gara-gara kebiadaban kita merosakkan sistem sungai.
Demikian juga keghairahan kita mendirikan ratusan empangan kononnya untuk pembekalan air dan tenaga hidro, ternyata kesannya telah memusnahkan aliran air sungai yang alami. Kita menenggelamkan ribuan hektar tanah yang melibatkan ratusan perkampungan tradisional atas nama pembangunan menyebabkan puluhan ribu penduduk terpaksa dipindahkan. Bukan sahaja ia merosakkan mata pencarian penduduk desa, malah menimbulkan pelbagai kesan sosial kepada masyarakat yang menjadi mangsa kepada pembangunan.
Keghairahan kita menggali sumber bumi dan melombong apa sahaja yang ada dalam bumi, tidak diteliti kesannya kepada kestabilan permukaan bumi. Natijah jangka panjang tidak dipedulikan sama sekali. Eksploitasi terhadap apa sahaja yang ada di perut bumi jelas tidak terbatas.
Natijah yang kita terima akibat 'maksiat' ke atas alam adalah himpunan dosa yang nampaknya dibalas dengan pelbagai bencana alam yang semakin kerap dan kronik. Ribut taufan semakin kerap melanda, banjir berlaku pada kadar yang besar dan meluas, tanah runtuh yang terjadi di mana-mana dan hakisan pantai semakin berleluasa.
Kemungkaran kerana kerosakan moral yang dipamerkan oleh segelintir manusia tidak bertamadun di atas Gunung Kinabalu lalu sepatutnya dibanteras dan jangan dibenarkan berulang lagi. Konsep bumi dan alam yang ada nilai kudus tidak ada dalam kamus sistem hidup sekular dalam masyarakat Barat. Akan tetapi merosakkan alam dengan sengaja oleh tangan kita sendiri melalui polisi pembangunan yang kita biaya dan rancang sendiri, juga adalah kemungkaran yang perlu kita banteras.

kredit  http://abihulwa.blogspot.my/2015/09/isu-alam-sekitar-kemungkaran-kita.html

Travelog Seorang Pendidik di Tanjong Balai, Karimun, Indonesia.









Bendera Palestin Berkibar di Bangunan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) Buat Pertama Kalinya!

Alhamdulillah. Selamat Pagi.

Cikgu AJ nak ucapkan syukur kerana bendera Palestin telah dikibarkan buat pertama kalinya di Bangunan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu di New York pada 30 September 2015. Ini sedikit sebanyak merupakan satu kemenangan yang diperolehi oleh negara Palestin yang merupakan lambang perjuangan orang Islam di seluruh dunia. Sebab itu, kita sebagai muslim yang mukmin seharusnya menyokong dan mendokong negara Palestin biarpun kita tidak mampu untuk turut sama-sama berjihad menentang musuh agama zionis laknatullah. Sokongan kita ini sudah mampu memberikan semangat kepada pejuang-pejuang agama Islam yang mewakili kita di sana lebih-lebih lagi sekiranya kita wakafkan harta kita untuk menyumbang kepada para pejuang Palestin. Jadi, jangan kedekut ye untuk menginfakkan harta kita untuk kegunaan saudara kita di sana. Inilah bentuk bantuan yang kita mampu berikan kepada mereka, di samping itu jangan lupa titipkan doa kepada negara-negara yang diuji dengan peperangan misalnya Palestin, Syria, Iraq, Afganistan, Selatan Thai, Selatan Filipina dan sebagainya kerana mereka berjuang untuk agama Islam. Sama-samalah kita doakan mereka supaya Allah swt menerima doa kita serta usaha yang kita lakukan bimbang nanti kita akan dipersoalkan di akhirat nanti. Subhannallah.




Berbalik kepada pengibaran bendera Palestin tersebut, proses pungutan suara telah diersetujui oleh 119 buah negara makalah Amerika Syarikat dan Israel bersama-sama 8 buah negara tidak mempersetujuinya. Yang selebihnya adalah 45 buah negara yang "abstain" iaitu tidak menyuarakan pendirian. Abstain adalah tidak memberikan sebarang pendirian atau pendirian yang tidak valid ketika proses pemungutan suara di lakukan.

