27 May 2013

Isu-isu Pendidikan Kini.

Hari ni dua kenyataan tentang pendidikan iaitu daripada Menteri Pendidikan dan Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia. Masing-masing membangkitkan isu pendidikan ke arah transfomasi. Tahniah kepada kedua-dua orang yang terlibat secara langsung di peringkat dasar pendidikan negara. Cuma saya ada beberapa pandangan kepada cadangan menteri berkenaan.

1) Isu tidak akan buat pengambilan guru pelatih amat membimbangkan para pelajar aliran pendidikan dan graduan pendidikan. Mereka dipilih melalui temuduga khas (ujian MedSI) yang membolehkan mereka diterima masuk dalam dunia pendidikan. Tahniah, kepada Menteri tersebut kerana peka dan cakna untuk mendapatkan guru-guru yang berkualiti untuk kelangsungan generasi akan datang. Tapi, alangkah bagusnya jika pemilihan diperingkat awal-awal lagi maksudnya hanya menerima mereka yang betul-betul cemerlang dalam peperiksaan dan minat menjadi guru. Tanpa kedua-dua perkara ini amatlah mustahil untuk menghasilkan guru yang berkualiti tambahan pula cabaran dalam dunia pendidikan masa kini.

2) Politik dan Pendidikan. Saya menyokong penuh cadangan supaya mereka yang terlibat dengan pendidikan di sekolah tidak boleh terlibat dengan politik. Tetapi jangan halang guru untuk menceburi politik asalkan mereka tidak berpolitik di kawasan sekolah. Maksudnya, jangan gunakan sekolah sebagai platform politik. Kat luar terpulang lah kepada guru atau warga pendidik tersebut untuk mengasah bakat masing-masing. Amatlah membosankan jika sekolah digunakan sebagai platform politik, menjadi pentas penyampaian Bantuan Rakyat serta cengkaman politik terhadap mereka yang bergelar guru.

Jika, maksud yang Menteri dan Timbalan Menteri cadangankan itu saya fikir dunia pendidikan akan bertambah maju dengan dasar-dasar yang akan dilaksanakan. Sekian.

No comments:

BUATMU SIFUKU - TN. HJ. SADLI BIN ABDULLAH

Beliau merupakan Guru Cemerlang Geografi yang menjadi rujukan saya. (1691) 11 MEI 2023 - BERITA WILAYAH - JASA GURU: LAHIRKAN GENERASI CEMER...