Walaupun bendera Palestin telah berkibar, warga Palestin berhak untuk dilayan oleh masyarakat dunia dan tidak perlu ada diskriminasi dan penindasan terhadap warga Palestin. Ini adalah tidak adil bagi rakyat Palestin apabila ada sesetengah negara di dunia telah melakukan diskriminasi terhadap hak-hak mereka. Apapun, Cikgu AJ doakan semoga warga Palestin menjadi bangsa yang kuat untuk menghadapi musuh Islam. Allahuakhbar!!!

01 October 2015

SEKOLAH KEMBALI DIBUKA SETELAH DICUTIKAN AKIBAT JEREBU

Seperti yang anda ketahui, pada hari Selasa 29.9. 2015 dan Rabu 30.9.2015 terdapat beberapa kawasan yang mengalami jerebu dan terpaksa dicutikan bagi membendung masalah jerebu yang sudah tentu akan menganggu kesihatan terutamanya murid-murid di sekolah. Maka, dua hari sekolah dicutikan yang memberikan keseronokkan kepada murid-murid. Cikgu AJ teringat semasa saya di sekolah pada hari Isnin 28.9.2015 lebih kurang jam 5.00 petang, Penolong Kanan Petang mengumumkan bahawa esoknya murid-murid dibenarkan bercuti atas arahan PPD dan JPN Johor punyalah meriah mereka bersorak kerana sekolah dicutikan. CAJ tidak pasti apakah bentuk keseronokan yang diterjemahkan oleh sesetengah murid di sekolah tempat CAJ berkhidmat. Apapun, syukurlah dan ucapan terima kasih kepada pihak tertentu yang peka dan prihatin akan masalah persekitaran yang melanda negara kita. Apapun setelah dua hari bercuti, CAJ harap murid-murid dapat meningkatkan mood belajar dan bersungguh-sungguh meneruskan aktiviti PdP yang tertangguh. Hari ini, dah masuk bulan Oktober hanya tinggal bulan November je lagi sesi persekolahan pada tahun ini. Apapun, seharusnya sedar akan kepentingan ilmu dan seterusnya mengamalkan ilmu yang dipelajari itu untuk kehidupan akan datang. Ayuh, teruskan bersemangat. Bagi para guru, teruskan bersemangat untuk mencurahkan ilmu kepada murid-murid kita.

PESANAN UNTUK ORANG-ORANG MUDA

Assalamualaikum wbt. Selamat Pagi Malaysia. Puji-pujian hanyalah untuk Allah swt yang memiliki kekuasaan di langit dan di bumi. Setiap pagi, seharusnya kita perlu mensyukuri nikmat yang Allah swt berikan. Di pagi hari ni Cikgu AJ bersyukur sangat2 kerana, Allah swt memberikan idea-idea untuk mengupdate blog ini. Alhamdulillah, itu rezeki juga cuma manusia ni kalau bukan duit mereka tak panggil rezeki. Itu mindset yang salah CAJ nak bagitahu supaya ubahlah mindset kita tu kalau nak kaya dan berjaya pun mindset dulu kena ubah. Jika anda menyempitkan rezeki Allah swt yang maha luas itu, maka boleh jadi anda juga menidakkan kemampuan Allah swt sebagai Ar Razzaq. Itu bahaya pada akidah kita. MashaAllah. Jauhilah perkara tersebut supaya akidah kita mantap barulah hidup ini bererti dan bertambah keimanan kepada Allah. Orang muda harus ubah mindset ini supaya akidah kita mantap dan berkesan untuk terus beribadat serta mengecapi keimanan kepada pencipta. Allahumma. Tu bab akidah dulu orang-orang muda harus jaga sangat. Orang muda mesti mengaji dan menuntut ilmu secara berguru supaya ibadat yang kita lakukan itu tidak sia-sia. Bahkan dalam diri kita mesti set untuk mendapatkan ilmu. Wakafkanlah diri orang-orang muda untuk meneruskan menuntut ilmu ukhrawi dan duniawi. Barulah mantap generasi mendatang!

BUATMU SIFUKU - TN. HJ. SADLI BIN ABDULLAH

Beliau merupakan Guru Cemerlang Geografi yang menjadi rujukan saya. (1691) 11 MEI 2023 - BERITA WILAYAH - JASA GURU: LAHIRKAN GENERASI CEMER...